Tuesday 8 October 2013

Alhamdulillah, My First WishList!!


Assalamualaikum, semua..

     Alhamdulillah, akhirnya tercapai juga hajat saya, untuk memiliki kamera DSLR. Berkat bantuan sepupu-sepupu yang tercinta, terutama bacik & ayang yang sudi teman Ila usha dan juga mengangkut kamera ni. Terima kasih banyak-banyak juga kat mak & abah sebab beri Ila kebenaran untuk beli kamera ni
Emak
Abah
Bacik
Ayang

     Kelmarin punya kelmarin (Jumaat), mak & abah sampai ke Selangor untuk memenuhi jemputan perkahwinan anak kepada sepupu abah. So, pada malam tersebut, saya & ayang berkesempatan menginap di sebuah hotel yang sudah lama menarik perhatian saya, 'Hotel de ART'. Kalau tak salah saya, hotel ini mempunyai 58 buah bilik hotel dengan rekaan bilik yang berbeza setiap satunya. Masuk sahaja lobi hotel ini, anda mesti kagum dengan rekaan dalamannya yang begitu eksklusif. Di sini saya sertakan lama web hotel tersebut... http://www.hoteldeart.com.my/index.php
Ila & Ayang
(Sweet Dream)
Mak & Abah
(Roman de la Rose)

Tolet


     Pada malam tersebut kami sempat menjamu selera di Restoran Jendela Bali dan sarapan pagi di Hailam Kopitiam-Original Kuala Pilah...



     Pada keesokan paginya, kami bertolak ke lokasi resepsi perkahwinan kak Shira & pasangan yang bertempat di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur..

 

     Saya sangat tertarik dengan dekorasi majlis resepsi perkahwinan mereka. Ianya amat ringkas tetapi amat menarik. Simple but fresh. Jadi, saya selitkan beberapa snapshot yang berjaya saya tangkap. Malangnya, kami terpaksa balik awal, sebelum mempelai naik pelamin kerana mak & abah kena bertolak balik awal. Kalau tidak, memang pagi la baru sampai. Lagipula keadaan abah tak berapa mengizinkannya untuk memandu terlalu lama.

 
Sekitar pintu masuk tetamu



 
Pelamin.. ^_^
Air terjun buatan berhampiran pintu masuk

Table for bride & groom
Selalu orang akan tulis dkat buku, tapi diorang unik sikit,
sign dkat gitar & dengan bangganya saya rasmikan gitar tu..
hehehe :-)
Cupcakes as door-gift!

 


Door-gift yang saya dapat!!! Yay!!


Wassalam...









No comments:

Post a Comment