Assalamualaikum,
semua....!!!
Percaya atau tidak, waktu sekarang adalah lebih kurang jam 12.45 pagi dan saya baru sahaja balik dari menonton Konsert Devotees (yay!!!) yang diadakan di
DKF1 FF2 a.k.a DK500.... Konsert ni adalah di bawah anjuran Sophys dalam program 'Mahabbah Fiil Islam' (MAFiS) atas
tajuk 'ISLAM is The Way of Life' (panjang benor intro... semput nak baca dalam satu nafas ni...)
Semangat betul ni. Maklumlah, baru aje jumpa
Devotees... (^__^)
Pada pendapat saya, mereka semua ni teramat
sangat-sangat sporting! Rasa seronok sangat tengok persembahan diaorang. Kelakar ada
(abang Halim dengan abang Shauqi gaduh-gaduh manja (>_< ) ), sweet pun ada, (masa
penonton kena panggil naik ke pentas untuk buat surat cinta - saya undi Ku
Asyraf) , terharu pun ada (actually menangis dengar lagu 'Kekasih' - sorry abang Adi, tak sempat nak mengaku) macam-macam
ada...hehehehe
Untuk persembahan malam tadi, diaorang mempersembahkan beberapa
buah lagu,
- Hadirnya Cahaya S.A.W. (teringat kepada baginda Rasulullah
s.a.w)
- Sahabat (frenz foreva)
- Kekasih (lagu yang menyayat hati)
- Mahar Cinta (atas permintaan ramai)
- Berjalan Tanpa Henti (dari album terbaru)
- Alpha (lagu rap katanya...hehehe)
- Don't Walk Away (karya abang Adi (>_< ) amat best!)
- Tika Dinihari
Ada satu lagu yang terakhir tu, saya tak tahu tajuk
dia apa... :-(
OK, tak lupa juga, selepas konsert mestilah ada
sesi autografi dan fotografi, bukan....? yay!!!! So, diaorang ada buka satu booth.
Booth tu la untuk beli poster, button, CD diaorang yang terbaru dan booth tu jugaklah tempat nak amek
gambar & autograph dariapda Devotees. Memang sibuk giler kat booth tu..
Mana lengkap kalau pergi tengok konsert tapi
tak dapat amek gambar (even sorang) atau dapat autograph dari diorang. So, dalam
masa yang sempat tak sempat tu, saya menyelit untuk amek signature dan juga
tangkap gambar dengan diaorang.
Masa ni, saya beli dua
poster. Satu untuk roomate saya (dia minat giler dengan kumpulan Devotees ni) yang tak dapat datang sebab banyak sangat
assignment yang nak kena siapkan. Malangnya, roomate saya tu tak berapa nak ada
luck malam ni sebab poster lagi satu tu, entah ke mana jatuhnya. Saya punya
sedih, macam nak menangis pun ada. Penat-penat saya pergi tiga kali jumpa
abang-abang Devotees ni, tapi satu boleh hilang macam tu aje... TT___TT
Masa minta signature tu memang tak boleh bla... Semuanya demand-demand belaka... "Abang, nak letak nama boleh?" ... "Abang, nak minta kata-kata semangat boleh?"
Paku dulang, paku serpih, mengata orang, dia yang lebih (Ha, tu dia. Dah keluaq dah...) Maksudnya, cakap orang, saya pun 2x5 = 10 gak. Oleh kerana abang-abang sekalian berbaik hati, maka diorang turutkanlah apa yang kitaorang minta. Thank you so much abang-abang Devotees!!!
hehehehe..... >_<
Insyaallah, panjang umur meh la bertandang ke PALAM ni
lagi... It's just a great moment to meet all of you!!!
Wassalam....
No comments:
Post a Comment