Aku terserempak dengan si dia ketika
aku sedang leka memerhatikan sekumpulan siswi yang sedang menggayakan beg
berjenama ‘SHARK’ yang memang sedang popular dalam kalangan remaja. Sesiapa pun
pasti ingin memiliki sebuah beg seperti itu, dan begitu juga dengan aku.
Aku tidak sedar bahawa kelakuanku dalam
pemerhatian seseorang sehinggalah aku terasa ada suara halus yang berbisik ke
telingaku. Aku segera menoleh kerana terperanjat.
“Awak minat beg macam tu?” tanya si dia. Aku
kembali memandang ke arah pelajar-pelajar tadi.
“Minatlah juga. Lagipun rasanya memang trend
remaja sekarang pakai beg tu,” jawabku. Pada waktu itu, aku tidaklah kenal
rapat dengan dia. Aku sekadar tahu akan namanya.
“Minat sikit ke, minat banyak?” pertanyaannya
kali ini membuahkan tawa kecilku. Adakah patut tanya macam itu?
“Banyak atau sikit? Hmmm…mungkin sederhana
kot. Oh ya, awak budak yang selalu duduk di hadapan, bukan?” soalku pula. Asyik
dia sahaja yang bertanya, apa salahnya jika aku pula yang bertanya. Kami
bergerak seiringan menuju ke arah kelas kami.
“Duduk depan? Macam mana awak tahu?”
“Kalau awak tak selalu duduk depan, macam
mana pensyarah semua boleh ingat nama awak sebab selalu panggil awak tunjukkan
contoh jawapan kat depan,” terangku. Aku dapat melihat ada senyuman terukir di
bibirnya. Mungkin gembira kerana ada juga orang yang mengenalinya atas
usahanya. Yalah, aku ni manalah pernah bertegur dengan dia. Tup tup kenal dia
mcam dah lama.
“Oh ya, malam nanti awak ada apa-apa urusan
tak?” Aku hanya memandangnya pelik tatkala mendengar pertanyannya kali ini. Dia
ni memang suka tanya soalan-soalan yang pelik-pelik macam ni ke?
“Malam nanti? Hmm..rasanya tak ada apa-apa
kot. Kenapa?” Walaubagaimanapun, aku masih lagi menjawab soalannya. Malah,
kutambah dengan soalan lain pula. Hehehe…
“Nanti tunggu saya di depan pintu gerbang
boleh?” pintanya sambil berdiri membelakangkan pintu dewan kuliah kami.
Nampaknya kami dah sampai ke tempat tujuan.
“Saya tak berani nak janji, sebab apa-apa pun
boleh jadi dalam masa sebelum sampai malam nanti. Tapi Insyaallah, kalau tak
ada hal lain, saya datang,” jawabku sambil melangkah masuk ke dalam dewan
kuliah mendahului dirinya. Aku segera mendapatkan teman baikku, Murni. Dia pun
nampaknya sudah menempati tempat yang boleh dikatakan sudah disediakan untuknya
dari awal lagi.
Walaupun aku tidak tahu mengapa dia ajak
berjumpa petang nanti, tetapi aku percaya padanya. Aku percaya yang dia adalah
seorang yang baik. Dia tidak akan membuat apa-apa yang buruk pada diriku. Aku
percaya.
No comments:
Post a Comment