Thursday 5 April 2012

Di Sebalik 'Dalam Hati Ada Cinta'

         Hmmm....terasa nk berkongsi cerita plak hr ni....
Kisah nilah yang membuatkan saya tergerak hati untuk menulis. Bukannya nak bermimpi atau berangan-angan lebih . Tapi, lebih kepada ingin menjadikan kisah ni sebagai sebuah cerita yang boleh diambil iktibar oleh orang lain.

Sewaktu pertama kali Lia menjejakkan kakinya ke sekolah rendah itu, dia tidak pernah ambil kisah tentang benda lain kerana dia mempunyai ramai rakan dan kenalan yang bersekolah di situ. Bilangan murid di dalam kelasnya pun tidak ramai, adalah dalam 14 orang. Matanya tertancap pada satu wajah yang tidak pernah dia lihat, dan dia tidak tahu bahawa wajah itulah yang tidak akan dia lupa sampai bila-bila. Adi. Itulah nama kawan barunya itu. Masing-maisng masih kecil. So, cinta mereka adalah cinta monyet. Tapi Lia tidak tahu sama ada boleh mentafsirkan itu sebagai cinta kerana dia rasa hanya dia sahaja yang bergetar jiwanya sewaktu mereka bersama.

    Satu hari, Lia mendapat berita bahawa Adi akan berpindah sekolah. Rasanya baru sekejap sahaja mereka berkenalan. Tak sampai setahun pun. Tapi apa boleh buat, dah ayah Adi terpaksa berpindah. Adi mestilah ikut, bukan?? Setelah itu ada sekali dua mereka berutus surat. Tapi hanya sekali dua. Tiada khabar yang selanjutnya. Walau bagaimanapun, entah kenapa, si Lia ni tetap menunggu Adi walaupun dia tahu Adi takkan kembali ke kampung itu lagi. Walaupun dia tahu yang pastinya satu hari nanti Adi akan melupakannya. Lia sendiri tak tahu.

    Setelah hampir 6 tahun, mereka dipertemukan kembali. Pada awalnya Lia bagai tidak percaya. Yalah, dia ingatkan si Adi ni dah sampai ke tempat lain. Rupa-rupanya mereka masih berkongsi bandar yang sama. Bukan main suka lagi Lia. Apa taknya, orang yang ditunggu-tunggu muncul depan mata, mana tak happy. Tapi sayangnya, Lia dah menjadi lebih pemalu berbanding dulu. Dia tak pandai menggunakan masa dan kesempatan yang ada untuk menjalin kembali hubungan persahabatan yang terputus di tengah jalan tu. Berapa kali mereka berbual pun masih boleh di kira dengan jari.

    Dalam diam, tanpa Adi sedari Lia masih setia menantinya. Masih mengharap ada ruang di hati Adi untuk dirinya. Terkadang dia berasa cemburu jika ada mana-mana perempuan mengirim salam kepada Adi. Tapi dia sedar siapa dirinya dan siapa Adi. Dia tahu hubungan mereka hanyalah sekadar sahabat satu sekolah. Tak lebih dari itu. Akhirnya, 3 tahun yang mereka berkongsi tu berlalu begitu sahaja.

    Sekarang, masing-masing dalam proses mengejar cita-cita masing-masing. Soal hati dan perasaan mungkin tolak ke tepi dulu. Lia pernah berjanji pada dirinya (actually pada anak sedara dia yang selalu sangat cakap yang dia dan Adi ada chemistry), kalau dalam masa sebelum dia melanjutkan pelajaran ke universiti dia langsung tak terserempak dengan si Adi, dia akan lupakan Adi. Tapi sebelum itu, Lia ambil keputusan untuk beritahu Adi bahwa selama ni dia menyimpan perasaan padanya. Adi pula senyap saja tanpa sebarang respon. Lia menganggap Adi sudah tahu akan isi hatinya dan hanya menganggapnya sebagai seorang sahabat dan tak lebih dari itu. Tak apalah...itu lebih baik untuk mereka, mungkin...?

    Tanpa Adi sedari, sehingga kini si Lia masih lagi mengharap pada dia yang tak sudi, kerana terlalu sukar untuk dia melupakan Adi....

Sekian..... Terkadang rasa sedih mengenangkan kisah si Lia ni. Tak tahulah macam mana dia boleh bertahan begitu lama untuk suka pada si Adi. Dah Adi tu tak nak kat dia, tapi dia still minat pada Adi. Bila ditanya, 'Tak ada ke mamat lain yang tersangkut kat hati?'

   Lia jawab, 'Ramai. Tapi semua tak sama macam mana dia boleh tersangkut pada Adi'. Saya pun tak tahu nak cakap macam mana kat si Lia ni. Yang saya boleh lakukan hanya berdoa semoga jalan cinta Lia akan ada penghujung yang indah....Amin....

   Ok lah....saya pun nak kena sabung study jugak ni. Final exam belum habis lagi. 4 paper had passed, 5 more to go plus 1 interview next weekend...ha....! Semoga saya dapat buat yang terbaik dan mendapat result yang terbaik supaya masa depan lebih terjamin....

Wassalam....

p/s : Kat sini saya ada letakkan 1 video yang kata si Lia berkaitan dengan cerita cinta dia...enjoy....n al-fatihah kepada arwah Izwan Pilus...