Sunday 16 September 2012

Aku dan Dia (episod 1)


Aku terserempak dengan si dia ketika aku sedang leka memerhatikan sekumpulan siswi yang sedang menggayakan beg berjenama ‘SHARK’ yang memang sedang popular dalam kalangan remaja. Sesiapa pun pasti ingin memiliki sebuah beg seperti itu, dan begitu juga dengan aku.

Aku tidak sedar bahawa kelakuanku dalam pemerhatian seseorang sehinggalah aku terasa ada suara halus yang berbisik ke telingaku. Aku segera menoleh kerana terperanjat.


“Awak minat beg macam tu?” tanya si dia. Aku kembali memandang ke arah pelajar-pelajar tadi.


“Minatlah juga. Lagipun rasanya memang trend remaja sekarang pakai beg tu,” jawabku. Pada waktu itu, aku tidaklah kenal rapat dengan dia. Aku sekadar tahu akan namanya.


“Minat sikit ke, minat banyak?” pertanyaannya kali ini membuahkan tawa kecilku. Adakah patut tanya macam itu?


“Banyak atau sikit? Hmmm…mungkin sederhana kot. Oh ya, awak budak yang selalu duduk di hadapan, bukan?” soalku pula. Asyik dia sahaja yang bertanya, apa salahnya jika aku pula yang bertanya. Kami bergerak seiringan menuju ke arah kelas kami.


“Duduk depan? Macam mana awak tahu?”


“Kalau awak tak selalu duduk depan, macam mana pensyarah semua boleh ingat nama awak sebab selalu panggil awak tunjukkan contoh jawapan kat depan,” terangku. Aku dapat melihat ada senyuman terukir di bibirnya. Mungkin gembira kerana ada juga orang yang mengenalinya atas usahanya. Yalah, aku ni manalah pernah bertegur dengan dia. Tup tup kenal dia mcam dah lama.


“Oh ya, malam nanti awak ada apa-apa urusan tak?” Aku hanya memandangnya pelik tatkala mendengar pertanyannya kali ini. Dia ni memang suka tanya soalan-soalan yang pelik-pelik macam ni ke?



“Malam nanti? Hmm..rasanya tak ada apa-apa kot. Kenapa?” Walaubagaimanapun, aku masih lagi menjawab soalannya. Malah, kutambah dengan soalan lain pula. Hehehe…


“Nanti tunggu saya di depan pintu gerbang boleh?” pintanya sambil berdiri membelakangkan pintu dewan kuliah kami. Nampaknya kami dah sampai ke tempat tujuan.


“Saya tak berani nak janji, sebab apa-apa pun boleh jadi dalam masa sebelum sampai malam nanti. Tapi Insyaallah, kalau tak ada hal lain, saya datang,” jawabku sambil melangkah masuk ke dalam dewan kuliah mendahului dirinya. Aku segera mendapatkan teman baikku, Murni. Dia pun nampaknya sudah menempati tempat yang boleh dikatakan sudah disediakan untuknya dari awal lagi.


Walaupun aku tidak tahu mengapa dia ajak berjumpa petang nanti, tetapi aku percaya padanya. Aku percaya yang dia adalah seorang yang baik. Dia tidak akan membuat apa-apa yang buruk pada diriku. Aku percaya.

Kenangan Bersama Y2 @ PASUM!!!


     Tak sangka, dah lama rupanya saya meninggalkan PASUM, tapi belum sampai setahunlah.... Walaubagaimanapun, kenangan bersama rakan2 di sana tak pernah saya lupakan walau untuk sesaat...
     
     Yang sedihnya, saya dah sediakan cd2 untuk dihadiahkan kepada kawan-kawan saya. Cover cd di buat daripada kertas yang dipenuhi dengan coretan a.k.a. tanda tangan kenangan dari warga Y2. Sayangnya, lappy saya tak berapa sihat unutk memburnkan semua cd2 tu.
     
     Jadi, apa yang mampu saya buat hanyalah mengupload video2 tersebut ke U-tube dan share di fb. Sedih bila memikirkannya.

     Jadi, saya nak share juga kat sini, antara cebisan kenangan saya bersama rakan2 saya.

Excellent Students - Ni video yang memperkenalkan semua rakan2 kelas Y2 saya








Wish To Wish Y2 - Yang ni plak adalah wish yang dibuat sesama kami. Pelajar A akan kasi ucapan untuk pelajar B dan pelajar B akan membalas ucapan tersebut. Oleh kerana angka kami genap, so senangla...hehehe



Recollection of Heart - Dan in adalah video saya yang terakhir untuk rakan-rakan saya di Y2. Video ni adalah meldey semua gambar2 kenangan yang sempat saya muatkan. Ini pun, saya terpaksa pilih2 gambar kerana tak muat nak sumbat semua gambar2 kami.

     
     Saya ada juga minta pendapat sepupu saya tentang video2 ni. Dia kata, memang sedih sebab ianya membuatkan dia mengimbau kembali kenangan2 dia bersama-sama rakan2 dia. Saya pun, menangislah mengenang kembali kenangan yang telah saya  kongsi bersama rakan2 saya....