Thursday 14 August 2014

Semanis Kasihmu (Episod 1)

MAJLIS kenduri arwah di rumah itu sudah pun selesai. Kelihatan orang ramai beransur-ansur pulang ke rumah masing-masing. Kini, sudah genap seminggu Safiyya kehilangan ibu bapanya. Orang tua Safiyya telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Kereta yang dipandu oleh ayah Safiyya cuba mengelak sebuah lori petrol yang tidak dapat dikawal sehinggalah kenderaan mereka terhumban ke dalam gaung. Pihak polis telah menjejaki mayat mereka di kawasan berdekatan tempat kejadian. Mayat mereka berdua berjaya ditemui oleh pihak polis yang bertugas pada hari ketujuh pencarian.

Semenjak kejadian itu, Rozie dan Razlanlah yang menemani Safiyya di rumah itu. Rozie dan Razlan merupakan kawan baik kepada orang tua Safiyya. Safiyya tidak begitu rapat dengan mereka. Tetapi ibu dan ayahnya pernah mengatakan bahawa mereka mempunyai sahabat baik yang tinggal di bandar. Rasanya, Safiyya pernah bertemu dengan mereka sewaktu dia kecil tetapi, ingatan itu kabur. Razlan dan Rozie merasakan bahawa Safiyya masih memerlukan mereka pada waktu itu. Namun begitu, mereka tidak boleh mengabaikan tanggungjawab mereka di bandar. Beberapa hari sahaja lagi musim persekolahan akan bermula. Tetapi, mereka juga tidak mungkin meninggalkan Safiyya sendirian di rumah itu. Safiyya pasti memerlukan bantuan orang dewasa untuk menguruskan hal kemasukan ke sekolahnya. Lebih-lebih lagi pada tahun itu Safiyya akan menduduki peperiksaan yang besar.

           “Safiyya, tak lama lagi sekolah akan dibuka. Safiyya dah nak naik sekolah. Safiyya perlukan bantuan orang lain untuk uruskan sekolah Safiyya. Tapi…” Rozie mati kata untuk meluahkan bahawa dia dan suaminya tidak dapat tinggal di situ untuk masa yang lebih panjang lagi. Ketika itu, mereka bertiga berkumpul di ruang tamu setelah majlis kenduri arwah selesai dijalankan.

Wednesday 13 August 2014

Walau Hanya 3 Minggu...

Assalamualaikum semua...

     Sekarang dah masuk bulan 8. So, dah lebih kurang 5 bulan tak update blog ni..hehehe

     Seperti yang tertera pada tajuk post, kali ni cuti sem saya hanya ada 3 minggu sahaja; 2 minggu puasa + 1 minggu raya. Tapi, macam-macam jugalah yang saya sempat buat.


#1. Say 'HI!!!' to KittenInTheHouse!

Say Hi to Cuddy, Comel & Pokpok!!!
 


Comel yang amat comel >_<

Comel : Keep staring at the camera..

Tu dia, makcik Pokpok dah marah, sebab
asyik ambil gambar Comel aje ^3^

Sunday 30 March 2014

Refleksi Diri

Assalamualaikum semua...

     Tadi baru baca satu entry yg di share oleh slah seorang sahabat saya di,

http://fairuzazmi.blogspot.com/2014/03/dear-malaysian-cc-ds-najib-tun-razak.html

     Seriously, nak tahu apa yang saya buat? Apa yang saya rasa?
     Saya baca, saya menangis. Saya rasa amat sedih... Pada waktu kita diduga dengan cubaan yang berat, saya terfikir, kenapa kita tak boleh bersatu sebagai 'MALAYSIAN'?? Tidak bolehkah kita ketepikan dahulu semua sengketa dalaman yang ada dan bantu apa yang dapat bantu? Jika kita tak dapat meringankan bebanan sekalipun, janganlah kita menambah bebanan yang sedia ada dengan caci makian.

     Tahukah kita bahawa ada orang yang sedang tertekan dengan situasi sekarang?? Perlukah kita tambah lagi tekanan mereka? Saya mungkin tak arif dengan politik segala, mungkin banyak benda yang saya tak tahu pasal dunia ni, so pandangan dan perucapan saya pun ada batasnya.

     Ada satu hal yang saya pelik dari dulu sampai sekarang.. Kenapa orang berebut menjadi ketua?? Apakah kelebihannya?? Duit? Pangkat? Nama? Tapi kita semua tahu bahawa semua itu tidak dapat bulat-bulat seperti itu sahaja. Semua itu datang dengannya tanggungjawab. Tanggungjawab untuk menjaga anak buah yang berada dibawah perlindungan seorang ketua.

     Perlukah menjadi seorang ketua untuk membantu negara sendiri? Tidak bolehkah kita menjadi supporter dari bawah kerana tidak akan tegak berdirinya sebatang pokok tanpa akar yang kukuh. Bantulah setakat apa yang kita mampu. Mungkin pemimpin kita itu banyak salahnya, itu kerana tiada manusia yang sempurna. Jika pemimpin itu buat silap, tegurlah degan penuh hemat.

     Menjadi seorang pemimpin pun, sepatutnya jujur dan telus. Ramai yang memerhatikan tingkah laku anda. Jika benar ada salah yang dibuat, minta maaf. Bukankah dari kecil kita sudah diajar, 'Sepahit-pahit kejujuran lebih baik dari pembohongan,'?

     Sekadar refleksi diri agar menjadi seorang umat Islam, warganegara Malaysia yang berguna.

Wassalam...

Friday 28 March 2014

Ziarah Kota~1 (Malaysia-Amman)

Assalamualaikum & selamat petang...

     Meh dengar cerite....hihihi

     Pada 5 Feb yang lalu, saya sekeluarga bersama mak cik saya telah mengikuti Pakej Umrah & Melancong  Andalusia di mana destinasi yang dipilih oleh kami adalah......jeng jeng jeng.. Baitul Maqdis & Jordan..

    Kami bertolak dari Johor pada tengah hari 5 Feb dan sampai di KLIA pada jam 5 petang. Oleh kerana Malaysia masih lagi dalam mood Gong Xi Fa Cai, jadi ada pertunjukan tarian naga dalam kawasan KLIA.. Malangnya, tak bawa pula kamera masa pertunjukan tu berlangsung.





   
     Tapi, saya berkesempatan melihat air terjun (boleh dikira air terjun kot..) yang dibuat seperti tulisan.. Sebelum ni, saya ada melihat pertunjukan seperti ini, tetapi dalam video ajelah..




Mak n Mak Yah

     Kami menggunakan perkhidmatan Royal Jordanian Airlines. Setelah mendapat tiket, tengok-tengok, penerbangan kami adalah pada jam 10.20 malam nanti. Apa lagi, abah pun ajak 'nge-teh' dulu...



Dan saya seperti biasa, ~Hot Choco!!!~

Monday 3 March 2014

Bicara Tentang Hati

Assalamualaikum semua...


     Nampaknya saya still jet lagged. Dalam pukul 4 pagi baru boleh tidur. Masalah pula bila esok bermulanya semester terakhir untuk tahun kedua saya dan kawan-kawan di Fakulti Farmasi.

     Baru-baru ini salah seorang kawan saya melanjutkan pelajarannya di luar negara. Wishing you the best of luck in your study and take care di negara orang. Balik nak ole-ole....hehehe

     Sebelum ini ada kawan yang bertanya, "Kenapa mesti lelaki yang mulakan sesuatu hubungan? Tak boleh ke kalau perempuan yang mula dulu?" Something like that. Banyak sebab kerana perempuan jarang memulakan sesuatu perhubungan.

     Pada pendapat saya, yang pertama kerana perempuan dikurniakan dengan perasaan malu yang tinggi. Dan rasanya kaum perempuan malu untuk digelar perigi mencari timba kerana ianya bukan sesuatu yang biasa dilakukan, bukan budaya orang Timur seperti kita.


     Selain tu, dia mungkin pernah cuba untuk memulakan sesuatu perhubungan sebelum ini tetapi ditolak. Jadi, dia tidak berapa berani untuk memulakan perhubungan yang baru. Perasaan takut ditolak lagi. Dia mungkin sahaja menyukai lelaki tersebut, tetapi tidak mempunyai keberanian untuk memulakan sesuatu hubungan dengan lelaki tersebut.

     Hati perempuan ni agak fragile lagi sensitif bila menyentuh isu mengenai hati, perasaan dan cinta. Memang ada orang berkata gagal sekali tak bererti gagal buat selama-lamaya. Tetapi perasaan ditolak oleh orang yang kita suka tu agak perit dan kita selalunya mengambil langkah untuk tidak merasakan kesakitan yang sama buat kali yang kedua.

     Jadi, banyak sebab kenapa perempuan jarang memulakan langkah pertama untuk sesuatu perhubungan. Jangan terus berfikir, 'Mungkin dia tak suka kat aku,' Selidik dulu, dan tanya betul-betul. Better tanya tanpa ada selindung atau kiasan, sebab manusia terkadang akan fikir mengenai something double meaning untuk mendapatkan kepastian yang betul-betul pasti. Salah sangka mungkin sahaja berlaku dimana, apa yang kita cuba sampaikan tidak sama dengan apa yang yang difikirkan oleh penerima info..

     Moral of the story, be straight on what you're going to say with carefully thought about it before saying it. And then, reconfirm with the sender so that the info that you received is the same with the info that being send by the sender. Setiap perlakuan manusia mengandungi maksud selalunya. So, selain mendengar apa yang cuba dia perkatakan, perhatikan juga body language mereka.


Wasssalam...