Friday 5 October 2012

Rindu Pertama


Bismillahirrahmanirrahim....


Assalamualaikum, Dear Diary.


     Hari ni, saya nak bersentimental sikit. Oleh kerana post kali ini adalah post yang paling special, saya akan menggunakan nama betul saya, Fadhilah binti Ismail.


     Kali ni, buat yang ke-entah berapa kalinya, Ila datang ke pusat pengurusan kolej untuk mangambil bungkusan yang dikirim oleh mak dan abah. Sepatutnya Ila ambil bungkusan tu semalam. Tetapi, oleh kerana Ila dah tertidur setelah mengambil ubat batuk, maka tak sempatlah Ila nak ambil bungkusan tu semalam.


     Bungkusan kali ini siap ada aksesori reben warna turquoise blue lagi. Sampai abang kaunter tu tanya, "Hadiah birthday ke, dik?" Ila pun senyum ajelah. Birthday saya dah lama lepaslah bang.


     Tak lama lepas tu, mak call & Ila pun cakaplah yang baru aje ambil bungkusan tu. Kata mak, dah sampai bilik nanti, call dia balik lpas buka bungkusan.


     Dalam macam2 ada & semuanya adalah makanan....hehehehehe. Ada kurma, kismis, kuih raya(byk sgt kat rumah kot), roti, sambal ikan bilis(air tgn mak....!) dan buah2an(limau + epal)


     Masa tengah gledah2 tu, (actually benda prtma yg Ila jumpa) Ila nampak ada tupperware warna putih gmbar bunga ros...ala yang english style tu...tu mmg feveret Ila. 



First2 bka, Ila nmpak ada surat cinta.....





     "Bismillahirrahmanirrahim...
     

     Assalamualaikum,

     Jaga kesihatan nak! Mak ada kirim gula2 hack. Makan sebagai ubat batuk.


     Salam sayang dari mak dan abah.

     
     Baik2 jaga diri

     Wassalam....."


     Tak cukup dengan tu, kat balakng paper tu pun de nota cinta gak,


     "Makan, jangan tak makan. Nanti sakit, susah nak belajar."


     Walaupun cuma sedikit, tapi cukup membuatkan Ila menangis terharu pada waktu tu juga a.k.a. masa mnulis ni. Tiba2 Ila rasa disayangi sangat, rasa dirindui oleh keluarga setelah lebih sbulan tak balik menjenguk mak dan abah di kampung.



     Dengan ini, Ila nak tarik balik apa yang Ila cakap sebelum ni mengenai tak balik kampung kalau tak di beri cuti panjang. Ila rasa macam nak belik kampung sekarang juga. Pastu, salam, peluk cium mak dan abah. Rasa rindu sangat kat mak dan abah sekarang...TT___TT




     

No comments:

Post a Comment