Friday 28 March 2014

Ziarah Kota~1 (Malaysia-Amman)

Assalamualaikum & selamat petang...

     Meh dengar cerite....hihihi

     Pada 5 Feb yang lalu, saya sekeluarga bersama mak cik saya telah mengikuti Pakej Umrah & Melancong  Andalusia di mana destinasi yang dipilih oleh kami adalah......jeng jeng jeng.. Baitul Maqdis & Jordan..

    Kami bertolak dari Johor pada tengah hari 5 Feb dan sampai di KLIA pada jam 5 petang. Oleh kerana Malaysia masih lagi dalam mood Gong Xi Fa Cai, jadi ada pertunjukan tarian naga dalam kawasan KLIA.. Malangnya, tak bawa pula kamera masa pertunjukan tu berlangsung.





   
     Tapi, saya berkesempatan melihat air terjun (boleh dikira air terjun kot..) yang dibuat seperti tulisan.. Sebelum ni, saya ada melihat pertunjukan seperti ini, tetapi dalam video ajelah..




Mak n Mak Yah

     Kami menggunakan perkhidmatan Royal Jordanian Airlines. Setelah mendapat tiket, tengok-tengok, penerbangan kami adalah pada jam 10.20 malam nanti. Apa lagi, abah pun ajak 'nge-teh' dulu...



Dan saya seperti biasa, ~Hot Choco!!!~



     Perjalanan yang mengambil masa lebih 10 jam dan ditambah dengan transit di Bangkok lebih kurang 2 jam tamat di Lapangan Terbang Queen Alia Jordan (QAIA-Queen Alia International Airport). Tak pernah berkesempatan masuk Tv di Malaysia, kami berkesempatan 'inter-frame' di Jordan. Nak tahu kenapa? Sebab, kami menaiki kapal terbang yang sama dengan Jordan Football Club!! Keluar-keluar aje dah ada beberapa stesyen televisyen yang sedang menunggu untuk menemu ramah mereka..

 

Anak salah seorang crew penerbangan RJ

Abah n beg2 kami...

Hehehe... Jordan FC
More of Jordan FC


     Keluar sahaja dari lapangan terbang, terasa udara sejuk menyerbu ke muka (ayat novel). Suhu pada waktu itu di bawah 5 degree celsius. First time merasai musim sejuk, memang jadi macam orang jakun tengok wap keluar dari mulut bila bercakap...


 

     Oleh kerana kedudukan pemandu dalam kenderaan di Malaysia dan di negara luar adalah berlainan, apabila pihak pengurusan meminta kami menaiki bas, abah tersalah membuka pintu, di mana dia terbuka pintu pemandu bas. Yelah, kalau di Malaysia kan, pintu bas untuk penumpang di sebelah kiri, tetapi di negara luar adalah di sebelah kanan... Hmmm..



     Kemudian, kami bergerak meninggalkan QAIA dan menuju ke Hotel penginapan kami untuk bersarapan pagi..

QAIA basking in the sun




     Nak tahu cerite selanjutnya?? Stay tune..hihi

Pray4MH370,
Wassalam,...

No comments:

Post a Comment