Sunday 30 June 2013

5 More To Kill

Assalamualaikum semua...



          Alhamdulillah, selesai sudah paper final kedua tepat jam 11.55 pagi tadi. Fundamental Pharmaceutics I adalah antara subjek yang betul-betul mencabar keimanan. Selama ni tengok soalan past years... Fuhhh..soalannya memang senang. Jawapannya pula.....hehehehe...speechless. 1 soalan tanpa anak tapi markah sampai 15. Kalau tak dapat jawab, memang melayanglah 15 markah tu...

          Hai....15 bukan sebarang 15. Nampak macam sikit(?) tapi membawa erti yang begitu besar dalam hidup kami :p

          2/7 ni pula paper ketiga kami, namanya Pharmacy Practice II. Susah??? Hmm.. belum selak past years lagi..tengoklah nanti macam mana. Hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakal...

          Ok lah...nak sambung tengok 'Bloody Monday' jap...release tension... >___<

Wassalam...

Saturday 29 June 2013

6 More To Kill

Assalamualaikum semua,


Maaf, dah lama tak update blog ni....Semua tengah sibuk final exam.. Bagi kami, mahasiswa/siswi BOP, kamilah pembuka tirai final exam, dan juga penutupnya... (Exam dari awal tarikh final, 26/6 sampai tarikh terakhir exam, 14/7 TTnTT )

1 paper dah lepas, tapi masih lagi ada 6 paper menunggu. Esok merupakan paper yang ke-2. Harap-harap dapat buat yang terbaik

Amin....

Wassalam...

Sunday 2 June 2013

Syurga Dunia

Assalamualaikum, semua..

     Sorry, dah lama tak upload apa-apa entry. Oleh kerana saya cuti selama seminggu, so, sebarang aktiviti blog ni pun di'pause'kan selama seminggu.

    Okay, saya nak cerita sedikit mengenai pengalaman saya sewaktu cuti hari itu. Masa hari Isnin lepas, sepupu saya ada bawa saya ke Danga City Mall. Kat situ tengah ada expo 'Big Bad Wolf Book Sales'. Bermula lah detik pertemuan antara ulat buku dan juga syurga dunianya...hehehehe..

     Banyak juga buku yang dijual dan ada macam-macam genre. Sehari sebelum itu pula dapat durian runtuh. Apa lagi memborong bukulah jadinya. Semakin berkembanglah mini library kat bilik tu...hai... Kat bawah ni adalah sebahagian khazanah harta alam berkurun saya..hehehe

Komik sahaja
1/3 Novel
Komik + 1/2 Novel




1/2 Novel


     Okeylah...nah, ni koleksi buku-buku yang sempat saya capai dengan duit poket yang ada...hihihi