Alangkah terkejutnya aku apabila melihat pelbagai koleksi
beg yang aku minati di situ. Malah ianya terdapat dalam pelbagai warna-warna
yang menarik. Beg pink muda yang berada di hadapanku berjaya menarik
perhatianku. Aku membelek-belek beg itu dan melihat tanda harga yang melekat
padanya. Aduahai, mahalnya. Aku tak rasa aku mampu untuk memlikinya. Segala
perbelanjaanku masih lagi dikawal oleh ayah. Jangan haraplah ayah akan
memberiku duit lebih untuk membeli beg yang aku idam-idamkan ini.
“Kenapa? Awak tak suka ke?” soalnya bimbang setelah
melihat perubahan riak wajahku. Aku hanya memandangnya dan menghadiahkannya
sebuah senyuman kerana telah membawaku ke tempat ini. Mungkin suatu hari nanti
aku mampu juga memiliki beg ini. Walaupun pada ketika itu, beg ini mungkin
bukan lagi trend remaja pada masa itu.
“Tak ada apa-apalah. Saya suka sangat. Cuma, saya tak
rasa saya mampu untuk beli beg ini. Sekurang-kurangnya bukan untuk sekarang,”
keluhku sedikit hampa. Tetapi tidak mengapa.
“Tak apalah awak. Kalau tak sekarang tak bererti awak
takkan dapat beli beg ni buat selama-lamanya, bukan?” ujarnya cuba membuatku
ceria. Aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang dia
perkatakan. Suatu hari nanti. Ya, suatu hari nanti pasti beg pink ini akan
menjadi milikku jua.
“Okeylah. Saya mengaku kalah. Saya suka sangat dengan apa
yang awak dah tunjukkan pada saya malam ni. So, seperti yang kita dah
pakat, saya akan belanja awak makan malam ni. Sekarang, awak decide,
awak nak makan kat mana,” lawa ku. Tak mahu berlama-lama hanyut dalam
kesedihan. Tak baik untuk kesihatan, tau.
“Sebab awak yang nak belanja, saya beri penghormatan
untuk awak sendiri yang pilih tempat awak nak makan,” putusnya.
“Okay, good opinion. Girl must decide. Cuma, saya
tak tahu restoran apa aje yang ada kat kompleks ni. Hehehe..jangan marah, ha,”
nyataku jujur. Benar. Kata pun kali pertama datang. Manalah aku tahu selok
belok kawasan ni. Silap hari bulan, boleh sesat. Ku melihat dia tertawa buat
seketika. Mungkin dia tidak tahu bahawa ini adalah kali pertama aku ke sini.
“Okey. Kalau nak fast
food, Pizza Hut, KFC, McD ada. Kalau nak restoran yang lain, saya pun tak
berapa nak ingat restoran apa aje yang ade kat sini sebab boleh tahan banyak
juga la,” jawabnya. Aku hanya menganggukkan kepalaku beberapa kali. Hmm…
agaknya, di mana kami boleh makan. Nak tanya juga kat mana saja yang dia suka
makan. Tapi, dah dia beri privilege
untuk tentukan kedai makan, so…
“If in that case,
Pizza Hut should be okay,” putusku. Mendengar sahaja kata putus yang diebri
olehku, dia segera menjadi pemandu pelancongku menuju ke restoran Pizza Hut
yang berada di tingkat satu kompleks tersebut.
Aku telah memesan set Hawaiian Tuna yang memang menjadi
kegemaranku sekiranya aku bertandang ke restoran pizza ini. Dia pun tidak
berkata apa dan bersetuju sahaja dengan pesananku. Sepanjang menjamu selera
kami berbincang seketika mengenai kelas-kelas yang kami ambil serta kehidupan
seharian kami.
Bukannya aku nak perasan, tapi dah macam dating pun ada juga. Sesi suai kenal,
gitu. Hahaha…
Setelah perut kenyang diisi denga makanan yang lazat,
kami bergerak ke arah kaunter bayaran. Tetapi belum sempat aku mengeluarkan purseku, dia sudahpun mengeluarkan walletnya dan beberapa keping not
sepuluh ringgit. Tetapi cepat kutegah.
“Eh, kan kita dah buat deal. Dinner malam ni,
saya yang bayar. Kenapa pula awak keluarkan duit?” tegahku. Dia hanya tersenyum
kepadaku seraya menundukkan kepalanya ke arahku sehingga pandangan mata kami di
aras yang sama.
“Pernah ke awak tengok kalau makan, perempuan yang
bayarkan makanan lelaki? Hilanglah macho
saya kalau macam tu,” jawabnya lantas membuat bayaran. Gadis yang menguruskan
kaunter itu juga tersenyum kambing melihat ke arahku. Laa…dah janji tadi aku
yang akan belanja dia makan malam ni.
“Awak ni, tak patut tau. Dah saya kena ketawa dengan cashier girl tadi. Malu tau,” rengekku.
“Eh, bila masa pula dia ketawakan awak? Saya tak dengar
pun. Dia ketawa tanpa suara eh?” guraunya pula. Secara automatik, jariku
mencubit lengannya tanda geram.
“Aduh, sakitnya awak,” ujarnya sambil mengusap-usap bekas
cubitanku.
“Itulah. Mainkan saya lagi. Kan dah kena,” jawabku. Ku
lihat dia masih lagi mengusap lengannya. Sakit sangatkah cubitan aku? Biasanya
kalau aku cubit kawan-kawan aku yang lain, tak pula dia orang kata sakit.
Entah-entah kulit diaorang tu dah jadi kulit buaya kot, sebab dah selalu kena
cubit dengan aku. Aku segera mendapatkannya dan kuusap-usap perlahan lengan yang
menjadi mangsa cubitanku tadi.
“Sakit sangat ke awak? Sorrylah. Saya dah terbiasa dengan kawan-kawan saya macam ni. Sorry eh,” pintaku ikhlas. Kasihan pula dia.
Baru mula berkenalan dah makan cubitanku.
“Boleh tahan jugalah. Awak ada menuntut dari ketam, eh?
Nanti pesan kat cikgu awak, janganlah ajar cubit yang bias-bisa. Cubit yang
manja-manja kenalah ajar banyak-banyak,” jawabnya sebelum telingaku menangkap
tawanya yang ditahan-tahan.
“Amboi, nak kenakan saya, rupanya. Meh sini. Cikgu ketam
saya cakap, kalau orang macam awak ni, kena cubit bias-bisa banyak-banyak kali
pun tak apa. Sinilah. Jangan risau, FOC,” Terusku mendapatkannya yang cuba
melarikan diri dariku. Pandai dia kenakan aku, dan macam mana pulalah aku boleh
tertipu dengan helahnya itu. Aduhai…
Oleh kerana malam pun dah tak berapa nak muda lagi, kami
bergerak pulang. Takkanlah nak bermalam kat kompleks itu, bukan? Dan dia dengan
baik hatinya menghantar aku pulang sampailah ke hadapan pintu pagar rumahku.
Punyalah takut kalau ada apa-apa yang bakal berlaku ke atas diriku, dia hanya
mahu pulang setelah aku masuk ke dalam rumah dengan selamat.
Dan seperti yang aku sangkakan, mulalah sesi soal jawab
dengan orang tuaku. Aku tahu, mereka juga risau mengenai diriku. Yalah, aku
bukannya jenis yang suka keluar malam. Dengan lelaki pula tu. Lagilah mereka
risau. Aku pun menerangkan mengenai si dia yang menghantarku pulang. Aku
beritahu mereka bahawa dia bukannya seorang lelaki yang jahat. Aku bercakap
yang benar.
Setelah berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang aku beri,
barulah aku dibenarkan untuk memasuki bilikku sendiri. Namun, satu amaran telah
diberi kepadaku, iaitu, kalau nak keluar lagi dengan dia, aku harus mengajak
temanku yang lain kerana tidak manis jika kami keluar berdua sahaja. Lagipun,
kami bukannya ada hubungan yang menghalalkan segala perbuatan. Kata mak, nanti
kena tangkap basah baru tahu.
Emak ni pun satu. Memanglah emak aku ada satu aje.
Ish..bukan itu. Emak ni pun satu, janganlah ceritakan hal-hal seram macam tu.
Meremang bulu roma aku. Kami hanya berkawan. Tidak lebih dari itu. Kalau nak
lebih pun, hmm….nantilah baru fikir. Tapi betul juga apa yang emak cakapkan.
Dia lelaki dan aku pula perempuan. Orang sekeliling boleh salah sangka terhadap
kami.
Contohnya seperti malam ini. Dia hantar aku balik.
Walaupun niat dia baik, tetapi yalah, hantar anak dara orang balik pada waktu
malam macam ni, mesti orang lain fikir yang bukan-bukan. Emak ada juga
membisikkan sesuatu padaku tadi. Katanya, terkadang iman seseorang ini amat
nipis, lebih-lebih lagi lelaki. Aku juga tidak mengenali hati budi dia
sebenar-benarnya. Walaubagaimanapun, aku yakin dengan kata hatiku sendiri. Dia
bukanlah lelaki seperti itu. Tetapi, aku rasa lebih baik jika aku mengikut
seperti apa yang emak dan abah pesan.