Saturday, 28 September 2013

Semua Inginkan Perhatian

Assalamualaikum, semua...

     Dah lama tak update blog.. Banyak yang nak dicerita pasal aktiviti sepanjang cuti semester 2. Tapi, pics banyak kena tranfer dari phone n usb pula pada kawan. So, kita cecite lain dulu la ye (^_^)

     Pada jam 1 petang tadi, tamatlah Modul LPPKP yang ke-3 kami sebagai pelajar farmasi semester ke-3. Untuk modul kali ini, kami belajar mengenai KPO. Bukannya Kopi O ye, tapi KPO - Kepimpinan & Pengurusan Organisasi. Pada hari Rabu adalah ceramah dari jam 2 petang sampailah jam 7.30 malam, dan tadi adalah aktiviti LDK - Latihan Dalam Kelas dari jam 8 pagi hingga jam 1 petang.

     Saya dan kawan-kawan sekumpulan dapat Fasi RD (bukannya R&D - Research & Development tau, kesian Fasi RD, ni sebagai nama samaran aje). Kami dapat banyak input dari beliau mengenai isu-isu semasa. Bila sesi berkenalan, 'terkantoi'lah yang saya ni anak sulung = anak tengah = anak bongsu dalam keluarga saya. Kebetulan pula, keluar isu pasal seorang pelajar cemerlang (ambil engineering tuuu) tetapi ada masalah dengan sikap dan adab dia.

From http://projectbambino.com/tag/nursery-art/

     Bila diungkap kisah tersebut, didapati bahawa pelajar berkenaan bersikap sedimikian rupa kerana inginkan perhatian dari orang tuanya. Sebenarnya, dari dulu terdetik dalam hati saya yang perlakuan setiap orang adalah untuk mencuri, mencari, mendapatkan perhatian dari orang lain. Makwe merajuk, untuk dapatkan perhatian dari pakwenya. Anak kecil menangis untuk dapatkan perhatian dari ibu dan ayahnya. Malah, ahli ibadah khusyuk melakukan ibadah untuk mendapatkan perhatian dari-Nya. Betulkan??

     Dikatakan bahawa pelajar berkenaan tidak suka akan bidang yang dia ambil. "Kalau tak suka, kenapa ambil???" Mungkin ada segelintir orang yang akan berfikir sedemikian. Saya mungkin faham masalah pelajar ini. Dia terpaksa mengambil aliran tersebut kerana itulah kehendak orang tuanya. Lagipula, dia merupakan anak tunggal seperti saya.

     Pada pendapat saya sebagai seorang anak tunggal, ibu bapa adalah segala-galanya. Sejujurnya, saya sendiri masih keliru dengan aliran yang saya ambil. Benarkah ini jurusan yang 'click' dengan jiwa saya? Saya memang meminati bidang sains dan kesihatan, tapi pada masa yang sama saya juga meminati bidang komputer, sastera dan seni. Jadi???

Monday, 22 July 2013

Officially End..


Assalamualaikum semua,

 

          Maaf, dah cukup seminggu baru nak update pasal final exam yang dah lepas...hehehe. Paper last kami adalah MGT417 a.k.a Information Technology in Business.. Tapi actually, minda semua da ade kat kampung masing-masing. Jelez sebab dah ramai kawan yang balik sebab paper diaorang habis awal dari kitaorang :( .

          Tapi tak pe, kami redha...huhuhu. So, oleh kerana paper kami adalah pada sebelah petang, jadi kami merancang untuk mengadakan iftar beramai-ramai (actually budak sekelas je..) Tak ramai yang dapat hadir kerana semua dah tak sabar nak balik kampung. Jadi yang tinggal ini sajalah yang join...


         By the way, we do have fun even though it will be so much fun if everybody can join us!!

Trial Triller Love In Argentina..

Assalamualaikum semua,

          Sorry, entry kali ni ringkas je sebab tujuan utama dy just nk upload video atas ni je.

Wassalam...