Saturday 20 October 2012

Konsert Devotees di PALAM!!!


     Assalamualaikum, semua....!!!

     Percaya atau tidak, waktu sekarang adalah lebih kurang jam 12.45 pagi dan saya baru sahaja balik dari menonton Konsert Devotees (yay!!!) yang diadakan di DKF1 FF2 a.k.a DK500.... Konsert ni adalah di bawah anjuran Sophys dalam program 'Mahabbah Fiil Islam' (MAFiS) atas tajuk 'ISLAM is The Way of Life' (panjang benor intro... semput nak baca dalam satu nafas ni...)

     Semangat betul ni. Maklumlah, baru aje jumpa Devotees... (^__^)



     Pada pendapat saya, mereka semua ni teramat sangat-sangat sporting! Rasa seronok sangat tengok persembahan diaorang. Kelakar ada (abang Halim dengan abang Shauqi gaduh-gaduh manja (>_< ) ), sweet pun ada, (masa penonton kena panggil naik ke pentas untuk buat surat cinta - saya undi Ku Asyraf) , terharu pun ada (actually menangis dengar lagu 'Kekasih' - sorry abang Adi, tak sempat nak mengaku) macam-macam ada...hehehehe 







     Untuk persembahan malam tadi, diaorang mempersembahkan beberapa buah lagu,

- Hadirnya Cahaya S.A.W. (teringat kepada baginda Rasulullah s.a.w)
- Sahabat (frenz foreva)
- Kekasih (lagu yang menyayat hati)
- Mahar Cinta (atas permintaan ramai)
- Berjalan Tanpa Henti (dari album terbaru)
- Alpha (lagu rap katanya...hehehe)
- Don't Walk Away (karya abang Adi (>_< ) amat best!)
- Tika Dinihari 

     Ada satu lagu yang terakhir tu, saya tak tahu tajuk dia apa...  :-(

     OK, tak lupa juga, selepas konsert mestilah ada sesi autografi dan fotografi, bukan....? yay!!!! So, diaorang ada buka satu booth. Booth tu la untuk beli poster, button, CD diaorang yang terbaru dan booth tu jugaklah tempat nak amek gambar & autograph dariapda Devotees. Memang sibuk giler kat booth tu..


     Mana lengkap kalau pergi tengok konsert tapi tak dapat amek gambar (even sorang) atau dapat autograph dari diorang. So, dalam masa yang sempat tak sempat tu, saya menyelit untuk amek signature dan juga tangkap gambar dengan diaorang. 



Masa ni, saya beli dua poster. Satu untuk roomate saya (dia minat giler dengan kumpulan Devotees ni) yang tak dapat datang sebab banyak sangat assignment yang nak kena siapkan. Malangnya, roomate saya tu tak berapa nak ada luck malam ni sebab poster lagi satu tu, entah ke mana jatuhnya. Saya punya sedih, macam nak menangis pun ada. Penat-penat saya pergi tiga kali jumpa abang-abang Devotees ni, tapi satu boleh hilang macam tu aje... TT___TT

Masa minta signature tu memang tak boleh bla... Semuanya demand-demand belaka... "Abang, nak letak nama boleh?" ... "Abang, nak minta kata-kata semangat boleh?"

     Paku dulang, paku serpih, mengata orang, dia yang lebih (Ha, tu dia. Dah keluaq dah...) Maksudnya, cakap orang, saya pun 2x5 = 10 gak. Oleh kerana abang-abang sekalian berbaik hati, maka diorang turutkanlah apa yang kitaorang minta. Thank you so much abang-abang Devotees!!!


 

 

hehehehe..... >_<

  Insyaallah, panjang umur meh la bertandang ke PALAM ni lagi... It's just a great moment to meet all of you!!!

                                      

Wassalam....



Wednesday 17 October 2012

Miss Dena

     Assalamualaikum, semua.....




     Mesti ramai yang dah pernah tengok video kat atas ni, kan??? Actually,  tadi baru aje tengok balik video Miss Dena masa dia dipropose oleh suami dia. Video ni kawan baik saya, NURUL SYAZLIANA a.k.a SYAZ yang tunjukkan. Seriously, mase tengok 1st time tu, menangis saya di buatnya. Rasanya sweet sangat-sangat. Tiba-tiba teringin merasakan nikmatnya percintaan selepas perkahwinan.


     Bukannya apa, sekarang ni ramai remaja, kadang-kadang bukan aje remaja, budak-budak pun dah ramai yang bermain dengan api cinta. Bukannya hendak mengutuk atau apa, tapi bukankah lebih seronok kalau bercinta selepas berkahwin (amboi...macam dah banyak pengalaman plak)?





     Bila dah start bercaouple, macam-macam godaan yang datang. 'Sahabat' ketiga memang tak ketinggalan. Masa tu, macam-macam cerita pasal pasangan kita yang kita dah tahu. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, apa yang dia benci, semuanya kita dah tahu. Nanti, bila dah kahwin, dah tak ada yang nak diceritakan lagi. Dah tak ada rahsia yang kita share lagi. 


    Tapi, kalau bercinta selepas berkahwin, masa tulah kita nak mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam. Ianya akan menjadi amat sweet kerana pada waktu tu korang akan bercouple tapi telah dihalalkan dalam Islam. Cuba korang bayangkan, korang bercouple tapi masa tu semuanya dah halal dalam syariat dan juga adat. Tak ada yang larang atau marah apa yang korang buat. Itupun selagi apa yang korang buat kena pada tempatnya la...

 (Gambar curi ni. Housemate ni tengah tido, saya pergi curi-curi ambil gambar ni.....hehehehe....sorry, AIMI....)

     
     Ok. Lagi satu perkara adalah pasal kahwin muda. Hari tu, housemate saya balik dari kelas dan bertandang ke bilik saya. Dia tunjukkan kad kahwin di atas....comel sangat. Katanya, ni adalah kad kahwin classmate dia. Insyaallah, mereka ni akan melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan ni. By the way, congrats and Insyaallah sampai Jannah.





     Ada yang kata bagus kahwin awal ni. Saya pun tak tahu. Tapi, lecturer roomate saya pun adalah seorang yang mengamalkan kahwin awal a.k.a, kahwin masa tengah study. Dia siap syorkan pelajar-pelajar dia kahwin awal lagi. Katanya, jimat umur...


     Tapi pada pendapat saya, ianya mengikut personaliti seseorang. Tak semua orang boleh menerima persoalan mengenai kahwin awal. Sebagai contoh, jikalau seseorang ni jenis yang tak boleh nak stay dengan seorang pasangan. Saya takut, kalau dia kahwin awal nanti, ramai pula pasangan 'spare' dia. Contohlah...bukannya nak mengutuk sesiapa. Namun begitu (cewah..), ada orang cakap, kalau seseorang ni dah berkahwin, Insyaallah, dia akan setia dengan pasangan dia, especially perempuan.....katanyalah (sokong kaum sendiri...hehehe) 




     Saya ada kenal (actually tahu dari kawan n tak berapa nak kenal sangat) dengan seorang kawan ni. Dia berkahwin kalau tak salah saya waktu umur antara 18-19 tahun. Saya pun tak berapa tahu apa perkembangan hidup dia sekarang, tetapi rasanya hidupnya aman bahagia dia samping keluarnganya...hehehe. 


    Katanya, kawan saya ni berkahwin atas dasar cinta dengan BF dia tetapi kahwin awal atas saranan keluarganya. Takut, dah jauh dengan keluarga, kalau ada apa-apa yang berlaku, BF dia tak boleh nak tolong banyak mana. Yelah, kita ada batasan adat dan syariat...(cewah...pandai pula bercakap). So, family diaorang sarankan agar diaorang kahwin awal.

     Betul juga tindakan family dia ni. Yelah, kalau dah hidup jauh dengan family, ada husband di sisi yang boleh tolong tengok-tengokkan kita. Sakit pening, makan minum, semuanya macam berada dalam keluarga sendiri sebab tak semua orang senang bergaul dan rapat dengan orang-ornag yang baru mereka kenal

     So, saya pun dah banyak sangat membebel dan rasanya kalah mak nenek ni (perasan pun...). Moral of the story yang saya nak share, pilihlah 'si dia' dengan mata hati. Minta petunjuk dari Tuhan yang satu kerana kita hanya boleh merancang dan hanya Dia yang berkuasa untuk menentukan segala-galanya...

Wassalam...

Sunday 7 October 2012

My Beloved Classmate


    Dear Diary,
    
    This time, Mawar nk share citer psal classmate Mawar. Sume ny de 26 orang. Tapi, dlm rmai2 tu de 3 kumbang aje...cian....hehehehe




Dlam gmbar ni mmg de 26 org, tp sorang bdk dpat g UK (best giler!!!!). X lme lpas tu, sorg lg plajar msuk....N kbtulan, kdue2 org ni adlh b'jntina prempuan...hehehe..

Sorry guys no more addition companion for u all...


     Stakat ni, Mawar pling rpat dgn NISA, ZT, ngan MARIAM coz.....coz mmg dyorg yg pling rpat ngan Mawar. NISA ngan ZT plak 1 floor je ngan Mawar. 
















     Kteorg amek 'bout 7 subjek, 4 core n lain2 smpingan. Stiap subjek akn de biro a.k.a. subjek rep. Tugs kteorg adlh.....print n phtocopy sgla ttorial, lec notes atau pape je yg b'kaitan ngan subjek yg kteorg pgang.





     


Tema kteorg delah..."Pharmacist Is The Only Option"....ble pkir2 blek, mcam mnydihkn gak tema tu...hahahahaha. Tp mmg stakat ni tulah option yg kteorg ade. Oh ye, just nk gtau, gambar yg btol2 ats ni adlah yg real candid pye. Muke sume (almost) kluar mcm mlut itik...hehehehe...actually t'msuk ngan Mawar skali, mlut mcm da leh ikat ngan rben.







Gmbr sblah ni plak thanks to class rep kteorg coz da myelamat kn keadaan. Actually abg yg amek gmbar kteorg ni da x tau nk sruh kteorg posing cm ner. Asyik2 "Peace!!!!"...x sronok. So, ngan tibe2 class rep kteorg ni 'play die' n kteorg just have to pointing towards him. Congrats Class Rep!!!

     
     So far so good. Mawar b'puas hti ngan klas Mawar. Rse nk stay ngan dyorg smpi graduate pn de gak....Anyway, wish us luck for our midsem test yg da 'round t'lbih corner...hahaha... 
Dah sudah, mmg Mawar x siap lab report klu cam ni...ok la, c u later...


Wassalam..

Friday 5 October 2012

Rindu Pertama


Bismillahirrahmanirrahim....


Assalamualaikum, Dear Diary.


     Hari ni, saya nak bersentimental sikit. Oleh kerana post kali ini adalah post yang paling special, saya akan menggunakan nama betul saya, Fadhilah binti Ismail.


     Kali ni, buat yang ke-entah berapa kalinya, Ila datang ke pusat pengurusan kolej untuk mangambil bungkusan yang dikirim oleh mak dan abah. Sepatutnya Ila ambil bungkusan tu semalam. Tetapi, oleh kerana Ila dah tertidur setelah mengambil ubat batuk, maka tak sempatlah Ila nak ambil bungkusan tu semalam.


     Bungkusan kali ini siap ada aksesori reben warna turquoise blue lagi. Sampai abang kaunter tu tanya, "Hadiah birthday ke, dik?" Ila pun senyum ajelah. Birthday saya dah lama lepaslah bang.


     Tak lama lepas tu, mak call & Ila pun cakaplah yang baru aje ambil bungkusan tu. Kata mak, dah sampai bilik nanti, call dia balik lpas buka bungkusan.


     Dalam macam2 ada & semuanya adalah makanan....hehehehehe. Ada kurma, kismis, kuih raya(byk sgt kat rumah kot), roti, sambal ikan bilis(air tgn mak....!) dan buah2an(limau + epal)


     Masa tengah gledah2 tu, (actually benda prtma yg Ila jumpa) Ila nampak ada tupperware warna putih gmbar bunga ros...ala yang english style tu...tu mmg feveret Ila. 



First2 bka, Ila nmpak ada surat cinta.....





     "Bismillahirrahmanirrahim...
     

     Assalamualaikum,

     Jaga kesihatan nak! Mak ada kirim gula2 hack. Makan sebagai ubat batuk.


     Salam sayang dari mak dan abah.

     
     Baik2 jaga diri

     Wassalam....."


     Tak cukup dengan tu, kat balakng paper tu pun de nota cinta gak,


     "Makan, jangan tak makan. Nanti sakit, susah nak belajar."


     Walaupun cuma sedikit, tapi cukup membuatkan Ila menangis terharu pada waktu tu juga a.k.a. masa mnulis ni. Tiba2 Ila rasa disayangi sangat, rasa dirindui oleh keluarga setelah lebih sbulan tak balik menjenguk mak dan abah di kampung.



     Dengan ini, Ila nak tarik balik apa yang Ila cakap sebelum ni mengenai tak balik kampung kalau tak di beri cuti panjang. Ila rasa macam nak belik kampung sekarang juga. Pastu, salam, peluk cium mak dan abah. Rasa rindu sangat kat mak dan abah sekarang...TT___TT