Monday 22 July 2013

Officially End..


Assalamualaikum semua,

 

          Maaf, dah cukup seminggu baru nak update pasal final exam yang dah lepas...hehehe. Paper last kami adalah MGT417 a.k.a Information Technology in Business.. Tapi actually, minda semua da ade kat kampung masing-masing. Jelez sebab dah ramai kawan yang balik sebab paper diaorang habis awal dari kitaorang :( .

          Tapi tak pe, kami redha...huhuhu. So, oleh kerana paper kami adalah pada sebelah petang, jadi kami merancang untuk mengadakan iftar beramai-ramai (actually budak sekelas je..) Tak ramai yang dapat hadir kerana semua dah tak sabar nak balik kampung. Jadi yang tinggal ini sajalah yang join...


         By the way, we do have fun even though it will be so much fun if everybody can join us!!

Trial Triller Love In Argentina..

Assalamualaikum semua,

          Sorry, entry kali ni ringkas je sebab tujuan utama dy just nk upload video atas ni je.

Wassalam...

Thursday 11 July 2013

1 More To Kill!!!

Assalamualaikum semua....


          Yosh!!!! Tinggal 1 paper je lagi ni. Pejam celik pejam celik, dah habis 6 paper kami jawab & lepas paper last (MGT417 - Information Technology in Business) ni, bolehlah kami merasa cuti sem (insyaallah 2 bulan :) ) macam kawan2 kami dari course lain yang dah lama pulang ke kampung masing2.

         Paper PHC428 a.k.a Pharmaceutical Organic Chemistry tadi berakhir tepat jam 11.56 pagi. Senang atau tak tu tak tau nak jawab macam mana. Sejujurnya, ini adalah subjek kegemaran saya. Tapi kalau nak cakap senang, ada aje soalan yang tak terjangkau soalan dek minda tadi. So, 50:50 kot...hehehe :p

          Untuk paper MGT Ahad ni pula, tak tahu nak cakap macam mana. Melihat dari past years yang selalu diberi waktu tutorial, banyak fakta = kenalah menghafal lagi... Ada yang cakap subjek ni berat. Rasanya betul juga. Sebab ianya melibatkan banyak fakta IT yang bukan mudah untuk di'goreng' sesuka hati.

         Apa-apa pun, kami mengharapkan doa semua agar kami dapat menjawab dengan tenang dan lancar. Lepas ni, berakhirlah kehidupan kami sebagai pelajar farmasi tahun pertama. Tahun kedua akan menjelang pada bulan 9 nanti dengan ilmu-ilmu baru dan juga tanggungjawab baru membimbing adik-adik first year under kami. Hmm...Merasa dapat junior la semua..(Tu dia....dah berangan jauh dah...)

        Okaylah, nak berehat dulu...

Wassalam...

Tuesday 9 July 2013

Speechless

Assalamualaikum dan selamat malam (even actually dah pagi :) )

          Tetiba terasa nak menulis walaupun petang tadi dah ada entry. Tetiba rasa speechless sangat. Tetiba rasa...okay, sekarang kita dah even. Tetiba senyum sorang-sorang. Tetiba macam jadi tak betul. Tetiba ketawa sorang-sorang. Tetiba rasa bersemangat giler nak belajar!!!


          Saya ada seorang kawan. Kawan lama. Sebelum ni, saya berjuang habis-habisan dalam pelajaran untuk menyaingi dia. Betul-betul habis-habisan. Then, lepas habis sekolah semua bawa haluan masing-masing. So, nak compete macam mana kalau dah aliran yang berbeza??? Setiap aliran mengandungi subjek yang berbeza. Rasa macam tidak adil untuk dibandingkan jika ianya adalah benda yang berbeza.

          Saya langsung tak tahu apa-apa perkambangan kawan saya yang seorang ni. Dia dekat mana?? Langsung saya tak tahu. Entah-entah dah berpindah ke planet lain. Hahahaha...entah apa-apa yang saya merepek.

          Berbalik kepada cerita utama. Nak cakap stalk, entahlah...boleh jadi stalker besar kot kalau macam ni... Hmmm...mengarut lagi.... Stalk punya stalk, still tak tahu apa-apa. Nak stop. Boleh aja.

          Tiba-tiba......Jeng jeng jeng...Ternampak something di muka buku. Amat memeranjatkan apabila tengok dia dalam senarai pelajar yang mengambil bidang yang sama. OK, sekarang saya dah jadi confuse. Tidakkah dia membazirkan waktu dia???(Statement ni sekadar pandangan peribadi di atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh didedahkan, maaf...)

          So, dah sama aliran, bukan???? Tunggu apa lagi???? Speed that gear up!!! Tak pernah ada kata terlambat!!! Cerita, novel, movie memang tak semuanya betul, tapi kadang-kadang ianya diadaptasi dari kisah sebenar. Kadang-kadang ia diciptakan bukan untuk membuat kita khayal, tapi supaya kita mengambil yang positif dan mengorak langkah untuk lebih maju ke hadapan...


          So, jom kita belajar bersungguh-sungguh! Bak nasihat yang pernah diberikan oleh pengetua di sekolah menengah dahulu, "Masa sudah semakin sempit, tapi masih lagi sempat" Bak moto hidup yang diambil dari cerita "HARD WORK will definitely be rewarded. The rest is to BELIEVE IN YOURSELF!!!" Set the fire up and strive to be the best!! GOOD LUCK!! And, HAPPY RAMADHAN!!!

Wassalam....
(Pic credit to Mr Google)

Monday 8 July 2013

2 More To Kill

Assalamualaikum semua...

Kajian semalam
Kajian hari ini

          Maaflah, semalam memang tak sempat nak update apa-apa dalam blog ni :( Kalau hari ini Insyaallah, memang sempat... :)

          Macam mana paper semalam???Hmmm..memang mencabar. Kalau sebelum ni ada 1 soalan tanpa anak dengan markah 15, semalam ada soalan lagi power, hadiah dari dean buat kami semua... 1 soalan tanpa anak = 20 markah, soalan berkenaan pharmacokinetic of drug interaction. Oleh kerana blurrrrrrrrrred sangat semalam, nak tak nak kena la buat 'nasi goreng' ke 'mee goreng' ke untuk memenuhi soalan tu. Dengan harapan, adalah kot markah kesian lepas tengok usaha cuba nak menjawab soalan, walaupun 'goreng' guna lecture note lecturer yang lain.

          Balik pula, kena pulun untuk paper Pharmaceutical Biochemistry. Ni lagi satu masalah apabila hanya menyentuh sedikit sahaja lecture notes yang ada untuk menetapkan fokus dalam subjek pharmaco. Sebelum study pharmaco sebelum ni, just study 3 lecture notes terakhir dari Prof Hamid. So, malam tadi terpaksa menghabiskan lecture notessssssssssssss yang lain dari Dr. Wan, Dr. Siti Alwani, Dr. Shiha dan juga Dr. Lina. Pening tak pening, kena sumbat juga... (p/s : lain kali jangan belajar last minute!!!)

Comparison antara note pharmacology n biochemistry


         Hasilnya, entah jawapan apa yang tertulis dalam answer booklet tadi. Mood pagi tadi pun memang tak berapa nak baik dengan tak boleh tidur malamnya. Pagi-pagi dengan keazaman yang tinggi, kami bertolaklah ke fakulti. Ada pelajar nak lintas jalan. Ada PB jaga. PB angkat tangan tapi saya rasa macam menunjuk ke arah kereta di belakang dan kereta di depan saya pun main jalan. So, saya ambil inisiatif untuk jalan juga sebab memang banyak giler kereta.

          Tiba-tiba..."Adik, tolonglah berhenti, saya dah angkat tangan suruh berhenti, kot!!!"...
         
         Ok, saya salah sangka. "Sorry cik. Saya tak perasan tadi". THE END. Okay, start dari situ memang mood dah jadi tunggang terbalik sampailah sekarang. Orang semua dah lega sebab dah dapat kelaur dari penjara biochemistry, tapi entah kenapa still terasa berat sangat nak bernafas. Perut dah lapar, nasi dah beli, tapi tiba-tiba langsung tak ada selera. Tak tahulah apa nak jadi.

          Insyaallah kalau tak ada apa aral, awal bulan Ramadhan akan jatuh pada hari Rabu nanti. Bermakna, ini kertas terakhir kami sebelum bulan Ramadhan dan kali terakhir saya boleh bawa botol air masuk dalam DP :( Paper kami yang seterusnya adalah Organic Chemistry II yang jatuh Insyaallah pada hari kedua Ramadhan.

          So, apa-apa pun, nak minta maaf pada semua. Pada family, kaum kerabat, sedara-mara, sahabat handai, kepada PB pagi tadi (sorry giler-giler encik, emosi memang tak berapa betul pagi tadi sebab tak cukup tidur sampai tertidur dalam DP masa jawab exam tadi), & anyone yang pernah terluka hati dan perasaan kerana saya.

          Salam terakhir & good luck!!!

Wassalam....

Tuesday 2 July 2013

4 More To Kill

Assalamualaikum semua..


          Alhamdulillah,... Tepat jam 4.13 petang tadi, selesailah paper final kami yang ke-3. So, total ada lagi 4 paper untuk diselesaikan dan lagi dua minggu boleh balik kampung!!!!! Horay!!! (^__^)

          Ha, sebelum terlupa, nak wish HAPPY 20th BIRTHDAY!!!!! for my best friend yang membesar sama-sama dari kecik sampai sekarang, Cik Julia Rais. Happy birthday, Ju....Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki & sukses selalu.. (>__<)

          Okay, berbalik pada topik utama kita, Pharmacy Practice. Kupasan soalan tadi, boleh tahan. Paper gred kuning. Tak ingat level yang ke berapa :( Boleh jawab ke tak???hehehehe...tu rahsia. Next ni akan datang pula paper PHC427 (Principles of Pharmacology and Medicinal Chemistry) & PHC429 (Pharmaceutical Biochemistry). Killer subject for this semester (ketaq lutut) Dah la tu, harinya pula sebelah menyebelah, langsung tak ada gap (double ketaq lutut).

          So, dalam masa 4 hari yang diberi ni, dipersilakan para pelajar tahun 1 BOP UiTM Puncak Alam untuk study hard ye.. Pulun jangan tak pulun.

         Ok lah, nak rehatkan badan lepas exam..plus kate kawan dulu, tak baik belajar masa Asar....So, jom kita berehat sebentar bersama KitKat :p

Wassalam....