Saturday 29 December 2012

Aku dan Dia (episod 3)


Alangkah terkejutnya aku apabila melihat pelbagai koleksi beg yang aku minati di situ. Malah ianya terdapat dalam pelbagai warna-warna yang menarik. Beg pink muda yang berada di hadapanku berjaya menarik perhatianku. Aku membelek-belek beg itu dan melihat tanda harga yang melekat padanya. Aduahai, mahalnya. Aku tak rasa aku mampu untuk memlikinya. Segala perbelanjaanku masih lagi dikawal oleh ayah. Jangan haraplah ayah akan memberiku duit lebih untuk membeli beg yang aku idam-idamkan ini.

“Kenapa? Awak tak suka ke?” soalnya bimbang setelah melihat perubahan riak wajahku. Aku hanya memandangnya dan menghadiahkannya sebuah senyuman kerana telah membawaku ke tempat ini. Mungkin suatu hari nanti aku mampu juga memiliki beg ini. Walaupun pada ketika itu, beg ini mungkin bukan lagi trend remaja pada masa itu.

“Tak ada apa-apalah. Saya suka sangat. Cuma, saya tak rasa saya mampu untuk beli beg ini. Sekurang-kurangnya bukan untuk sekarang,” keluhku sedikit hampa. Tetapi tidak mengapa.

“Tak apalah awak. Kalau tak sekarang tak bererti awak takkan dapat beli beg ni buat selama-lamanya, bukan?” ujarnya cuba membuatku ceria. Aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang dia perkatakan. Suatu hari nanti. Ya, suatu hari nanti pasti beg pink ini akan menjadi milikku jua.

“Okeylah. Saya mengaku kalah. Saya suka sangat dengan apa yang awak dah tunjukkan pada saya malam ni. So, seperti yang kita dah pakat, saya akan belanja awak makan malam ni. Sekarang, awak decide, awak nak makan kat mana,” lawa ku. Tak mahu berlama-lama hanyut dalam kesedihan. Tak baik untuk kesihatan, tau.

“Sebab awak yang nak belanja, saya beri penghormatan untuk awak sendiri yang pilih tempat awak nak makan,” putusnya.

Okay, good opinion. Girl must decide. Cuma, saya tak tahu restoran apa aje yang ada kat kompleks ni. Hehehe..jangan marah, ha,” nyataku jujur. Benar. Kata pun kali pertama datang. Manalah aku tahu selok belok kawasan ni. Silap hari bulan, boleh sesat. Ku melihat dia tertawa buat seketika. Mungkin dia tidak tahu bahawa ini adalah kali pertama aku ke sini.

“Okey. Kalau nak fast food, Pizza Hut, KFC, McD ada. Kalau nak restoran yang lain, saya pun tak berapa nak ingat restoran apa aje yang ade kat sini sebab boleh tahan banyak juga la,” jawabnya. Aku hanya menganggukkan kepalaku beberapa kali. Hmm… agaknya, di mana kami boleh makan. Nak tanya juga kat mana saja yang dia suka makan. Tapi, dah dia beri privilege untuk tentukan kedai makan, so…

If in that case, Pizza Hut should be okay,” putusku. Mendengar sahaja kata putus yang diebri olehku, dia segera menjadi pemandu pelancongku menuju ke restoran Pizza Hut yang berada di tingkat satu kompleks tersebut.

Aku telah memesan set Hawaiian Tuna yang memang menjadi kegemaranku sekiranya aku bertandang ke restoran pizza ini. Dia pun tidak berkata apa dan bersetuju sahaja dengan pesananku. Sepanjang menjamu selera kami berbincang seketika mengenai kelas-kelas yang kami ambil serta kehidupan seharian kami.

Bukannya aku nak perasan, tapi dah macam dating pun ada juga. Sesi suai kenal, gitu. Hahaha…


Setelah perut kenyang diisi denga makanan yang lazat, kami bergerak ke arah kaunter bayaran. Tetapi belum sempat aku mengeluarkan purseku, dia sudahpun mengeluarkan walletnya dan beberapa keping not sepuluh ringgit. Tetapi cepat kutegah.

“Eh, kan kita dah buat deal. Dinner malam ni, saya yang bayar. Kenapa pula awak keluarkan duit?” tegahku. Dia hanya tersenyum kepadaku seraya menundukkan kepalanya ke arahku sehingga pandangan mata kami di aras yang sama.

“Pernah ke awak tengok kalau makan, perempuan yang bayarkan makanan lelaki? Hilanglah macho saya kalau macam tu,” jawabnya lantas membuat bayaran. Gadis yang menguruskan kaunter itu juga tersenyum kambing melihat ke arahku. Laa…dah janji tadi aku yang akan belanja dia makan malam ni.

“Awak ni, tak patut tau. Dah saya kena ketawa dengan cashier girl tadi. Malu tau,” rengekku.

“Eh, bila masa pula dia ketawakan awak? Saya tak dengar pun. Dia ketawa tanpa suara eh?” guraunya pula. Secara automatik, jariku mencubit lengannya tanda geram.

“Aduh, sakitnya awak,” ujarnya sambil mengusap-usap bekas cubitanku.

“Itulah. Mainkan saya lagi. Kan dah kena,” jawabku. Ku lihat dia masih lagi mengusap lengannya. Sakit sangatkah cubitan aku? Biasanya kalau aku cubit kawan-kawan aku yang lain, tak pula dia orang kata sakit. Entah-entah kulit diaorang tu dah jadi kulit buaya kot, sebab dah selalu kena cubit dengan aku. Aku segera mendapatkannya dan kuusap-usap perlahan lengan yang menjadi mangsa cubitanku tadi.

“Sakit sangat ke awak? Sorrylah. Saya dah terbiasa dengan kawan-kawan saya macam ni. Sorry eh,” pintaku ikhlas. Kasihan pula dia. Baru mula berkenalan dah makan cubitanku.

“Boleh tahan jugalah. Awak ada menuntut dari ketam, eh? Nanti pesan kat cikgu awak, janganlah ajar cubit yang bias-bisa. Cubit yang manja-manja kenalah ajar banyak-banyak,” jawabnya sebelum telingaku menangkap tawanya yang ditahan-tahan.

“Amboi, nak kenakan saya, rupanya. Meh sini. Cikgu ketam saya cakap, kalau orang macam awak ni, kena cubit bias-bisa banyak-banyak kali pun tak apa. Sinilah. Jangan risau, FOC,” Terusku mendapatkannya yang cuba melarikan diri dariku. Pandai dia kenakan aku, dan macam mana pulalah aku boleh tertipu dengan helahnya itu. Aduhai…

Oleh kerana malam pun dah tak berapa nak muda lagi, kami bergerak pulang. Takkanlah nak bermalam kat kompleks itu, bukan? Dan dia dengan baik hatinya menghantar aku pulang sampailah ke hadapan pintu pagar rumahku. Punyalah takut kalau ada apa-apa yang bakal berlaku ke atas diriku, dia hanya mahu pulang setelah aku masuk ke dalam rumah dengan selamat.

Dan seperti yang aku sangkakan, mulalah sesi soal jawab dengan orang tuaku. Aku tahu, mereka juga risau mengenai diriku. Yalah, aku bukannya jenis yang suka keluar malam. Dengan lelaki pula tu. Lagilah mereka risau. Aku pun menerangkan mengenai si dia yang menghantarku pulang. Aku beritahu mereka bahawa dia bukannya seorang lelaki yang jahat. Aku bercakap yang benar.

Setelah berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang aku beri, barulah aku dibenarkan untuk memasuki bilikku sendiri. Namun, satu amaran telah diberi kepadaku, iaitu, kalau nak keluar lagi dengan dia, aku harus mengajak temanku yang lain kerana tidak manis jika kami keluar berdua sahaja. Lagipun, kami bukannya ada hubungan yang menghalalkan segala perbuatan. Kata mak, nanti kena tangkap basah baru tahu.

Emak ni pun satu. Memanglah emak aku ada satu aje. Ish..bukan itu. Emak ni pun satu, janganlah ceritakan hal-hal seram macam tu. Meremang bulu roma aku. Kami hanya berkawan. Tidak lebih dari itu. Kalau nak lebih pun, hmm….nantilah baru fikir. Tapi betul juga apa yang emak cakapkan. Dia lelaki dan aku pula perempuan. Orang sekeliling boleh salah sangka terhadap kami.

Contohnya seperti malam ini. Dia hantar aku balik. Walaupun niat dia baik, tetapi yalah, hantar anak dara orang balik pada waktu malam macam ni, mesti orang lain fikir yang bukan-bukan. Emak ada juga membisikkan sesuatu padaku tadi. Katanya, terkadang iman seseorang ini amat nipis, lebih-lebih lagi lelaki. Aku juga tidak mengenali hati budi dia sebenar-benarnya. Walaubagaimanapun, aku yakin dengan kata hatiku sendiri. Dia bukanlah lelaki seperti itu. Tetapi, aku rasa lebih baik jika aku mengikut seperti apa yang emak dan abah pesan.

Thursday 27 December 2012

FINAL!!!!!!

Assalamualaikum, semua...

   
     Seperti yang tertera dalam kartun kat atas tu, FINAL MINGGU DEPAN kot!!!!! So, macam-macam ragam pelajar yang boleh kita lihat. Setakat ni, belum pernah jejakkan kaki ke library waktu study week (kalau bukan study pernahlah). So, tak tahu ramai atau tak pelajar yang menjadi penghuni PTAR selama beberapa hari kebelakangan ni.

     Lecturer pun banyak buat kelas-kelas tambahan untuk asah lagi kemahiran kami semua... Syabas buat lecturer-lecturer sekalian, and THANK YOU SO MUCH!!!


     Ramai juga pelajar yang buat study group beramai-ramai. Pagi-pagi lagi dah ada yang tersadai kat Kafe Raf atau Angsana (appointment untuk study group). Bagus, bagus.. Tapi ini tak bermakna, yang tak buat study group tu tak bagus. Setiap orang ada cara belajar masing-masing. Ada yang lebih selesa buat study group dan ada juga yang lebih fokus kalau belajar sendiri.

 

     Apa-apa pun, GOOD LUCK untuk semua!!! Okeylah. Roomate saya pun tengah strugle study tu. So, saya tak nak kalah dengan dia. LET'S STUDY & GTOOD LUCK!!!

Study, study gak.. Tapi jangan abaikan masa tidur.




Wassalam...

Aku dan Dia (episod 2)


Nampaknya dia seorang yang menepati janji. Habis sahaja kelas petang itu, aku segera balik ke rumahku. Selepas solat Maghrib, aku meminta kebenaran ibu untuk keluar sebentar. Aku segera menuju ke tempat yang dijanjikan, dan kulihat dia sudah pun tercongok di pintu menungguku.


Agaknya, kalau aku tak dapat datang macam mana agaknya? Takkanlah dia akan tunggu aku sampai pagi, kot. Dahlah aku tiada nombor dia untuk aku hubungi dan aku rasa dia pun tidak mempunyai nombor telefonku. Alahai, kesiannya dia.


“Lama tunggu?” sapaku. Hampir terjatuh dia ditegur olehku. Mungkin terkejut. Dia segera membetulkan kembali posisinya. Dia tersenyum ke arahku. Manisnya.


“Tak adalah lama sangat, tapi lagi awal dari awak,” guraunya. Aku hanya tertawa kecil mendengarnya.


“Awak datang naik apa tadi?” tanyanya apabila aku hanya mendiamkan diri. Bukannya aku bosan, tetapi entah kenapa aku menjadi agak kaku. Aku tidak tahu apa yang harus aku bualkan dengannya. Aku ni bukannya jenis perempuan yang rapat sangat dengan lelaki. Kalau setakat kawan-kawan sekolah yang rapat denganku bolehlah juga aku ajak berbual panjang.


Tapi dengan dia, serius aku katakan yang aku tidak tahu apa yang harus aku bualkan dengannya. Ini adalah kali kedua aku berbual dengannya semenjak aku menjejakkan kaki ke universiti ini.


“Oh, tadi saya naik teksi datang ke sini. Awak?” Soalanku dijawab dengan tangannya. Aku melihat ke arah yang dia tunjukkan. Oh, dengan motosikal. Motosikal? Motor? Alamak! Nak pergi naik motor ke? Bukannya aku ni sombong dan tak nak naik motor, tapi aku tidak pernah naik satu motor dengan lelaki melainkan ayah dan abangku. Macam mana ni.


“Oh. Awak, saya nak tanya sikit, boleh? Sebenarnya, kenapa awak nak jumpa saya? Maksud saya, kenapa mesti waktu malam? Petang tadi rasanya boleh aje,” Aku lihat dia tersenyum lagi. Comellah pula aku lihat dia ni.


“Sebenarnya, saya nak bawa awak pergi satu tempat. Saya yakin, awak mesti suka tempat yang saya nak bawa awak pergi ni,” ujarnya dengan penuh yakin. Aku mengangkat kening sebelah. Yakinnya dia.


“Awak pasti? Macam mana kalau saya tak suka? Apa kata, kalau saya suka tempat tu, saya belanja awak makan. Tapi, kalau saya tak berapa nak suka, awak yang kena belanja saya makan malam ni. Macam mana?” cabarku.


“Okay. Jangan merungut kalau saya pau awak ya. Nah, ambil helmet ni,” Topi keledar berwarna biru itu aku sambut. Macam mana ni? Apa yang patutu aku buat sekarang?


“Kenapa tak pakai?” soalnya pelik apabila aku hanya diam merenung topi keledar yang dihulurnya tadi.


“Awak tak sudi naik motor dengan saya?” soalnya lagi. Aku dapat mengesan nada kecil hati yang terkeluar dari mulutnya. Aku hanya menggeleng.


“Bukanya macam tu. Saya bukannya tak sudi, tapi jujur saya cakap, saya tak pernah naik motor dengan lelaki selain ayah dan abang saya. Saya harap awak tak kecil hati,” jujurku.


“Awak jangan risau. Saya takkan bawa motor ni laju-laju. Awak tak perlu fikir yang bukan-bukan. Dah lah tu. Meh sini saya pasangkan helmet tu,” katanya sambil mengambil kembali helmet yang berada di tanganku. Dengan cermat, dia mengenakan topi keledar itu ke kepalaku.




“Kalau awak still risau, awak pegang besi belakang motor saya kuat-kuat. Jangan sampai jatuh, tau. Nanti kempunan pula saya,” ujarnya penuh selamba. Namun sepantas kilat dia menutup mulutnya sendiri. Tak ubah umpama ayat itu sesuatu yang dia tidak sepatutnya diucap.


“Alah, saya tahulah. Kalau saya jatuh nanti, kempunan pula awak nak merasa saya belanja makan malam. Bukan selalu dapat makan free, bukan?” gurauku. Aku dapat melihat dia kembali tertawa. Kami segera bertolak meninggalkan pekarangan kampus. Dia membawaku ke salah sebuah pusat beli belah yang terletak tidak jauh dari kampus kami.


Aku rasa, jarang sekali pelajar kampusku bertandang ke tempat ini. Aku rasa ini mungkin kali pertama aku menjejakkan kakiku ke sini. Kulihat-lihat, tidaklah seteruk yang dikatakan pelajar yang lain. Okey sahaja aku tengok kedai-kedai yang terdapat di sini. Tiba-tiba dia menarik tanganku dan membawaku ke salah sebuah kedai yang menjual peralatan kuliah. Boleh tahan besar juga kedai ini. Mungkin besar sedikit dari kedai buku BADAN CEMERLANG di Kompleks beli belah Angsana di negeri kelahiranku.


“Ada apa kat sini yang awak jangka boleh buat saya suka gila-gila?” tanyaku apabila kami berhenti di dalam kedai tersebut. Dia hanya tersenyum manis sambil memandang ke arahku. Aku tidak tahu apa makna di sebalik senyuman itu tetapi dah orang senyum pada kita, balas ajelah. Dia bergerak sedikit ke tepi dan membiarkanku melihat apa yang berada di sebalik badannya.


Wednesday 19 December 2012

Saya Juga Manusia Biasa

Assalamualaikum semua...

     Ya Allah Ya Tuhanku, ku memohon pada-Mu, permudahkanlah segala urusanku kerana tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau permudahkan. Sesungguhnya memudahkan yang sukar adalah mudah bagi-Mu. Aku tahu bahawa Engkau tidak akan membebankan hamba-Mu dengan tanggungan yang tidak mampu mereka tanggung. Maka, kuatkanlah diriku untuk menjalani kehidupanku ini, Ya Allah..

     Hari ini saya ditimpa dugaan yang tidaklah sebesar mana tetapi menggugat keputusan yang baru sahaja saya buat. Pada malam tadi, kami (Kampeni PH) mengadakan sedikit jamuan kampeni dan juga bagi meraikan kejayaan kami yang lepas. Seronok memang seronok. Tetapi, komander-komander sekalian tak pernah lupa untuk memancing minat kami untuk menyertai keluarga mereka.


     Alhamdulillah, usaha komander-komnader sekalian membuahkan hasil apabila ramai (setakat ini ada dalam 23 orang) yang tertarik hati untuk menyertai program bakal komander yang bakal dijalankan pada 8/2/13 hingga 16/2/13 nanti (menurut kata komander Faiz). Saya pun dah berbincang dengan mak dan abah kerana sejujurnya, sehingga kini saya masih lagi mengutamakan mereka dalam setiap keputusan yang saya buat kerana saya tidak mahu membelakangkan keluarga. Biarlah apa orang nak kata, kerana pada saya keluarga adalah yang utama.



     So, di sini bermulalah masalah a.k.a tekanan mental saya (kata komander Faiz, kena biasakan diri dengan tekanan mental sebab penting untuk belajar kawal mental). Saya dan beberapa orang kawan sudah pun mencari rumah yang bakal kami tempati untuk semester depan. Malah, semua deposit rumah dah siap dibayar dan kunci rumah akan diberi pada Sabtu ini.

     Saya memberitahu kawan saya yang handle rumah dari malam tadi dan buat confirmation dengan dia pagi tadi. Pada awal perancangan mencari rumah, saya ada katakan pada dia bahawa sesiapa sahaja yang ingin keluar dari rumah tu, kena bayar duit sewa sehingga mereka dapat cari pengganti yang lain. Bukannya nak masuk bakul angkat sendiri, tapi Insyaallah saya akan kotakan apa yang saya ucapkan dahulu kerana saya tak mahu menjadi seorang munafiq.


     Tapi bukan saya seorang sahaja yang berkemungkinan terpaksa keluar dari rumah tu. Ada lagi dua orang kawan saya yang turut memohon jawatan bakal komander di mana kami harus memohon kemudahan kolej sepertimana yang telah diberitahu oleh komander-komander kami. Saya tidak tahu pada siapa status itu ditulis. Tetapi, pada pendapat saya ianya lebih ditujukan kepada kami. 



     Saya tahu dia marah, geram dan tersinggung dengan keputusan yang kami buat. Tapi kami juga harus berbuat sesuatu untuk merubah hidup kami. Saya ingin berubah menjadi seorang yang ada keyakinan diri kerana menurut mak adan abah, saya terlalu merendah diri sehingga orang lain sewenang-wenangnya memijak kepala saya. SAYA INGIN BERUBAH!!!


 

     Bukannya kami bertindak mementingkan diri sendiri, tetapi saya benar-benar perlukan pemahaman awak dalam hal ini. Kami tidak berniat nak buat awak kecewa, marah, tersinggung dengan kami. Kami cuma mahukan perubahan dalam hidup kami. Kami dapati (Insyaallah) melalui program ini, kami boleh berubah menjadi yang lebih baik. Saya minta maaf banyak-banyak sekiranya keputusan kami benar-benar buatkan awak marah dengan kami. Kami juga manusia yang penuh dengan kelemahan. 



     Masalah yang kedua pula, nama saya tersenarai dalam pelajar yang diwajibkan untuk menghadiri majlis perasmian kad diskaun siswa yang ke-2. Pada masa yang sama, esok paginya saya ada program penting di kampung. EXPLORACE!!! Setakat ini saya tidak pernah tertinggal dariapda menyertainya (actually AJK). Tetapi kali ini mungkin kali terakhir saya menyertainya.


    Setiap awal tahun sewaktu Tahun Baru Cina, keluarga besar sebelah mak akan mengadakan Hari Keluarga yang selalunya bertempat di rumah saya. Nampaknya saya terpaksa mengorbankan waktu saya bersama keluarga kerana Latihan Intensif Bakal Koamnder (LIBK) akan diadakan sepanjang Tahun Baru Cina. Sewaktu memberitahu mak dan abah malam tadi, mak memberitahu saya bahawa salah seorang sepupu saya akan melangsungkan hari perkahwinannya pada 11 Februari tahun hadapan. Maaf kak, Ila tak dapat nak datang. 

     Oleh sebab saya terpaksa miss dua acara ini, nak tak nak saya kena juga balik ke rumah hujung minggu ni. Lagipun sudah lebih sebulan saya tak pulang ke pangkuan keluarga. Minggu depan ni pun study week, so saya nak bawa balik sebahagian barang-barang yang tidak akan saya guna sepanjang minggu peperiksaan nanti. 


 

     So, seperti yang dinasihat sepanjang latihan PERKOM sebelum ini, Allah akan memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang berusaha lebih. Latihan tekanan mental penting untuk saya dan kawan-kawan menghadapai cabaran yang lebih besar masa akan datang. Kalau setakat dugaan seperti ini saya sudah mengalah, bagaimana saya nak berurusan dengan orang ramai pada masa hadapan.

     Sebagaimana gambar yang kawan saya post sebelum ini di Facebook, "There are two types of PAIN. Pain that HURT you and pain that CHANGE YOU". So, saya menganggap ini kesakitan mental dan perasaan yang akan mengubah saya, Insyaallah. Minggu peperiksaan pun semakin dekat. Semoga saya dapat buat yang terbaik dan Insyaallh Anugerah Dekan dalam genggaman. Amin...

 

Wassalam..

Friday 14 December 2012

PERKOM!!!!


Assalamualaikum, semua...

     Dah lama tak update blog ni. Malkum sajalah, final exam tinggal 2 minggu saje lagi. Masih banyak yang perlu saya ulang kaji untuk mengejar DL.



     Pada hari Ahad yang lepas, kat PALAM ada mengadakan PERKOM a.k.a. Pertandingan Kawad Kaki Beruniform yang menggabungkan platun Kesatria Negara dari setiap kompeni yang ada di UiTM Puncak Alam dan juga Puncak Perdana. Saya dan kawan-kawan seramai 33 orang mewakili Kompeni PH iaitu dari Fakulti Farmasi








     Setelah sekian lama tak dapat berkawad, akhirnya saya berpeluang melepaskan rindu saya pada aktiviti kegemaran saya ini. Kami berlatih selama lebih kurang dua minggu. Pada setiap malam, kami akan turun ke padang kawad untuk menjalani latihan intensif bersama komander-komander yang cukup berkaliber






 


     Nasib baik dah biasa masuk pertandingan kawad kaki macam ni masa di sekolah dulu. So, tak adalah cuak sangat masa nak bertanding tu.

 

 





    Tertekan ke tak???? Mestilah tertekan. Kami menggalas tanggungjawab untuk mendapatkan pingat emas kerana katanya sebelum ni fakulti kami tak pernah mendapat sebarang pingat. So, FIRE UP!!!! Kami diasah betul-betul. Malangnya, sampai hari pertandingan pun masih ada di antara kami yang melakukan kesilapan....termasuklah saya, hehehe.. minta maaf, komander... Haish...ni mesti nervous sebenarnya...




     Alhamdulillah, kami bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya (ayat klise), kami berjaya menggapai apa yang kami harapkan. EMAS!!! Walaupun bukan emas betul, (bak kata komander, ianya telah ditukar dengan besi..hehehe :p) tapi medal ini amat berharga buat kami. Ini bukti usaha keras kami dan juga bukti ketekunan para komander sekalian melatih kami




















     Apa yang paling seronok dalam pertandingan seperti ini bukan sekadar usaha untuk mendapatkan tempat pertama, tetapi dapat menjalin hubungan persahabatan dengan kawan-kawan kita yang lain. Sesungguhnya PERSAHABATAN itu amat indah. Kita belajar untuk bekerjasama, belajar menjadi sehati sejiwa, belajar untuk berkongsi, belajar untuk menjadi lebih berdisiplin dan juga belajar untuk menerima kelemahan diri sendiri dan orang lain - manusia diciptakan untuk saling melengkapi...


 

 


 


 

 

Bersama rakan kelas D. Dari kiri : Wawa, Nisa, Fadh, Aishah, Farah

Wassalam...