Thursday 22 November 2012


Assalamualaikum semua....

Waaa....dah lama jugak tak update blog ni. So, di malam2 buta dan  ditemani mata yang semakin kuyu, nak jugaklah tulis perkembangan terbaru....hehehe >_<

So, far tengah sibuk dengan assignment yang tak pernah bagi masa rehat, dispensing lab yang selalu buat saya kecut perut, test & quiz yang selalu buat saya tak cukup tidur malam dan tak lupa juga kawad kaki yang memang saya minat sejak di bangku sekolah lagi... JJJ

Semua kelas kat sini diadakan selama 2 jam. Sudah menjadi lumrah kebanyakan insan, hanya boleh bertahan untuk jam yang pertama sahaja. Tapi saya ni lain pula kesnya. Cukup atau tidak tidur malam tu, lelap waktu kelas memang tak boleh dielak lagi....tak tahu la kenapa L

Baru saya perasan, selama ini pesan mak abah masa nak amek test atau quiz, “Buat elok-elok, nak. Jangan tidur masa menjawab, ye” Adusss....minta maaf banyak2, mak, abah. Arahan kedua tu Ila selalu aje terlepas...hehehe :P

Ok la...saya dah tak mampu nak tulis banyak2 coz actually esok ni ada dispensing lab ni. Doakan saya dapat buat yang terbaik esok... Amin....

Assalamualaikum & Selamat Malam (walaupun da pagi sebenarnya..)

No comments:

Post a Comment