Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts
Thursday, 27 August 2015
Semanis Kasihmu
Pada Safiyya, Daniel adalah cinta pertamanya. Walaupun dia hanya berkenalan dengan Daniel sewaktu mereka kecil. Namun di sudut hatinya, Safiyya tahu bahawa dia tidak mampu melupakan Daniel. Setelah terpisah lama, mereka dipertemukan kembali dalam situasi yang berbeza. Ibu bapa Safiyya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Dari saat itu, Safiyya dijaga oleh keluarga sahabat ibu bapanya, tanpa dia sedari mereka adalah keluarga Daniel!
Mereka membesar bersama sebagai satu keluarga, tanpa menyedari bahawa di hadapan mereka adalah insan yang selama ini mereka cari-cari. Mereka disatukan tanpa kerelaan hati, namun demi menjaga hati keluarga, mereka korbankan perasaan sendiri. Sedikit demi sedikit perasaan sayang itu mula hadir.
Ketika kebahagiaan mula menjengah, identiti diri mereka tersebar. Rahsia yang telah lama disimpan oleh bapa mereka. Jauh dari pengetahuan mereka. Siapakah sebenarnya Safiyya? Siapakah Daniel?? Mampukah mereka mengecapi kebahagiaan mereka sendiri???
Episod 1
Episod 2
Episod 3
Ongoing Episod 4
Semanis Kashimu (Episod 3)
PAGI ini
merupakan pagi yang baru untuk Safiyya. Dia akan mula memasuki kelas tingkatan
lima. Pada hujung tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan SPM. Oleh itu, Safiyya
sudah bersiap awal-awal pagi lagi. Dia memastikan tiada satu pun barangnya yang
tertinggal. Ketika dia turun ke bawah, dia melihat Mak Yam sedang menyediakan
sarapan pagi untuk mereka.
“Eh, Fiya. Cepatnya kamu bersiap. Kamu nak makan apa Fiya?” tanya Mak Yam.
“Nantilah Mak Yam baru saya makan. Saya nak tunggu mama, papa dengan
Daniel,”
“Panjang umur. Itu mama dengan papa kamu dah turun,” kata Mak Yam setelah
melihat Rozie dan Razlan menuruni tangga.
“Selamat pagi, mama, papa,” tegur Safiyya.
“Eh, Fiya. Cepatnya kamu. Daniel mana?” tanya Razlan setelah tidak melihat
kelibat anak bujangnya di situ. Safiyya menggelengkan kepalanya tanda tidak
tahu.
“Mesti kamu lupa kejutkan Daniel,” ujar Rozie. Safiyya baru teringat yang
Razlan menyuruhnya untuk mengejutkan
Daniel pada pagi itu kerana Daniel liat sedikit hendak bangun. Safiyya
terpaksa naik ke atas kembali untuk mengejutkan Daniel. Tetapi, dia beringat
sebelum memutar tombol pintu bilik abangnya. Dia tidak akan sesekali masuk ke
dalam bilik abangnya. Mereka bukan muhrim. Dosa kalau berdua-duaan dalam satu
tempat.
Monday, 3 August 2015
Semanis Kasihmu (Episod 2)
KETIKA Safiyya
bangun pada paginya, tiada walau seorang pun di rumah itu. Terlekat notis pada
peti sejuk rumah itu.
Safiyya, mama dan papa Safiyya dah keluar ke pejabat masing-masing. Mak Yam pula bawa
Yana jalan-jalan di taman dekat-dekat sini. Maaflah. Dah jadi kebiasaan orang
rumah ini keluar awal-awal pagi. Kalau Safiyya lapar, makanan ada di bawah tudung
saji
Mak
Yam
‘Patutlah awal-awal lagi rumah ini dah kosong. Lebih baik aku pergi sarapan
dulu. Perut ni pun sudah minta diisi. Tapi, lepas ni aku nak buat pe? Ah, tak
kisah lah. Yang tu nanti baru fikir,’ desis hati Safiyya. Walaupun tiada orang
di rumah dan perutnya amat lapar, Safiyya tetap menjaga adab sopan berhadapan
dengan makanan. Setelah selesai menjamah sarapan paginya, Safiyya mengambil
keputusan untuk mengemas ruang tamu rumah banglo itu. Walaupun tidak banyak
yang boleh dilakukannya, sekurang-kurangnya dia dapat meringankan beban
pekerjaan Mak Yam. Apa salahnya menolong orang sekali-sekala.
DANIELsudah
berkira-kira untuk memberikan kejutan
untuk adik kesayangannya, Diana. Daniel membuka pintu rumah itu dengan
perlahan-lahan. Setelah pintu itu terkuak sedikit, Daniel terlihat kelibat
seorang gadis yang sedang leka mengemas majalah dan surat khabar di rumah itu.
Dia menyangkakan bahawa gadis itu adalah pembantu baru rumah itu. Dia tidak
mengendahkan kehadiran gadis. Dia tercari-cari kelibat adiknya tetapi tidak
kelihatan. Dia terus memanggil gadis itu untuk mendapatkan kepastian.
Thursday, 14 August 2014
Semanis Kasihmu (Episod 1)
MAJLIS kenduri arwah di rumah itu sudah pun selesai. Kelihatan orang ramai
beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing. Kini, sudah genap seminggu Safiyya
kehilangan ibu bapanya. Orang tua Safiyya telah meninggal dunia akibat
kemalangan jalanraya. Kereta yang dipandu oleh ayah Safiyya cuba mengelak
sebuah lori petrol yang tidak dapat dikawal sehinggalah kenderaan mereka
terhumban ke dalam gaung. Pihak polis telah menjejaki mayat mereka di kawasan
berdekatan tempat kejadian. Mayat mereka berdua berjaya ditemui oleh pihak
polis yang bertugas pada hari ketujuh pencarian.
“Safiyya, tak lama lagi sekolah akan dibuka. Safiyya dah nak naik sekolah. Safiyya perlukan bantuan orang lain untuk uruskan sekolah Safiyya. Tapi…” Rozie mati kata untuk meluahkan bahawa dia dan suaminya tidak dapat tinggal di situ untuk masa yang lebih panjang lagi. Ketika itu, mereka bertiga berkumpul di ruang tamu setelah majlis kenduri arwah selesai dijalankan.
Semenjak kejadian itu, Rozie dan Razlanlah yang
menemani Safiyya di rumah itu. Rozie dan Razlan merupakan kawan baik kepada
orang tua Safiyya. Safiyya tidak begitu rapat dengan mereka. Tetapi ibu dan
ayahnya pernah mengatakan bahawa mereka mempunyai sahabat baik yang tinggal di
bandar. Rasanya, Safiyya pernah bertemu dengan mereka sewaktu dia kecil tetapi,
ingatan itu kabur. Razlan dan Rozie merasakan bahawa Safiyya masih memerlukan
mereka pada waktu itu. Namun begitu, mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab
mereka di bandar. Beberapa hari sahaja lagi musim persekolahan akan bermula. Tetapi, mereka juga tidak mungkin meninggalkan Safiyya sendirian di rumah itu. Safiyya
pasti memerlukan bantuan orang dewasa untuk menguruskan hal kemasukan ke sekolahnya.
Lebih-lebih lagi pada tahun itu Safiyya akan menduduki peperiksaan yang besar.
“Safiyya, tak lama lagi sekolah akan dibuka. Safiyya dah nak naik sekolah. Safiyya perlukan bantuan orang lain untuk uruskan sekolah Safiyya. Tapi…” Rozie mati kata untuk meluahkan bahawa dia dan suaminya tidak dapat tinggal di situ untuk masa yang lebih panjang lagi. Ketika itu, mereka bertiga berkumpul di ruang tamu setelah majlis kenduri arwah selesai dijalankan.
Monday, 3 March 2014
Bicara Tentang Hati
Assalamualaikum semua...
Nampaknya saya still jet lagged. Dalam pukul 4 pagi baru boleh tidur. Masalah pula bila esok bermulanya semester terakhir untuk tahun kedua saya dan kawan-kawan di Fakulti Farmasi.
Baru-baru ini salah seorang kawan saya melanjutkan pelajarannya di luar negara. Wishing you the best of luck in your study and take care di negara orang. Balik nak ole-ole....hehehe
Sebelum ini ada kawan yang bertanya, "Kenapa mesti lelaki yang mulakan sesuatu hubungan? Tak boleh ke kalau perempuan yang mula dulu?" Something like that. Banyak sebab kerana perempuan jarang memulakan sesuatu perhubungan.
Pada pendapat saya, yang pertama kerana perempuan dikurniakan dengan perasaan malu yang tinggi. Dan rasanya kaum perempuan malu untuk digelar perigi mencari timba kerana ianya bukan sesuatu yang biasa dilakukan, bukan budaya orang Timur seperti kita.
Selain tu, dia mungkin pernah cuba untuk memulakan sesuatu perhubungan sebelum ini tetapi ditolak. Jadi, dia tidak berapa berani untuk memulakan perhubungan yang baru. Perasaan takut ditolak lagi. Dia mungkin sahaja menyukai lelaki tersebut, tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memulakan sesuatu hubungan dengan lelaki tersebut.
Hati perempuan ni agak fragile lagi sensitif bila menyentuh isu mengenai hati, perasaan dan cinta. Memang ada orang berkata gagal sekali tak bererti gagal buat selama-lamaya. Tetapi perasaan ditolak oleh orang yang kita suka tu agak perit dan kita selalunya mengambil langkah untuk tidak merasakan kesakitan yang sama buat kali yang kedua.
Jadi, banyak sebab kenapa perempuan jarang memulakan langkah pertama untuk sesuatu perhubungan. Jangan terus berfikir, 'Mungkin dia tak suka kat aku,' Selidik dulu, dan tanya betul-betul. Better tanya tanpa ada selindung atau kiasan, sebab manusia terkadang akan fikir mengenai something double meaning untuk mendapatkan kepastian yang betul-betul pasti. Salah sangka mungkin sahaja berlaku dimana, apa yang kita cuba sampaikan tidak sama dengan apa yang yang difikirkan oleh penerima info..
Moral of the story, be straight on what you're going to say with carefully thought about it before saying it. And then, reconfirm with the sender so that the info that you received is the same with the info that being send by the sender. Setiap perlakuan manusia mengandungi maksud selalunya. So, selain mendengar apa yang cuba dia perkatakan, perhatikan juga body language mereka.

Wasssalam...
Tuesday, 8 October 2013
Alhamdulillah, My First WishList!!
Assalamualaikum, semua..
Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hajat saya, untuk memiliki kamera DSLR. Berkat bantuan sepupu-sepupu yang tercinta, terutama bacik & ayang yang sudi teman Ila usha dan juga mengangkut kamera ni. Terima kasih banyak-banyak juga kat mak & abah sebab beri Ila kebenaran untuk beli kamera ni
| Emak |
| Abah |
| Bacik |
| Ayang |
Kelmarin punya kelmarin (Jumaat), mak & abah sampai ke Selangor untuk memenuhi jemputan perkahwinan anak kepada sepupu abah. So, pada malam tersebut, saya & ayang berkesempatan menginap di sebuah hotel yang sudah lama menarik perhatian saya, 'Hotel de ART'. Kalau tak salah saya, hotel ini mempunyai 58 buah bilik hotel dengan rekaan bilik yang berbeza setiap satunya. Masuk sahaja lobi hotel ini, anda mesti kagum dengan rekaan dalamannya yang begitu eksklusif. Di sini saya sertakan lama web hotel tersebut... http://www.hoteldeart.com.my/index.php
| Ila & Ayang (Sweet Dream) |
| Mak & Abah (Roman de la Rose) |
| Tolet |
Pada malam tersebut kami sempat menjamu selera di Restoran Jendela Bali dan sarapan pagi di Hailam Kopitiam-Original Kuala Pilah...
Pada keesokan paginya, kami bertolak ke lokasi resepsi perkahwinan kak Shira & pasangan yang bertempat di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur..
Saya sangat tertarik dengan dekorasi majlis resepsi perkahwinan mereka. Ianya amat ringkas tetapi amat menarik. Simple but fresh. Jadi, saya selitkan beberapa snapshot yang berjaya saya tangkap. Malangnya, kami terpaksa balik awal, sebelum mempelai naik pelamin kerana mak & abah kena bertolak balik awal. Kalau tidak, memang pagi la baru sampai. Lagipula keadaan abah tak berapa mengizinkannya untuk memandu terlalu lama.
Sekitar pintu masuk tetamu
Saturday, 18 May 2013
Jika Aku Jatuh Cinta...
Assalamualaikum, semua...
Sekarang semua tengah busy. Apa tak nya, minggu depan penuh dengan test(ada lebih kurang 3), quiz(tak ingat dah ada berapa banyak), lab report(ada dalam 4)....fuh... dahsyat giler...
So, nak hilangkan tension, jom kita layan lagu... Tadi saya ada buka fb dan ada salah seorang kawan saya ni, post lirik lagu 'Jika Aku Jatuh Cinta'. Hmmm...rasa macam pernah dengar lagu ni...Ha!!! Kalau tak salah saya, roomate saya dulu suka pasang lagu ni dalam bilik kitaorang.
So, kali ni saya pula nak share lagu ni. Liriknya,
Enjoy this evening... (^__^)
Wassalam....

JIKA AKU JATUH CINTA…
Ya Allah jika aku jatuh cinta,
Cintakan aku pada seseorang yang
melabuhkan cintanya padaMu,
Agar bertambah kekuatanku mencintaiMu.
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati
Seseorang yang hatinya tertaut padaMu,
Agar tidak terjatuh aku dalam jurang
cinta nafsu.
Ya Rabbana jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku agar tidak berpaling
daripada hatiMu.
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang
Yang merindui syahid di jalanMu
Ya Allah jika aku menikmati cinta
kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi
Kenikmatan indahnya bermunajat di
sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah jika aku jatuh hati pada
kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan
terjatuh
Dalam perjalanan jauh menyeru manusia
kepadaMu.
Ya Allah jika kau halalkan aku merindui
kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku
Pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya
kepadaMu.
Saturday, 27 April 2013
Aku dan Dia (episod 4)
Selepas insiden dia membawaku melihat beg idamanku
itu, aku selalu membina alasan untuk ke kompleks beli belah itu. Aku akan duduk
di satu-satu sudut dan memerhatikan beg yang aku impi-impikan dari jauh.
Terkadang, aku rasa, aku ni menyedihkan juga. Tapi tak mengapa. Beg itu
bukannya satu keperluan bagiku kerana aku masih lagi mempunyai beg lain yang
boleh aku gunakan untuk menghadiri kuliah-kuliahku. Beg itu cumalah satu
kemahuan hatiku.
Jodoh aku dan dia diperpanjang oleh Tuhan. Pada tahun yang
seterusnya, aku ditempatkan dalam kumpulan tutorial yang sama dengannya. Tidak
lupa juga dengan rakan terbaikku, Murni. Oleh kerana aku mula kenal rapat
dengannya sejak tahun yang lepas, jadi aku kira ngamlah juga dengan dia. Jadi,
aku duduklah bersebelahan dengannya jika Murni ponteng kelas. Kalau Murni ada,
dah semestinya aku duduk dengan Murni. Kata pun, kawan terbaik.
Tetapi kasihan juga dengan dia sebab dia tak bercampur sangat
dengan budak lain. Dan pada ketika itulah baru aku perasan. Dialah satu-satunya
kumbang yang ada dalam kelas kami. Alahai kesiannya. Ku tengok-tengok, dia ni hensem juga. Ada paras rupa. Pandai pula tu. Cuma, dari segi kewangan mungkin
dia tidak sekaya budak-budak lain. Tapi apa yang nak dipandangkan dengan
kekayaan. Itu semua bukannya milik kita tetapi milik orang tua kita.
Mungkin kerana bukan dari keluarga yang berada dia tidak
berapa didekati oleh perempuan-perempuan lain. Tapi manalah aku tahu. Aku
bukannya baby sitter dia. Aku pun tak
pernah tengok dia dengan perempuan lain selain dengan aku dan Murni. Cuma, bila
peperiksaan nak dekat, adalah juga budak-budak perempuan yang sebelum ini hanya
memandangnya sebelah mata mula mencarinya. Katanya ingin meminjam nota.
Yalah, dia ini kan top
scorer. Siapa yang tak kejar kalau peperiksaan mula menjengukkan kepalanya.
Tapi aku ikhlas berkawan dengannya. Bab pandai tu lain cerita, tetapi aku
tertarik dengan sikap rendah diri dan personalitinya yang aku rasa cukup
menarik pada pandanganku.
Untuk dipendekkan cerita, dia selalu melepak
bersama-samaku dan juga Murni di luar waktu kelas. Dan entah kenapa dan bila
masanya rakan-rakan satu tutorialku menjadi terlebih prihatin terhadap aku dan
dia. Mereka menempatkan kami bertiga di tempat khas yang berada di hadapan
kelas, hadapan papan putih. Di bahagian tengah kelas, semua meja disusun secara
bertiga-tiga. Manakala, dia bahagian kiri dan kanan kelas, meja disusun secara
berdua-dua.
Jadi, Murni akan duduk di kriku dan dia di kananku.
Kononnya, agar aku tidak sedih jika aku tidak dapat duduk bersebelahan
dengannya. Aish...diaorang ni, ada-ada ajelah. Macam-macam kerenah.
Sebagai siswa dan siswi, kami dituntut untuk aktif dalam
acara yang diadakan oleh pihak kampus. So, aku yang terlebih rajin ni
selalu sahaja mengheret dia dan Murni untuk sama-sama menyertai pertandingan
yang dianjurkan oleh pihak kampus. Dan keputusannya tidaklah begitu
mengecewakan. Banyak juga pertandingan yang kami menangi. Tetapi, tidaklah
semua kerana ada masa kami tidak dapat menyertai beberapa pertandaingan kerana
mustahil untuk kami mengabaikan pelajaran demi kokurikulum kami.
Kerana banyak acara yang aku dan dia masuki, jadi
banyaklah gambar yang merakamkan detik-detik kami bersama. Tetapi sudah
tentunya bukan kami berdua sahaja. Pastinya Murni ada bersama kami.
Aku tidak tahu sama ada ini adalah satu kebetulan atau
takdir. Kami bertiga kekal bersama dalam kelas tutorial yang sama hinggalah ke
semester kami yang terakhir. Dan khabar buruknya, sampai saat itu, aku masih
lagi belum boleh mendapatkan beg yang aku hajati. Walaupun sudah berkurangan
bilangan siswa siswi yang menggunakan beg itu, tetapi hatiku masih lagi tetarik
dengan beg itu. Sekurang-kurangnya kerana beg itu, sekarang aku dan dia menjadi
semakin rapat. Dia menjadi sahabat karibku yang kedua selepas Murni.
Pada semester akhir, setiap kelas tutorial ditugaskan untuk
menyediakan satu karya kreatif. Katanya bahannya bebas. Dia tidak pernah
memberitahu kami bahawa dia mempunyai idea yang agak bernas. Rakan-rakan yang
lain pula malas mengambil bahagian kerana mereka tahu itu hanya sekadar
kokurikulum. Tidak dapat menaikkan peratusan peperiksaan mereka.
Pada kelas tutorial yang seterusnya, saya perhatikan yang
jam lutsinar yang tergantung di hadapan kelas kami sedikit berbeza dari sebelum
ini. Ada beberapa keping kertas dari pelbagai warna ditampal di belakang jam
tersebut. Pada pandangan saya, karya itu belum lagi siap. Saya dapat bayangkan
kalau corak itu siap sepenuhnya.
Tetapi, rakan-rakan yang lain pula merungut dan
mengatakan corak itu amat hodoh. Kata mereka lagi, tidak sesuai langsung dengan
diri mereka yang sudah bergelar MAHAsiswa. Kami langsung tidak tahu siapa
punya kerja tetapi aku dapat mengesan perubahan wajahnya ketika mereka mengutuk
hasil kerja itu. Aku mengambil tempat bersebelahannya. Kuperhatikan lagi jam
itu.
“Apalah diaorang ni, corak tu kan belum siap sepenuhnya,
betul tak?” sapaku. Tiada jawapan yang aku dapat darinya. Nampaknya dia
agak kecewa.
“Saya dapat bayangkan bila jam itu dah siap diubah suai.
Mesti cantik bukan? Kertas warna- warni tu terdiri dari warna-warna yang ceria.
Dan warna memainkan peranan dalam otak manusia. Kita mungkin boleh menjadi
lebih optimis atau pun lebih bertenaga apabila melihat warna-warna yang terang.
Apa pendapat awak?” soalku lagi.
Kini, dia sudah menoleh ke arahku dan tersenyum. Ha,
itulah yang aku nak tengok. Senyumlah lagi. Kan manis dipandang.
“Ha, pandai pun nak senyum. Ini tak. Pagi-pagi lagi dah
panjang muncung tu. Kenapa? Ada masalah ke?” tanyaku. Dia hanya menggeleng dan
tersenyum lagi. Dia mula meyelak halaman latihan yang diberi pada minggu lepas.
“Ha, saya tahu kenapa awak muram,” pancingku dan ternyata
dia tertarik. Dia hanya memberi isyarat dengan menaikkan sebeleh keningnya.
“Awak datang bulan eh?” bisikku ke telinganya.
“HAA??!” Aku tertawa melihat riak wajahnya yang terkejut
itu.
“Kidding, kidding.
I’m just kidding, okay,” balasku lalu tawaku kusambung. Apabila Murni tiba,
aku menceritakan kepada Murni yang di dia ni datang bulan pagi-pagi. Apalagi, mulalah
bebelan panjangnya. Kelas kembali riuh seperti selalunya.
Ketika waktu rehat, dia tidak turut serta makan tengah
hari bersamaku dan Murni. Katanya ada kerja yang perlu disiapkan dengan segera.
Jadi, dia pergi ke bilik tutorial terlebih dahulu. Sebenarnya, aku bimbang
juga. Aku menghabiskan makananku awal sedikit dan membawakan sedikit makanan
untuknya.
Sewaktu aku sampai di kelas, aku lihat dia sudah tertidur
berbantalkan timbunan kertas warna-warni yang belum sempat dipotong. Nak
kejutkan, kesianlah pula. Apa yang aku boleh buat untuk bantu dia? Aku tolong
dia menyiapkan kertas warna-warni yang perlu dipotong. Masa begitu cepat
berlalu sehingga aku tidak perasan bahawa kelas akan bermula sebentar sahaja
lagi. Sebelum pelajar lain masuk ke kelas, aku menyembunyikan kertas-kertas itu ke dalam laci mejanya.
Tetapi aku pelik benar dengan dia. Nyenyak sangat dia
tidur sampai tutor masuk kelas pun dia tak bangun-bangun. Cuak tak cuak aku
masa tu. Aku cuba mengejutkannya beberapa kali, tetapi dia tetap seperti itu.
Aku menjadi benar-benar risau. Murni juga berasa pelik dengan dia. Tidak pernah
dia tidur dalam kelas seperti itu. Tutorku berbaik hati untuk mengejutkannya
tetapi dia tidak bangun. Kecoh kelas jadinya.
Aku periksa pernapasannya. Alhamdulillah, masih lagi
bernafas. Tetapi kenapa dia tidak bangun-bangun. Pengsankah? Tutorku
menyarankan agar dia dibawa ke bilik kesihatan. Tetapi tutorku tidak begitu
kuat untuk mengangkatnya seorang diri. Dalam sesaat, semua pelajar sepakat, aku
yang peru membantu tutorku membawanya ke bilik kesihatan.
Kerana terlalu bimbang dan tidak memikirkan perkara lain,
aku pun terus sahaja bersetuju dengan cadangan itu. Kuampuh lengan kirinya
tetapi badan dia tidak mahu berjalan. Tutorku mengatakan bahawa caraku
mengampuhnya salah. Tangan kananku di bawa ke pinggang si dia, agar mudah untuk
mendirikannya. Apalagi, riuhlah kelasku dengan siulan di sana sini. Mukaku pun
mula terasa bahang. Rasanya semua darahku sudah naik ke muka. Tebalkan sahajalah
muka ni. Yang penting dia harus sedar terlebih dahulu.
Aku tidak berharap dia sedar sewaktu kami
menghantarnya ke bilik kesihatan. Aku tidak berharap dia sedar ketika tanganku melingkari pinggangnya. Aku tidak berharap dia sedar semasa mukaku kemerahan
menanggung malu kerana terpaksa memeluknya seperti ini dan menjadi bahan bualan
rakan yang lain. Aku tidak mengharapkan itu.
Staff yang bertugas memberitahuku bahawa dia tidak cukup
tidur sehingga tekanan darahnya menjadi begitu rendah. Jadi, lebih baik
sekiranya dia dibenarkan untuk tidur buat beberapa jam. Pelik. Rasanya, untuk
memotong kertas-kertas itu bukanlah mengambil masanya yang lama sehingga dia
terpaksa mengorbankan masa tidurnya. Mungkin, kerana dia belajar hingga lewat
malam. Mungkin.
Aku menjaganya sampai tidak sedar yang hari sudah pun
malam. Aku menemani tutorku tadi untuk menghantarnya pulang ke rumah sewanya
yang disewa dengan seorang lagi kawannya yang mengambil jurusan lain. Tubuhnya
masih lagi lemah. Sesampainya di hadapan pintu rumahnya, aku cuba memberi salam
terapi tiada jawapan. Baru aku teringat yang dia pernah beritahuku pada minggu
lepas yang bahawa dalam masa seminggu ini dia tinggal seorang diri di rumah
kerana rakan sewanya pulang ke kampung atas urusan keluarga.
Kondisinya sekarang belum stabil. Dia memerlukan orang
lain untuk menjaganya. Sekurang-kurangnya untuk malam ini. Setelah berfikir
banyak kali, kami meninggalkan rumahnya dan menuju ke rumahku. Dalam perjalanan
itu, aku menelefon emak dan memberitahu keadaanku yang terpaksa membawanya
pulang ke rumahku.
Thursday, 4 April 2013
Apa Khabar Orang Kampung
Assalamualaikum, semua
Waaaa....da lama giler tak update blog ni. Maklum sajalah, kat kampung susah nak online. Kena gi CC. Kalau dah kena guna CC, so, buat apa-apa yang penting ajelah. Sampai kat rumah sewa pulak, belum ada Wifi. So, apa-apa notes atau pengumuman kena tunggu dari kawan
So, kenapa pula pepagi buta ni nak update blog??? Hmmm??? Hehehe....sebenarnya, kat rumah sewa ni baru aje abang TM tu pasang Wifi petang tadi. Result yang kami dapat adalah, sampai sekarang semuanya senyap di dalam bilik masing-masing, surf internet.
Lately sibuk dengan management itu ini. Semalam, a.k.a tadi, sibuk dari pagi sampai la ke maghrib. Kelas straight 6 jam dari kul 8.30 sampailah ke 2.30. Then, ada pula meeting biro dari 2.30 sampai lebih kurang 3.30. Kul 4 pula ada perjumpaan dengan mentor a.k.a penasihat akademik. Kalau boleh, memang nak stay dengan prof. Nak dengar nasihat dia. Tetapi apakan daya, ada koko gamelan dari kul 5.00 sampai 7.00 malam.
Oh ya. Baru-baru ni, saya dan kawan-kawan biro multimedia incoorperation with biro kebudayaan ada membuat satu video untuk dipertandingkan dalam acara 'Battle of Universities' sempena No Gaps di USM Penang pada bulan 8 nanti. So, saya ada sertakan video yang telah kami buat untuk tatapan semua.
We, proudly present to you, "Love In Argentina" (ni sebab kitaorang dapat tajuk negara Argentina")
p/s: Sorry, ada prob bila nak upload video. So, terpaksalah ambil link dari fb. Hehehe..jangan marah

![]() |
| Thanks from The Crew :) |
Wassalam....
Saturday, 29 December 2012
Aku dan Dia (episod 3)
Alangkah terkejutnya aku apabila melihat pelbagai koleksi
beg yang aku minati di situ. Malah ianya terdapat dalam pelbagai warna-warna
yang menarik. Beg pink muda yang berada di hadapanku berjaya menarik
perhatianku. Aku membelek-belek beg itu dan melihat tanda harga yang melekat
padanya. Aduahai, mahalnya. Aku tak rasa aku mampu untuk memlikinya. Segala
perbelanjaanku masih lagi dikawal oleh ayah. Jangan haraplah ayah akan
memberiku duit lebih untuk membeli beg yang aku idam-idamkan ini.
“Kenapa? Awak tak suka ke?” soalnya bimbang setelah
melihat perubahan riak wajahku. Aku hanya memandangnya dan menghadiahkannya
sebuah senyuman kerana telah membawaku ke tempat ini. Mungkin suatu hari nanti
aku mampu juga memiliki beg ini. Walaupun pada ketika itu, beg ini mungkin
bukan lagi trend remaja pada masa itu.
“Tak ada apa-apalah. Saya suka sangat. Cuma, saya tak
rasa saya mampu untuk beli beg ini. Sekurang-kurangnya bukan untuk sekarang,”
keluhku sedikit hampa. Tetapi tidak mengapa.
“Tak apalah awak. Kalau tak sekarang tak bererti awak
takkan dapat beli beg ni buat selama-lamanya, bukan?” ujarnya cuba membuatku
ceria. Aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang dia
perkatakan. Suatu hari nanti. Ya, suatu hari nanti pasti beg pink ini akan
menjadi milikku jua.
“Okeylah. Saya mengaku kalah. Saya suka sangat dengan apa
yang awak dah tunjukkan pada saya malam ni. So, seperti yang kita dah
pakat, saya akan belanja awak makan malam ni. Sekarang, awak decide,
awak nak makan kat mana,” lawa ku. Tak mahu berlama-lama hanyut dalam
kesedihan. Tak baik untuk kesihatan, tau.
“Sebab awak yang nak belanja, saya beri penghormatan
untuk awak sendiri yang pilih tempat awak nak makan,” putusnya.
“Okay, good opinion. Girl must decide. Cuma, saya
tak tahu restoran apa aje yang ada kat kompleks ni. Hehehe..jangan marah, ha,”
nyataku jujur. Benar. Kata pun kali pertama datang. Manalah aku tahu selok
belok kawasan ni. Silap hari bulan, boleh sesat. Ku melihat dia tertawa buat
seketika. Mungkin dia tidak tahu bahawa ini adalah kali pertama aku ke sini.
“Okey. Kalau nak fast
food, Pizza Hut, KFC, McD ada. Kalau nak restoran yang lain, saya pun tak
berapa nak ingat restoran apa aje yang ade kat sini sebab boleh tahan banyak
juga la,” jawabnya. Aku hanya menganggukkan kepalaku beberapa kali. Hmm…
agaknya, di mana kami boleh makan. Nak tanya juga kat mana saja yang dia suka
makan. Tapi, dah dia beri privilege
untuk tentukan kedai makan, so…
“If in that case,
Pizza Hut should be okay,” putusku. Mendengar sahaja kata putus yang diebri
olehku, dia segera menjadi pemandu pelancongku menuju ke restoran Pizza Hut
yang berada di tingkat satu kompleks tersebut.
Aku telah memesan set Hawaiian Tuna yang memang menjadi
kegemaranku sekiranya aku bertandang ke restoran pizza ini. Dia pun tidak
berkata apa dan bersetuju sahaja dengan pesananku. Sepanjang menjamu selera
kami berbincang seketika mengenai kelas-kelas yang kami ambil serta kehidupan
seharian kami.
Bukannya aku nak perasan, tapi dah macam dating pun ada juga. Sesi suai kenal,
gitu. Hahaha…
Setelah perut kenyang diisi denga makanan yang lazat,
kami bergerak ke arah kaunter bayaran. Tetapi belum sempat aku mengeluarkan purseku, dia sudahpun mengeluarkan walletnya dan beberapa keping not
sepuluh ringgit. Tetapi cepat kutegah.
“Eh, kan kita dah buat deal. Dinner malam ni,
saya yang bayar. Kenapa pula awak keluarkan duit?” tegahku. Dia hanya tersenyum
kepadaku seraya menundukkan kepalanya ke arahku sehingga pandangan mata kami di
aras yang sama.
“Pernah ke awak tengok kalau makan, perempuan yang
bayarkan makanan lelaki? Hilanglah macho
saya kalau macam tu,” jawabnya lantas membuat bayaran. Gadis yang menguruskan
kaunter itu juga tersenyum kambing melihat ke arahku. Laa…dah janji tadi aku
yang akan belanja dia makan malam ni.
“Awak ni, tak patut tau. Dah saya kena ketawa dengan cashier girl tadi. Malu tau,” rengekku.
“Eh, bila masa pula dia ketawakan awak? Saya tak dengar
pun. Dia ketawa tanpa suara eh?” guraunya pula. Secara automatik, jariku
mencubit lengannya tanda geram.
“Aduh, sakitnya awak,” ujarnya sambil mengusap-usap bekas
cubitanku.
“Itulah. Mainkan saya lagi. Kan dah kena,” jawabku. Ku
lihat dia masih lagi mengusap lengannya. Sakit sangatkah cubitan aku? Biasanya
kalau aku cubit kawan-kawan aku yang lain, tak pula dia orang kata sakit.
Entah-entah kulit diaorang tu dah jadi kulit buaya kot, sebab dah selalu kena
cubit dengan aku. Aku segera mendapatkannya dan kuusap-usap perlahan lengan yang
menjadi mangsa cubitanku tadi.
“Sakit sangat ke awak? Sorrylah. Saya dah terbiasa dengan kawan-kawan saya macam ni. Sorry eh,” pintaku ikhlas. Kasihan pula dia.
Baru mula berkenalan dah makan cubitanku.
“Boleh tahan jugalah. Awak ada menuntut dari ketam, eh?
Nanti pesan kat cikgu awak, janganlah ajar cubit yang bias-bisa. Cubit yang
manja-manja kenalah ajar banyak-banyak,” jawabnya sebelum telingaku menangkap
tawanya yang ditahan-tahan.
“Amboi, nak kenakan saya, rupanya. Meh sini. Cikgu ketam
saya cakap, kalau orang macam awak ni, kena cubit bias-bisa banyak-banyak kali
pun tak apa. Sinilah. Jangan risau, FOC,” Terusku mendapatkannya yang cuba
melarikan diri dariku. Pandai dia kenakan aku, dan macam mana pulalah aku boleh
tertipu dengan helahnya itu. Aduhai…
Oleh kerana malam pun dah tak berapa nak muda lagi, kami
bergerak pulang. Takkanlah nak bermalam kat kompleks itu, bukan? Dan dia dengan
baik hatinya menghantar aku pulang sampailah ke hadapan pintu pagar rumahku.
Punyalah takut kalau ada apa-apa yang bakal berlaku ke atas diriku, dia hanya
mahu pulang setelah aku masuk ke dalam rumah dengan selamat.
Dan seperti yang aku sangkakan, mulalah sesi soal jawab
dengan orang tuaku. Aku tahu, mereka juga risau mengenai diriku. Yalah, aku
bukannya jenis yang suka keluar malam. Dengan lelaki pula tu. Lagilah mereka
risau. Aku pun menerangkan mengenai si dia yang menghantarku pulang. Aku
beritahu mereka bahawa dia bukannya seorang lelaki yang jahat. Aku bercakap
yang benar.
Setelah berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang aku beri,
barulah aku dibenarkan untuk memasuki bilikku sendiri. Namun, satu amaran telah
diberi kepadaku, iaitu, kalau nak keluar lagi dengan dia, aku harus mengajak
temanku yang lain kerana tidak manis jika kami keluar berdua sahaja. Lagipun,
kami bukannya ada hubungan yang menghalalkan segala perbuatan. Kata mak, nanti
kena tangkap basah baru tahu.
Emak ni pun satu. Memanglah emak aku ada satu aje.
Ish..bukan itu. Emak ni pun satu, janganlah ceritakan hal-hal seram macam tu.
Meremang bulu roma aku. Kami hanya berkawan. Tidak lebih dari itu. Kalau nak
lebih pun, hmm….nantilah baru fikir. Tapi betul juga apa yang emak cakapkan.
Dia lelaki dan aku pula perempuan. Orang sekeliling boleh salah sangka terhadap
kami.
Contohnya seperti malam ini. Dia hantar aku balik.
Walaupun niat dia baik, tetapi yalah, hantar anak dara orang balik pada waktu
malam macam ni, mesti orang lain fikir yang bukan-bukan. Emak ada juga
membisikkan sesuatu padaku tadi. Katanya, terkadang iman seseorang ini amat
nipis, lebih-lebih lagi lelaki. Aku juga tidak mengenali hati budi dia
sebenar-benarnya. Walaubagaimanapun, aku yakin dengan kata hatiku sendiri. Dia
bukanlah lelaki seperti itu. Tetapi, aku rasa lebih baik jika aku mengikut
seperti apa yang emak dan abah pesan.
Thursday, 27 December 2012
Aku dan Dia (episod 2)
Nampaknya dia seorang yang menepati janji. Habis sahaja kelas petang itu, aku
segera balik ke rumahku. Selepas solat Maghrib, aku meminta kebenaran ibu untuk
keluar sebentar. Aku segera menuju ke tempat yang dijanjikan, dan kulihat dia
sudah pun tercongok di pintu menungguku.
Agaknya, kalau aku
tak dapat datang macam mana agaknya? Takkanlah dia akan tunggu aku sampai pagi,
kot. Dahlah aku tiada nombor dia untuk aku hubungi dan aku rasa dia pun tidak
mempunyai nombor telefonku. Alahai, kesiannya dia.
“Lama tunggu?”
sapaku. Hampir terjatuh dia ditegur olehku. Mungkin terkejut. Dia segera
membetulkan kembali posisinya. Dia tersenyum ke arahku. Manisnya.
“Tak adalah lama
sangat, tapi lagi awal dari awak,” guraunya. Aku hanya tertawa kecil
mendengarnya.
“Awak datang naik
apa tadi?” tanyanya apabila aku hanya mendiamkan diri. Bukannya aku bosan,
tetapi entah kenapa aku menjadi agak kaku. Aku tidak tahu apa yang harus aku
bualkan dengannya. Aku ni bukannya jenis perempuan yang rapat sangat dengan
lelaki. Kalau setakat kawan-kawan sekolah yang rapat denganku bolehlah juga aku
ajak berbual panjang.
Tapi dengan dia,
serius aku katakan yang aku tidak tahu apa yang harus aku bualkan dengannya.
Ini adalah kali kedua aku berbual dengannya semenjak aku menjejakkan kaki ke
universiti ini.
“Oh, tadi saya
naik teksi datang ke sini. Awak?” Soalanku dijawab dengan tangannya. Aku
melihat ke arah yang dia tunjukkan. Oh, dengan motosikal. Motosikal? Motor?
Alamak! Nak pergi naik motor ke? Bukannya aku ni sombong dan tak nak naik
motor, tapi aku tidak pernah naik satu motor dengan lelaki melainkan ayah dan
abangku. Macam mana ni.
“Oh. Awak, saya
nak tanya sikit, boleh? Sebenarnya, kenapa awak nak jumpa saya? Maksud saya,
kenapa mesti waktu malam? Petang tadi rasanya boleh aje,” Aku lihat dia
tersenyum lagi. Comellah pula aku lihat dia ni.
“Sebenarnya, saya
nak bawa awak pergi satu tempat. Saya yakin, awak mesti suka tempat yang saya
nak bawa awak pergi ni,” ujarnya dengan penuh yakin. Aku mengangkat kening
sebelah. Yakinnya dia.
“Awak pasti? Macam
mana kalau saya tak suka? Apa kata, kalau saya suka tempat tu, saya belanja
awak makan. Tapi, kalau saya tak berapa nak suka, awak yang kena belanja saya
makan malam ni. Macam mana?” cabarku.
“Okay. Jangan
merungut kalau saya pau awak ya. Nah, ambil helmet ni,” Topi keledar berwarna
biru itu aku sambut. Macam mana ni? Apa yang patutu aku buat sekarang?
“Kenapa tak
pakai?” soalnya pelik apabila aku hanya diam merenung topi keledar yang
dihulurnya tadi.
“Awak tak sudi naik
motor dengan saya?” soalnya lagi. Aku dapat mengesan nada kecil hati yang
terkeluar dari mulutnya. Aku hanya menggeleng.
“Bukanya macam tu.
Saya bukannya tak sudi, tapi jujur saya cakap, saya tak pernah naik motor
dengan lelaki selain ayah dan abang saya. Saya harap awak tak kecil hati,”
jujurku.
“Awak jangan
risau. Saya takkan bawa motor ni laju-laju. Awak tak perlu fikir yang
bukan-bukan. Dah lah tu. Meh sini saya pasangkan helmet tu,” katanya sambil
mengambil kembali helmet yang berada di tanganku. Dengan cermat, dia mengenakan
topi keledar itu ke kepalaku.
“Kalau awak still risau, awak pegang besi belakang motor
saya kuat-kuat. Jangan sampai jatuh, tau. Nanti kempunan pula saya,” ujarnya
penuh selamba. Namun sepantas kilat dia menutup mulutnya sendiri. Tak ubah
umpama ayat itu sesuatu yang dia tidak sepatutnya diucap.
“Alah, saya
tahulah. Kalau saya jatuh nanti, kempunan pula awak nak merasa saya belanja
makan malam. Bukan selalu dapat makan free,
bukan?” gurauku. Aku dapat melihat dia kembali tertawa. Kami segera bertolak
meninggalkan pekarangan kampus. Dia membawaku ke salah sebuah pusat beli belah
yang terletak tidak jauh dari kampus kami.
Aku rasa, jarang
sekali pelajar kampusku bertandang ke tempat ini. Aku rasa ini mungkin kali
pertama aku menjejakkan kakiku ke sini. Kulihat-lihat, tidaklah seteruk yang
dikatakan pelajar yang lain. Okey sahaja aku tengok kedai-kedai yang terdapat
di sini. Tiba-tiba dia menarik tanganku dan membawaku ke salah sebuah kedai
yang menjual peralatan kuliah. Boleh tahan besar juga kedai ini. Mungkin besar
sedikit dari kedai buku BADAN CEMERLANG di Kompleks beli belah Angsana di
negeri kelahiranku.
“Ada apa kat sini
yang awak jangka boleh buat saya suka gila-gila?” tanyaku apabila kami berhenti
di dalam kedai tersebut. Dia hanya tersenyum manis sambil memandang ke arahku.
Aku tidak tahu apa makna di sebalik senyuman itu tetapi dah orang senyum pada
kita, balas ajelah. Dia bergerak sedikit ke tepi dan membiarkanku melihat apa
yang berada di sebalik badannya.
Wednesday, 17 October 2012
Miss Dena
Assalamualaikum, semua.....
Mesti ramai yang dah pernah tengok video kat atas ni, kan??? Actually, tadi baru aje tengok balik video Miss Dena masa dia dipropose oleh suami dia. Video ni kawan baik saya, NURUL SYAZLIANA a.k.a SYAZ yang tunjukkan. Seriously, mase tengok 1st time tu, menangis saya di buatnya. Rasanya sweet sangat-sangat. Tiba-tiba teringin merasakan nikmatnya percintaan selepas perkahwinan.
Bukannya apa, sekarang ni ramai remaja, kadang-kadang bukan aje remaja, budak-budak pun dah ramai yang bermain dengan api cinta. Bukannya hendak mengutuk atau apa, tapi bukankah lebih seronok kalau bercinta selepas berkahwin (amboi...macam dah banyak pengalaman plak)?
Bila dah start bercaouple, macam-macam godaan yang datang. 'Sahabat' ketiga memang tak ketinggalan. Masa tu, macam-macam cerita pasal pasangan kita yang kita dah tahu. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, apa yang dia benci, semuanya kita dah tahu. Nanti, bila dah kahwin, dah tak ada yang nak diceritakan lagi. Dah tak ada rahsia yang kita share lagi.
Tapi, kalau bercinta selepas berkahwin, masa tulah kita nak mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam. Ianya akan menjadi amat sweet kerana pada waktu tu korang akan bercouple tapi telah dihalalkan dalam Islam. Cuba korang bayangkan, korang bercouple tapi masa tu semuanya dah halal dalam syariat dan juga adat. Tak ada yang larang atau marah apa yang korang buat. Itupun selagi apa yang korang buat kena pada tempatnya la...
(Gambar curi ni. Housemate ni
tengah tido, saya pergi curi-curi ambil gambar ni.....hehehehe....sorry,
AIMI....)
Ada yang kata bagus kahwin awal ni. Saya pun tak tahu. Tapi, lecturer roomate saya pun adalah seorang yang mengamalkan kahwin awal a.k.a, kahwin masa tengah study. Dia siap syorkan pelajar-pelajar dia kahwin awal lagi. Katanya, jimat umur...
Saya ada kenal (actually tahu dari kawan n tak berapa nak kenal sangat) dengan seorang kawan ni. Dia berkahwin kalau tak salah saya waktu umur antara 18-19 tahun. Saya pun tak berapa tahu apa perkembangan hidup dia sekarang, tetapi rasanya hidupnya aman bahagia dia samping keluarnganya...hehehe.
Katanya, kawan saya ni berkahwin atas dasar cinta dengan BF dia tetapi kahwin awal atas saranan keluarganya. Takut, dah jauh dengan keluarga, kalau ada apa-apa yang berlaku, BF dia tak boleh nak tolong banyak mana. Yelah, kita ada batasan adat dan syariat...(cewah...pandai pula bercakap). So, family diaorang sarankan agar diaorang kahwin awal.
Betul juga tindakan family dia ni. Yelah, kalau dah hidup jauh dengan family, ada husband di sisi yang boleh tolong tengok-tengokkan kita. Sakit pening, makan minum, semuanya macam berada dalam keluarga sendiri sebab tak semua orang senang bergaul dan rapat dengan orang-ornag yang baru mereka kenal
So, saya pun dah banyak sangat membebel dan rasanya kalah mak nenek ni (perasan pun...). Moral of the story yang saya nak share, pilihlah 'si dia' dengan mata hati. Minta petunjuk dari Tuhan yang satu kerana kita hanya boleh merancang dan hanya Dia yang berkuasa untuk menentukan segala-galanya...
Wassalam...

Ok. Lagi satu
perkara adalah pasal kahwin muda. Hari tu, housemate saya balik dari kelas dan
bertandang ke bilik saya. Dia tunjukkan kad kahwin di atas....comel sangat.
Katanya, ni adalah kad kahwin classmate dia. Insyaallah, mereka ni akan
melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan ni. By the way, congrats and
Insyaallah sampai Jannah.
Ada yang kata bagus kahwin awal ni. Saya pun tak tahu. Tapi, lecturer roomate saya pun adalah seorang yang mengamalkan kahwin awal a.k.a, kahwin masa tengah study. Dia siap syorkan pelajar-pelajar dia kahwin awal lagi. Katanya, jimat umur...
Tapi pada pendapat saya, ianya mengikut personaliti
seseorang. Tak semua orang boleh menerima persoalan mengenai kahwin awal.
Sebagai contoh, jikalau seseorang ni jenis yang tak boleh nak stay dengan
seorang pasangan. Saya takut, kalau dia kahwin awal nanti, ramai pula pasangan
'spare' dia. Contohlah...bukannya nak mengutuk sesiapa. Namun begitu (cewah..),
ada orang cakap, kalau seseorang ni dah berkahwin, Insyaallah, dia akan setia
dengan pasangan dia, especially perempuan.....katanyalah (sokong kaum sendiri...hehehe)
Saya ada kenal (actually tahu dari kawan n tak berapa nak kenal sangat) dengan seorang kawan ni. Dia berkahwin kalau tak salah saya waktu umur antara 18-19 tahun. Saya pun tak berapa tahu apa perkembangan hidup dia sekarang, tetapi rasanya hidupnya aman bahagia dia samping keluarnganya...hehehe.
Katanya, kawan saya ni berkahwin atas dasar cinta dengan BF dia tetapi kahwin awal atas saranan keluarganya. Takut, dah jauh dengan keluarga, kalau ada apa-apa yang berlaku, BF dia tak boleh nak tolong banyak mana. Yelah, kita ada batasan adat dan syariat...(cewah...pandai pula bercakap). So, family diaorang sarankan agar diaorang kahwin awal.
Betul juga tindakan family dia ni. Yelah, kalau dah hidup jauh dengan family, ada husband di sisi yang boleh tolong tengok-tengokkan kita. Sakit pening, makan minum, semuanya macam berada dalam keluarga sendiri sebab tak semua orang senang bergaul dan rapat dengan orang-ornag yang baru mereka kenal
So, saya pun dah banyak sangat membebel dan rasanya kalah mak nenek ni (perasan pun...). Moral of the story yang saya nak share, pilihlah 'si dia' dengan mata hati. Minta petunjuk dari Tuhan yang satu kerana kita hanya boleh merancang dan hanya Dia yang berkuasa untuk menentukan segala-galanya...
Wassalam...
Subscribe to:
Posts (Atom)