Selepas insiden dia membawaku melihat beg idamanku
itu, aku selalu membina alasan untuk ke kompleks beli belah itu. Aku akan duduk
di satu-satu sudut dan memerhatikan beg yang aku impi-impikan dari jauh.
Terkadang, aku rasa, aku ni menyedihkan juga. Tapi tak mengapa. Beg itu
bukannya satu keperluan bagiku kerana aku masih lagi mempunyai beg lain yang
boleh aku gunakan untuk menghadiri kuliah-kuliahku. Beg itu cumalah satu
kemahuan hatiku.
Jodoh aku dan dia diperpanjang oleh Tuhan. Pada tahun yang
seterusnya, aku ditempatkan dalam kumpulan tutorial yang sama dengannya. Tidak
lupa juga dengan rakan terbaikku, Murni. Oleh kerana aku mula kenal rapat
dengannya sejak tahun yang lepas, jadi aku kira ngamlah juga dengan dia. Jadi,
aku duduklah bersebelahan dengannya jika Murni ponteng kelas. Kalau Murni ada,
dah semestinya aku duduk dengan Murni. Kata pun, kawan terbaik.
Tetapi kasihan juga dengan dia sebab dia tak bercampur sangat
dengan budak lain. Dan pada ketika itulah baru aku perasan. Dialah satu-satunya
kumbang yang ada dalam kelas kami. Alahai kesiannya. Ku tengok-tengok, dia ni hensem juga. Ada paras rupa. Pandai pula tu. Cuma, dari segi kewangan mungkin
dia tidak sekaya budak-budak lain. Tapi apa yang nak dipandangkan dengan
kekayaan. Itu semua bukannya milik kita tetapi milik orang tua kita.
Mungkin kerana bukan dari keluarga yang berada dia tidak
berapa didekati oleh perempuan-perempuan lain. Tapi manalah aku tahu. Aku
bukannya baby sitter dia. Aku pun tak
pernah tengok dia dengan perempuan lain selain dengan aku dan Murni. Cuma, bila
peperiksaan nak dekat, adalah juga budak-budak perempuan yang sebelum ini hanya
memandangnya sebelah mata mula mencarinya. Katanya ingin meminjam nota.
Yalah, dia ini kan top
scorer. Siapa yang tak kejar kalau peperiksaan mula menjengukkan kepalanya.
Tapi aku ikhlas berkawan dengannya. Bab pandai tu lain cerita, tetapi aku
tertarik dengan sikap rendah diri dan personalitinya yang aku rasa cukup
menarik pada pandanganku.
Untuk dipendekkan cerita, dia selalu melepak
bersama-samaku dan juga Murni di luar waktu kelas. Dan entah kenapa dan bila
masanya rakan-rakan satu tutorialku menjadi terlebih prihatin terhadap aku dan
dia. Mereka menempatkan kami bertiga di tempat khas yang berada di hadapan
kelas, hadapan papan putih. Di bahagian tengah kelas, semua meja disusun secara
bertiga-tiga. Manakala, dia bahagian kiri dan kanan kelas, meja disusun secara
berdua-dua.
Jadi, Murni akan duduk di kriku dan dia di kananku.
Kononnya, agar aku tidak sedih jika aku tidak dapat duduk bersebelahan
dengannya. Aish...diaorang ni, ada-ada ajelah. Macam-macam kerenah.
Sebagai siswa dan siswi, kami dituntut untuk aktif dalam
acara yang diadakan oleh pihak kampus. So, aku yang terlebih rajin ni
selalu sahaja mengheret dia dan Murni untuk sama-sama menyertai pertandingan
yang dianjurkan oleh pihak kampus. Dan keputusannya tidaklah begitu
mengecewakan. Banyak juga pertandingan yang kami menangi. Tetapi, tidaklah
semua kerana ada masa kami tidak dapat menyertai beberapa pertandaingan kerana
mustahil untuk kami mengabaikan pelajaran demi kokurikulum kami.
Kerana banyak acara yang aku dan dia masuki, jadi
banyaklah gambar yang merakamkan detik-detik kami bersama. Tetapi sudah
tentunya bukan kami berdua sahaja. Pastinya Murni ada bersama kami.
Aku tidak tahu sama ada ini adalah satu kebetulan atau
takdir. Kami bertiga kekal bersama dalam kelas tutorial yang sama hinggalah ke
semester kami yang terakhir. Dan khabar buruknya, sampai saat itu, aku masih
lagi belum boleh mendapatkan beg yang aku hajati. Walaupun sudah berkurangan
bilangan siswa siswi yang menggunakan beg itu, tetapi hatiku masih lagi tetarik
dengan beg itu. Sekurang-kurangnya kerana beg itu, sekarang aku dan dia menjadi
semakin rapat. Dia menjadi sahabat karibku yang kedua selepas Murni.
Pada semester akhir, setiap kelas tutorial ditugaskan untuk
menyediakan satu karya kreatif. Katanya bahannya bebas. Dia tidak pernah
memberitahu kami bahawa dia mempunyai idea yang agak bernas. Rakan-rakan yang
lain pula malas mengambil bahagian kerana mereka tahu itu hanya sekadar
kokurikulum. Tidak dapat menaikkan peratusan peperiksaan mereka.
Pada kelas tutorial yang seterusnya, saya perhatikan yang
jam lutsinar yang tergantung di hadapan kelas kami sedikit berbeza dari sebelum
ini. Ada beberapa keping kertas dari pelbagai warna ditampal di belakang jam
tersebut. Pada pandangan saya, karya itu belum lagi siap. Saya dapat bayangkan
kalau corak itu siap sepenuhnya.
Tetapi, rakan-rakan yang lain pula merungut dan
mengatakan corak itu amat hodoh. Kata mereka lagi, tidak sesuai langsung dengan
diri mereka yang sudah bergelar MAHAsiswa. Kami langsung tidak tahu siapa
punya kerja tetapi aku dapat mengesan perubahan wajahnya ketika mereka mengutuk
hasil kerja itu. Aku mengambil tempat bersebelahannya. Kuperhatikan lagi jam
itu.
“Apalah diaorang ni, corak tu kan belum siap sepenuhnya,
betul tak?” sapaku. Tiada jawapan yang aku dapat darinya. Nampaknya dia
agak kecewa.
“Saya dapat bayangkan bila jam itu dah siap diubah suai.
Mesti cantik bukan? Kertas warna- warni tu terdiri dari warna-warna yang ceria.
Dan warna memainkan peranan dalam otak manusia. Kita mungkin boleh menjadi
lebih optimis atau pun lebih bertenaga apabila melihat warna-warna yang terang.
Apa pendapat awak?” soalku lagi.
Kini, dia sudah menoleh ke arahku dan tersenyum. Ha,
itulah yang aku nak tengok. Senyumlah lagi. Kan manis dipandang.
“Ha, pandai pun nak senyum. Ini tak. Pagi-pagi lagi dah
panjang muncung tu. Kenapa? Ada masalah ke?” tanyaku. Dia hanya menggeleng dan
tersenyum lagi. Dia mula meyelak halaman latihan yang diberi pada minggu lepas.
“Ha, saya tahu kenapa awak muram,” pancingku dan ternyata
dia tertarik. Dia hanya memberi isyarat dengan menaikkan sebeleh keningnya.
“Awak datang bulan eh?” bisikku ke telinganya.
“HAA??!” Aku tertawa melihat riak wajahnya yang terkejut
itu.
“Kidding, kidding.
I’m just kidding, okay,” balasku lalu tawaku kusambung. Apabila Murni tiba,
aku menceritakan kepada Murni yang di dia ni datang bulan pagi-pagi. Apalagi, mulalah
bebelan panjangnya. Kelas kembali riuh seperti selalunya.
Ketika waktu rehat, dia tidak turut serta makan tengah
hari bersamaku dan Murni. Katanya ada kerja yang perlu disiapkan dengan segera.
Jadi, dia pergi ke bilik tutorial terlebih dahulu. Sebenarnya, aku bimbang
juga. Aku menghabiskan makananku awal sedikit dan membawakan sedikit makanan
untuknya.
Sewaktu aku sampai di kelas, aku lihat dia sudah tertidur
berbantalkan timbunan kertas warna-warni yang belum sempat dipotong. Nak
kejutkan, kesianlah pula. Apa yang aku boleh buat untuk bantu dia? Aku tolong
dia menyiapkan kertas warna-warni yang perlu dipotong. Masa begitu cepat
berlalu sehingga aku tidak perasan bahawa kelas akan bermula sebentar sahaja
lagi. Sebelum pelajar lain masuk ke kelas, aku menyembunyikan kertas-kertas itu ke dalam laci mejanya.
Tetapi aku pelik benar dengan dia. Nyenyak sangat dia
tidur sampai tutor masuk kelas pun dia tak bangun-bangun. Cuak tak cuak aku
masa tu. Aku cuba mengejutkannya beberapa kali, tetapi dia tetap seperti itu.
Aku menjadi benar-benar risau. Murni juga berasa pelik dengan dia. Tidak pernah
dia tidur dalam kelas seperti itu. Tutorku berbaik hati untuk mengejutkannya
tetapi dia tidak bangun. Kecoh kelas jadinya.
Aku periksa pernapasannya. Alhamdulillah, masih lagi
bernafas. Tetapi kenapa dia tidak bangun-bangun. Pengsankah? Tutorku
menyarankan agar dia dibawa ke bilik kesihatan. Tetapi tutorku tidak begitu
kuat untuk mengangkatnya seorang diri. Dalam sesaat, semua pelajar sepakat, aku
yang peru membantu tutorku membawanya ke bilik kesihatan.
Kerana terlalu bimbang dan tidak memikirkan perkara lain,
aku pun terus sahaja bersetuju dengan cadangan itu. Kuampuh lengan kirinya
tetapi badan dia tidak mahu berjalan. Tutorku mengatakan bahawa caraku
mengampuhnya salah. Tangan kananku di bawa ke pinggang si dia, agar mudah untuk
mendirikannya. Apalagi, riuhlah kelasku dengan siulan di sana sini. Mukaku pun
mula terasa bahang. Rasanya semua darahku sudah naik ke muka. Tebalkan sahajalah
muka ni. Yang penting dia harus sedar terlebih dahulu.
Aku tidak berharap dia sedar sewaktu kami
menghantarnya ke bilik kesihatan. Aku tidak berharap dia sedar ketika tanganku melingkari pinggangnya. Aku tidak berharap dia sedar semasa mukaku kemerahan
menanggung malu kerana terpaksa memeluknya seperti ini dan menjadi bahan bualan
rakan yang lain. Aku tidak mengharapkan itu.
Staff yang bertugas memberitahuku bahawa dia tidak cukup
tidur sehingga tekanan darahnya menjadi begitu rendah. Jadi, lebih baik
sekiranya dia dibenarkan untuk tidur buat beberapa jam. Pelik. Rasanya, untuk
memotong kertas-kertas itu bukanlah mengambil masanya yang lama sehingga dia
terpaksa mengorbankan masa tidurnya. Mungkin, kerana dia belajar hingga lewat
malam. Mungkin.
Aku menjaganya sampai tidak sedar yang hari sudah pun
malam. Aku menemani tutorku tadi untuk menghantarnya pulang ke rumah sewanya
yang disewa dengan seorang lagi kawannya yang mengambil jurusan lain. Tubuhnya
masih lagi lemah. Sesampainya di hadapan pintu rumahnya, aku cuba memberi salam
terapi tiada jawapan. Baru aku teringat yang dia pernah beritahuku pada minggu
lepas yang bahawa dalam masa seminggu ini dia tinggal seorang diri di rumah
kerana rakan sewanya pulang ke kampung atas urusan keluarga.
Kondisinya sekarang belum stabil. Dia memerlukan orang
lain untuk menjaganya. Sekurang-kurangnya untuk malam ini. Setelah berfikir
banyak kali, kami meninggalkan rumahnya dan menuju ke rumahku. Dalam perjalanan
itu, aku menelefon emak dan memberitahu keadaanku yang terpaksa membawanya
pulang ke rumahku.
No comments:
Post a Comment