Wednesday 17 October 2012

Miss Dena

     Assalamualaikum, semua.....




     Mesti ramai yang dah pernah tengok video kat atas ni, kan??? Actually,  tadi baru aje tengok balik video Miss Dena masa dia dipropose oleh suami dia. Video ni kawan baik saya, NURUL SYAZLIANA a.k.a SYAZ yang tunjukkan. Seriously, mase tengok 1st time tu, menangis saya di buatnya. Rasanya sweet sangat-sangat. Tiba-tiba teringin merasakan nikmatnya percintaan selepas perkahwinan.


     Bukannya apa, sekarang ni ramai remaja, kadang-kadang bukan aje remaja, budak-budak pun dah ramai yang bermain dengan api cinta. Bukannya hendak mengutuk atau apa, tapi bukankah lebih seronok kalau bercinta selepas berkahwin (amboi...macam dah banyak pengalaman plak)?





     Bila dah start bercaouple, macam-macam godaan yang datang. 'Sahabat' ketiga memang tak ketinggalan. Masa tu, macam-macam cerita pasal pasangan kita yang kita dah tahu. Apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, apa yang dia benci, semuanya kita dah tahu. Nanti, bila dah kahwin, dah tak ada yang nak diceritakan lagi. Dah tak ada rahsia yang kita share lagi. 


    Tapi, kalau bercinta selepas berkahwin, masa tulah kita nak mengenali pasangan kita dengan lebih mendalam. Ianya akan menjadi amat sweet kerana pada waktu tu korang akan bercouple tapi telah dihalalkan dalam Islam. Cuba korang bayangkan, korang bercouple tapi masa tu semuanya dah halal dalam syariat dan juga adat. Tak ada yang larang atau marah apa yang korang buat. Itupun selagi apa yang korang buat kena pada tempatnya la...

 (Gambar curi ni. Housemate ni tengah tido, saya pergi curi-curi ambil gambar ni.....hehehehe....sorry, AIMI....)

     
     Ok. Lagi satu perkara adalah pasal kahwin muda. Hari tu, housemate saya balik dari kelas dan bertandang ke bilik saya. Dia tunjukkan kad kahwin di atas....comel sangat. Katanya, ni adalah kad kahwin classmate dia. Insyaallah, mereka ni akan melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan ni. By the way, congrats and Insyaallah sampai Jannah.





     Ada yang kata bagus kahwin awal ni. Saya pun tak tahu. Tapi, lecturer roomate saya pun adalah seorang yang mengamalkan kahwin awal a.k.a, kahwin masa tengah study. Dia siap syorkan pelajar-pelajar dia kahwin awal lagi. Katanya, jimat umur...


     Tapi pada pendapat saya, ianya mengikut personaliti seseorang. Tak semua orang boleh menerima persoalan mengenai kahwin awal. Sebagai contoh, jikalau seseorang ni jenis yang tak boleh nak stay dengan seorang pasangan. Saya takut, kalau dia kahwin awal nanti, ramai pula pasangan 'spare' dia. Contohlah...bukannya nak mengutuk sesiapa. Namun begitu (cewah..), ada orang cakap, kalau seseorang ni dah berkahwin, Insyaallah, dia akan setia dengan pasangan dia, especially perempuan.....katanyalah (sokong kaum sendiri...hehehe) 




     Saya ada kenal (actually tahu dari kawan n tak berapa nak kenal sangat) dengan seorang kawan ni. Dia berkahwin kalau tak salah saya waktu umur antara 18-19 tahun. Saya pun tak berapa tahu apa perkembangan hidup dia sekarang, tetapi rasanya hidupnya aman bahagia dia samping keluarnganya...hehehe. 


    Katanya, kawan saya ni berkahwin atas dasar cinta dengan BF dia tetapi kahwin awal atas saranan keluarganya. Takut, dah jauh dengan keluarga, kalau ada apa-apa yang berlaku, BF dia tak boleh nak tolong banyak mana. Yelah, kita ada batasan adat dan syariat...(cewah...pandai pula bercakap). So, family diaorang sarankan agar diaorang kahwin awal.

     Betul juga tindakan family dia ni. Yelah, kalau dah hidup jauh dengan family, ada husband di sisi yang boleh tolong tengok-tengokkan kita. Sakit pening, makan minum, semuanya macam berada dalam keluarga sendiri sebab tak semua orang senang bergaul dan rapat dengan orang-ornag yang baru mereka kenal

     So, saya pun dah banyak sangat membebel dan rasanya kalah mak nenek ni (perasan pun...). Moral of the story yang saya nak share, pilihlah 'si dia' dengan mata hati. Minta petunjuk dari Tuhan yang satu kerana kita hanya boleh merancang dan hanya Dia yang berkuasa untuk menentukan segala-galanya...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment