Monday 3 August 2015

Semanis Kasihmu (Episod 2)

KETIKA Safiyya bangun pada paginya, tiada walau seorang pun di rumah itu. Terlekat notis pada peti sejuk rumah itu.

Safiyya, mama dan papa Safiyya dah keluar ke pejabat masing-masing. Mak Yam pula bawa Yana jalan-jalan di taman dekat-dekat sini. Maaflah. Dah jadi kebiasaan orang rumah ini keluar awal-awal pagi. Kalau Safiyya lapar, makanan ada di bawah tudung saji

                                                                                                                        Mak Yam

‘Patutlah awal-awal lagi rumah ini dah kosong. Lebih baik aku pergi sarapan dulu. Perut ni pun sudah minta diisi. Tapi, lepas ni aku nak buat pe? Ah, tak kisah lah. Yang tu nanti baru fikir,’ desis hati Safiyya. Walaupun tiada orang di rumah dan perutnya amat lapar, Safiyya tetap menjaga adab sopan berhadapan dengan makanan. Setelah selesai menjamah sarapan paginya, Safiyya mengambil keputusan untuk mengemas ruang tamu rumah banglo itu. Walaupun tidak banyak yang boleh dilakukannya, sekurang-kurangnya dia dapat meringankan beban pekerjaan Mak Yam. Apa salahnya menolong orang sekali-sekala.

           DANIELsudah berkira-kira untuk memberikan kejutan untuk adik kesayangannya, Diana. Daniel membuka pintu rumah itu dengan perlahan-lahan. Setelah pintu itu terkuak sedikit, Daniel terlihat kelibat seorang gadis yang sedang leka mengemas majalah dan surat khabar di rumah itu. Dia menyangkakan bahawa gadis itu adalah pembantu baru rumah itu. Dia tidak mengendahkan kehadiran gadis. Dia tercari-cari kelibat adiknya tetapi tidak kelihatan. Dia terus memanggil gadis itu untuk mendapatkan kepastian.


“Hei, kau! Ke sini sekejap,” panggil Daniel. Safiyya yang terasa dirinya dipanggil, terus berpaling dan melihat ke belakangnya. Setalah pasti tiada orang selain dia dan Daniel di situ, di pun terus menuju ke arah Daniel.

“Awak ini, siapa?” tanya Safiyya dengan sopan.

“Aku ini, anak majikan kau. Kau tahu?!” jawab Daniel. ‘Bila masa pula aku bekerja. Setahu aku, aku tak pernah memohon pekerjaan di mana-mana pun. Ini, tiba-tiba ada pula orang yang sergah aku dan mengaku sebagai anak majikan aku. Tolong sikit. Kalau nak kenakan orang itu, bagilah alasan yang munasabah sikit’ kata hati Safiyya memberontak.

“Apa yang kau menungkan itu?! Mana Yana?!” tanya Daniel dengan tegas.

“Yana dengan Mak Yam pergi ke taman permainan. Kalau boleh saya tahu, awak ini siapa? Setahu saya, saya tak pernah melamar pekerjaan di mana-mana. Macam mana awak boleh mengaku yang diri awak itu, sebagai anak kepada majikan saya?” tanya Safiyya.

“Kau boleh tanya siapa aku?! Aku ini, Daniel. Muhammad Ashraf Daniel. Anak majikan kau. Faham!!” tegas Daniel. ‘Jadi, inilah abang aku. Nama tak padan dengan perangai. Indah khabar dari rupa. Kalau macam ini, gerenti dia ini bukan Acap. 100% bukan!!!’

“Tapi, maaflah. Saya tak pernah bekerja di sini. Saya ni…”

“Tak payah nak berdalih-dalih. Sah-sah aku nampak kau kemas-kemas rumah ini. Itukan pekerjaan seorang pembantu rumah. Bukan pembantu ke namanya itu?! Pembantu sekarang memang macam ni. Pandai nak menipu. Mentang-mentanglah aku ini cuma anak majikan kau, kau ingat kau boleh berbuat sesuka hati je ke?”

“Tapi, maaflah ya. Saya ni, betul-betul bukannya pembantu rumah ni. Mama dan papa yang ambil saya sebagai…”

“Masih nak berdalih lagi tu. Kau nak aku beritahu majikan kau ke? Nak kena buang kerja? Lepas tu, tak tahu hormat majikan sendiri. Kau patut panggil mereka ‘tuan’ dan ‘puan’. Bukannya mama dan papa. Sedar dirilah sikit. Cermin muka kau dulu,” Semakin tidak tahan Safiyya dengan sikap melampau abangnya itu. ‘Sesedap hatinya sahaja nak menuduh orang tanpa bukti. Ingatkan nanti, senang nak cope with. Tapi, kalau macam nilah gayanya, makin susah adalah.’

“Berapa kali lagi, saya kena beritahu awak yang saya bukannya pembantu rumah. Saya ni, adik angkat awaklah….!!” Terluah juga apa yang ingin diucapkan dari tadi. Tetapi kini Safiyya benar-benar sudah geram dengan tingkah laku Daniel. Tawa Daniel memecahkan suasana yang senyap seketika setelah Safiyya mengaku sebagai adik angkatnya.

“Berangan. Look your face at the mirror first. Then you can say wheather you can be my adopt sister or not. Stop dreaming okay. Or, you sleeping when you’re in your work time?” Serkap jarang Daniel semakin menyebabkan darah Safiyya meluap-luap. Safiyya bersikap berdiam diri untuk meredakan amarah dalam dirinya itu. Kalau dia semakin naik angin bererti dia memberi jalan untuk Daniel menang dalam perang mulut mereka itu. Dia peerlu bertenang dan berfikiran jernih.

“Pandai pun tak melawan anak majikan. Dah sekarang, angkat beg aku dan kemaskan. Basuh pakaian yang kotor,” Safiyya berlalu dengan membawa barang-barang Daniel dengan muka yang kemerahan menahan marah. ‘Sabar Fiya. Sabar....’ ucap Safiyya dalam hati.

“Oh ya. Kalau Mak Yam tak ada, tak apa. Kalau dia balik, cakap dengan dia aku ada belikan ole-ole untuk dia,” Tersentak Safiyya mendengar kata-kata Daniel itu. Senyuman mula terukir di bibirnya. Dia mendapat akal untuk membidas kata-kata Daniel tadi. Safiyya meletakkan beg yang dibawanya dan menoleh ke belakang menuju ke arah Daniel.

“Baiknya, awak dengan Mak Yam ya?”

“Aku baik dengan Mak Yam sebab dia patuh dan hormat pada majikan dan anak-anak majikan mereka. Tak macam kau ini. Menengking dan tidak pernah hormat orang lain,”

“Dari mana awak tau saya tak pernah hormat orang lain?”

“Dari perawatakan kau yang langsung tidakmenunjukkan sifat menghormati orang lain.”

“Saya amat menghormati orang lain, awak tau tak!!”

“Kalau macam itu, kenapa awak tak boleh nak hormat saya?!”

“Buat apa saya nak hormat orang yang tak nak dengar penjelasan orang lain dan main tuduh orang lain yang bukan-bukan. Don’t judge a book by its cover.Don’t look at the cover of the book only. You must to read the contentfrom page to page if you want to know what happening now!” Fasih kata-kata itu terkeluar dari mulut Safiyya. Daniel membisu. Dia membenarkan Safiyya meneruskan kata-katanya.

Okay. First, I’m your adopted sister, not your maid. Second, if you can be nice to Mak Yam, please do the same things to me. Please lower your voice and never yelling at me again. Do you understand…!” kata Safiyya menagih pengertian Daniel.

No! I don’t understand and I don’t want to understand. Tolong sikit. Ini mulut aku. Suka hatilah aku nak buat apa saja. Yang kau nak menyibuk sebabapa pulak. First, I can’t do the same things that I do to Mak Yam to you. Second, I didn’t believe that you are my adopt sister. You didn’t have any prove... balas Daniel.

Whatever. Importantly, I have told you the truth. And, I didn’t want to pick your clothes up. Do it yourself! balas Safiyya sambil meletakkan beg pakaina Daniel di hadapan remaja itu.

Hey! Please respect me. As long as you can’t prove what do you say, I still known you as the maid. And you can’t ignore my clothes like that. Pick this and bring it to my room! arah Daniel sambil meletakkan beg pakaiannya di tangan Safiyya. Safiyya sudah tidak tahu lagi macam mana dia harus menerangkan keadaan dirinya kepada Daniel. Dia amat berharap Diana dan Mak Yam balik secepat yang mungkin. Dia sudah tidak tahan dengan tuduhan yang dilemparkan oleh Daniel tanpa usul periksa. Akhirnya, harapan Safiyya menjadi kenyataan. Tidak lama selepas mereka bertekak lidah, Diana menerpa masuk ke ruang tamu itu dan diikuti oleh Mak Yam.

“Eh, abang dah balik?!” tanya Diana seperti tidak percaya. Dia terus menerpa ke arah Daniel. Daniel lantas memeluk adiknya dengan erat dan melepaskan kerinduannya.  Dicium kedua-dua belah pipi gebu adik kesayangannya itu.

“Bila masa abang balik? Yana tak nampak pun?” petah Diana bertanyakan soalan kepada abangnya. Daniel masih memeluk Diana. Safiyya agak tersentuh melihat situasi itu. Kelihatannya Daniel begitu menyayangi adiknya itu. Namun perasaan itu tak berkekalan. Tuduhan Daniel kembali menjamah telinganya.

“Abang baru saja balik. Lepas itu, abang jumpa dengan pembantu rumah baru kita ini. Ada ke patut, dia tak mengaku yang dia ini pembantu,” terang Daniel kepada adiknya.

“Maaf ya Daniel kalau Mak Yam menyampuk, tapi siapa pembantu baru rumah ini. Tuan dan puan tak ada pula beritahu Mak Yam yang ada pembantu baru kat rumah ini,” tanya Mak Yam kepada Daniel.

“Siapa lagi Mak Yam. Perempuan nilah. Takkanlah, saya nak cakap Yana pulak pembantu rumah, Mak Yam. Perempuan sorang nilah yang baru saya jumpa,” ujar Daniel sambil menundingkan jarinya ke arah Safiyya yang berdiri menghadapnya sambil menarik muka selamba. Safiyya hanya boleh mengangkat bahunya sahaja apabila Mak Yam memandang ke arahnya. Segalanya telah diterangkan kepada Daniel tetapi lelaki itu yang berkeras tidak ingin percaya akan kenyataan yang telah diberitahu oleh Safiyya.

“Macam mana, Daniel boleh ingat yang dia ini, pembantu rumah ini. Agaknya dia ini pencuri ke,” duga Mak Yam.

“Saya percaya yang pengawalan rumah di ketat. Lagipun, masa saya balik tadi saya nampak dengan mata kepala saya sendiri yang dia ini tengah kemas meja dan majalah itu. Macam mana saya tak ingat yang dia inipembantu rumah ini, Mak Yam…” Terbeliak mata Mak Yam mendengar penerangan daripada Daniel.

“Betul ke kamu kemas meja dan majalah kat rumah ini tadi Fiya? Buat apa kamu buat benda-benda macam itu. Itukan dah jadi tugas Mak Yam,” ujar Mak Yam kepada Safiyya. ‘Fiya?! Siapa Fiya? Kenapa Mak Yam ambil berat sangat dengan perempuan ini. Bukankah dia sama-sama pembantu macam Mak Yam? Jangan-jangan apa yang perempuan ini cakap tadi betul yang dia ini adik angkat aku? Tapi tak mungkinlah. Papa dan mama tak pernah cakap pun nak ambil anak angkat. Lagipun buat apa mereka nak ambil anak angkat. Mereka dah ada aku dan Yana sebagai anak mereka,’ detik hati Daniel. Namun Daniel tertarik dengan nama itu. Fiya. Nama panggilan bagi rakannya yang bernama Safiyya. Nama yang dirinduinya. Diteliti wajah Safiyya. Ada yang sama. Matanya yang sama bundar, keningnya yang terbentuk cantik dan bibirnya yang mungil. Apa yang difikirkannya ini! Daniel menggelengkan kepalanya. Dia tidak ingin terlalu berharap pada sesuatu yang tak pasti.

“Tak ada apa-apa lah Mak Yam. Fiya ingat nak tolong sikit-sikit saja. Lagipun, masa kat rumah Fiya dulu, Fiya dah biasa dengan kerja-kerja macam ini,” terang Safiyya apabila melihat kebimbangan di wajah Mak Yam.

“Tengok itu, Mak Yam. Depan Mak Yam dia mengaku yang dia buat semua itu. Tapi, depan saya, dia tak nak pula mengaku Mak Yam,” kata Daniel.

If you say that I do all that work and ask me to admit it, okay I’ll admit. But if you say that I do all that because I am your maid, I’ll never admit it, because I’m your adopted sister and not your maid, okay!

“Dahlah itu. Tak payah nak dibesar-besarkan lagi hal itu. Fiya, kamu tak perlulah nak tolong Mak Yam kemas rumah. Itu semua, dah jadi tugas MakYam. Kalau tak, Mak Yam makan gaji buta namanya,” kata Mak Yam untuk meleraikan pertikaman lidah antara Safiyya dan Daniel.

“Tak apa Mak Yam. Takkanlah saya nak goyang kaki saja kalau saya dah menumpang duduk di rumah ni,” bidas Safiyya kembali. Sememangnya sudah sifat semulajadi Safiyya. Dia akan membangkang kalau ada pendapat yang bertentangan dengannya. Lebih-lebih lagi jika pendapat berkenaan tidak boleh diterima oleh akal.

“Baiklah kalau itu yang kamu mahu. Kamu bukannya menumpang Fiya, kamu dah jadi sebahagian daripada keluarga ni. Kamu pula Daniel, janganlah main tuduh saja, tanpa kamu tahu hujung pangkal sesebuah masalah,” tegur Mak Yam dengan lembut.

“Saya tak tuduhlah Mak Yam. Mak Yam kan dah dengar sendiri pengakuan dari mulut dia. Sah-sah itu pekerjaan seorang pembantu, Mak Yam,” Daniel masih belum mahu mengaku kalah.

“Untuk pengetahuan kamu Daniel, apa yang Fiya cakap itu betul. Dia ini, adik angkat kamu. Safiyya namanya. Dia anak kawan baik mama dan papa kamu. Ibu dan ayah dia baru saja meninggal dunia. Mereka menitipkan Fiya kepada mama dan papa kamu,” Daniel ternganga mendengar penjelasan dari Mak Yam. Dia tidak menyangka yang dia telah tersalah anggap mengenai diri Safiyya. Rasa malu dan kesal menyelubungi dirinya. Safiyya pula tersenyum bangga kerana kemenangan hari ini sudah menjadi miliknya.

          Selepas melihat kedua-dua remaja tersebut diam seribu bahasa, Mak Yam terus mangambil beg pakaian Daniel dan Diana membuntutinya naik ke atas. Sementara itu di ruang tamu, keadaan masih diselubungi kesunyian. Daniel masih malu di atas perlakuannya tadi. Namun begitu, tidak juga dia naik ke tingkat atas. Setelah penat dengan keadaan yang sunyi itu, Safiyya berfikir untuk memecahkan kesunyian yang menyelubungi mereka.

Okay, I know that now you felt embarrassed. But, just ignore it. I’ve already forgive you,” kata Safiyya. Memang benar, Daniel berasa malu yang teramat sangat. Tetapi dia juga kasihan mendengar berita mengenai ibu bapa Safiyya. Namun begitu, perasaan malu lebih menyelubungi dirinya. Lebih-lebih lagi di hadapan adik kesayangannya sendiri. Tanpa sebarang bicara, Daniel meninggalkan Safiyya termangu sendirian di ruang tamu.

‘Tak apa lah Fiya, mungkin dia masih terkejut dengan kehadiran kau di rumah ini. Nanti, dia tetap akan bercakap dengan kau. Lebih baik kau cari si Yana. Entah-entah, dia kacau Mak Yam’ getus hati Safiyya. Lantas dia pergi menuju ke dapur. Dia melihat Diana sedang rancak berbual dengan Mak Yam.

“Eh, kak Fiya. Abang mana?” tanya Diana.

           “Abang Daniel ada kat atas. Tengah salin baju agaknya,” jawab Safiyya ringkas. Agak janggal apabila Safiyya membahasakan Daniel dengan gelaran ‘abang Daniel’.
“Kak Fiya, kita main yuk,” ajak Diana sambil memaut lengan Safiyya. Safiyya lantas menganggukkan kepalanya. Mereka berdua asyik bermain di dalam bilik permainan Diana.

BILIK tersebut, memang direka khas untuk menyimpan segala permainan kepunyaan Diana. Dia berasa amat gembira dapat bermain dengan Safiyya. Tiba-tiba, pintu bilik tersebut terkuak sedikit. Kepala Daniel muncul sambil memanggil nama Diana.

“Eh, ada kak Fiya rupanya. Abang ingatkan, Yana seorang. Baru abang nak bermain-main dengan Yana. Rupa-rupanya kak Fiya dah temankan Yana dulu,” ujar Daniel sambil mengambil tempat duduk di samping adiknya yang tercinta.

           “Tak apalah Daniel. Awak mainlah dulu dengan Yana. Mesti awak rindu sangat dengan adik awak. Yana pun, nampak lebih ceria lepas awak balik ini,”

“Tak apalah Fiya. Biarlah awak main dengan dia. Dia ini, dah lama nakkan seorang kakak. Takkan dah dapat kakak, kakak dia tak nak temankan dia main,” sinis bicara yang terkeluar dari celah bibir Daniel. Daniel berkata seperti itu sambil mengusap ubun-ubun Diana.

“Alah, kalau macam itu, Yana nak main dengan siapa?” tanya si kecil Diana sambil merenung abang dan kakaknya.

“ Kak Fiya,”

“Abang Daniel” kata mereka serentak.

“Siapa…?” tanya Diana lagi.

“Abang Daniel,”

“Kak Fiya,” Mereka mengulangi perbuatan mereka tadi. Secara tidak sengaja, Safiyya dan Daniel tertawa kecil kerana kebetulan mereka tersebut nama secara serentak.

“Kalau susah-susah, dua-dualah main dengan Yana,” Diana memberikan kata putus. Daniel dan Safiyya hanya menganggukkan kepalanya. Mengiyakan permintaan Diana. Mereka berdua menghabiskan masa mereka dengan menemani Diana bermain.

“Sebelum abang terlupa, abang ada belikan Yana hadiah sekejap ya. Mana pulak hadiah ini,” kata Daniel sambil menyeluk saku seluar jeansnya. Kemudian, dia mengeluarkan sebuah kotak kecil. Diana menyambut kotak tersebut dengan gembira. Isi kotak itu ialah penggantung kunci kartun Sailormoon, kartun kegemaran Diana.

           “Abang belikan hadiah untuk Yana saja ke? Untuk kak Fiya mana?” Pertanyaan dari Diana itu membuatkan Daniel mati akal. ‘Apa yang harus aku jawab ni?’

“Yana, abang Daniel baru saja jumpa dengan kak Fiya hari ini. Dia tak tahu yang kak Fiya ada kat rumah. Jadi, dia tak sempat nak belikan kak Fiya hadiah,” terang Safiyya. Daniel agak lega mendengar pembelaan daripada Safiyya.

“Kalau macam itu, kak Fiya ambil dululah hadiah Yana. Nanti abang boleh ganti dengan yang baru,” jawab Diana. Safiyya tersenyum melihat keikhlasan Yana.

“Tak apalah Yana. Nanti abang Daniel mesti belikan kak Fiya hadiah juga. Betulkan Daniel?” kata Safiyya sambil menyenggol siku Daniel. Daniel menurut sahaja dan mengangguk sambil memaniskan raut wajahnya. Setelah Diana berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh abangnya, Safiyya dan Daniel melangkah keluar dari bilik permainan Diana itu.

“Eh, kau jangan nak berangan yang aku akan belikan hadiah untuk kau,” terang Daniel setelah memastikan jarak mereka cukup jauh dari pendengaran Diana.

“Saya tak teringin pun hadiah daripada awak. Saya cuma nak puaskan hati Yana saja,” ujar Safiyya selamba.

“Habis, kalau dia tuntut hadiah yang kau suruh aku janjikan itu macam mana?” tanya Daniel.

“Pandai-pandailah awak buat-buat kasi saya hadiah. Awak balutlah apa-apa barang pun. Kasi cantik. Pastu konon-konon beri saya hadiah itudi depan Yana,” Cadangan Safiyya boleh diterima akal juga. Daniel bersetuju.

PADA sebelah malamnya, barulah Rozie dan Razlan pulang untuk menikmati makan malam bersama keluarga mereka. Pada malam itu juga, terbongkar rahsia mengenai perselisihan faham antara Safiyya dan juga Daniel. Terburai gelak tawa mereka sekeluarga. Pada mulanya Rozie menanyakan mengapa Safiyya dan Daniel tidak berbicara langsung. Sepatah kata pun tidak keluar dari mereka. Kemudiannya, Diana manjelaskan semuanya kepada orang tuanya. Safiyya hanya tersenyum mendengar pembelaan daripada orang tua angkatnya itu. Daniel pula, menjeling ke arah Safiyya sambil menundukkan wajahnya kerana tidak sanggup memandang wajah ibu bapanya. Malu. Tetapi papa dan mamanya juga bersalah. Sekurang-kurangnya, telefonlah dia dan beritahu mengenai Safiyya. Tidaklah dia berasa malu seperti sekarang. Haissssshh!!

Selepas habis makan malam, Safiyya membantu Mak Yam di dapur. Mak Yam sedikit terkejut apabila melihat Safiyya membantunya mengangkat pinggan mangkuk yang kotor ke arah sinki.

“Eh Fiya, tak payahlah kamu buat semua kerja-kerja dapur ini. Ini kan dah jadi kerja Mak Yam. Tadi pagi kamu dah tolong Mak Yam bersihkan ruang tamu pun Mak Yam dah berterima kasih banyak-banyak dah. Kesian kamu asyik tolong Mak Yam. Lebih baik kamu duduk di depan dengan papa dan mama kamu. Mesti mereka nak bincang tentang persekolahan kamu minggu hadapan,” pujuk Mak Yam supaya Safiyya tidak membantunya lagi. Baginya, Safiyya terlalu baik. Dia selalu ringan tulang untuk mebantu membuat kerja-kerja rumah.

Tak ubah seperti tuannya, Encik Razlan. Dahulu, Razlan menjumpainya di tengah-tengah kesibukan kota. Kerana kasihan melihat dirinya yang serba kekurangan, Razlan mengajaknya pulang ke rumah dan memberikannya pekerjaan sebagai pembantu rumah. Malah, dirinya diberi gaji, makan dan tempat tinggal di rumah banglo itu. Dia juga bertemu jodoh dengan suaminya, pemandu Razlan di rumah itu. Mak Yam memandang Safiyya yang bersungguh-sungguh membantunya di dapur. ‘Beruntunghlah, siapa yang akan dapat kamu nanti Fiya. Dahlah cantik, baik hati, ringan tulang pula itu,’ detik hati Mak Yam.

“Tak apalah Mak Yam. Fiya dah cakap dengan mama dan papa yang Fiya nak tolong Mak Yam kat dapur,” jawab Safiyya.

“Terima kasihlah banyak-banyak Fiyasebab sudi nak tolong Mak Yam kat dapur ini,”

“Sama-sama Mak Yam. Kalau macam itu, biar Fiya yang uruskan pinggan mangkuk kotor ini. Mak Yam boleh uruskan meja makan itu. Fiya tahu, Mak Yam belum makan lagi. Jadi, Fiya tolong Mak Yam. Tak baik tau Mak Yam kalau kita makan lambat. Nanti boleh sakit perut,” Mak Yam hanya tersenyum mendengar nasihat daripada Safiyya. Lantas, dia menuju ke ruang makan untuk membersihkan kawasan tersebut.

Ketika Safiyya sedang leka membasuh pinggan mangkuk di dapur, Daniel masuk untuk memanggilnya. Dia sengaja tidak mahu memberitahu Safiyya akan kedatangannya. Tiba-tiba sahaja, Daniel duduk bersebelahan dengan sinki di dapur. Safiyya agak terkejut tetapi, tetap berlagak tenang dan bersedia menangani apa jua kerenah abang angkatnya itu. ‘Macam budak-budak’ detik hati Safiyya.

“Ada apa awak datang ke sini?” tanya Safiyya dengan lembut tanpa menoleh ke arah Daniel. Dia hendak lekas menyiapkan segala tugasannya di dapur.

“Papa dan mama  panggil kau dengan aku ke depan. Katanya, nak bincangkan hal sekolah minggu depan,” jawab Daniel dengan nada bersahaja.

“Awak pergi depan dulu lah. Saya ada kerja lagi nak disiapkan. Nanti saya pergi sendiri,”

“Tadi aku dah pergi. Tapi, bila papa tengok aku datang seorang, dia suruh aku panggil kau dan hanya datang bila aku bawa kau sama,” Daniel berjeda seketika sambil memerhatikan tangan Safiyya yang lincah menyelesaikan tugas mencuci pinggan mangkuk.       

 “Aku tengok, dari pagi tadi kau asyik buat kerja pembantu saja. Pagi tadi kau kemas ruang tamu. Malam pulak, kau cuci pinggan. Memang serupa dengan pembantu rumah. Pekerjaan tetap ke? Agaknya, papa memang ambil kau untuk dijadikan pambantu baru untuk rumah kami agaknya…” kata-kata Daniel itu telah membakar kesabaran Safiyya. Rupanya tidak habis lagi isu yang dari tadi menjadi bahan gurauan Daniel.

“Suka hatilah apa awak nak cakap. Yang penting saya dah cakap dengan awak yang sebenarnya. Sama ada awak nak terima ataupun tidak, saya tetap adik angkat awak,”

“Jadi, kau ini, adik angkat aku lah ye,” tanya Daniel lagi.

“Ya,”

“Kalau begitu, sebagai adik angkat kau sepatutunya panggil aku dengan gelaran ‘abang’ macam yang Yana panggil aku walaupun kita hanya berdua sahaja. Bukannya dengan panggilan ‘saya-awak’. Faham…”

“Faham memang saya faham. Tapi, kalau saya tak nak panggil awak dengan gelaran itu macam mana? Umur awak dengan saya pun, bukannya jauh beza pun,” kata-kata Safiyyaitu mencabar kesabaran Daniel. Dahulu, Safiyya tidak bersikap seperti itu. Tapi, setelah berjumpa dengan Daniel, perangainya sedikit berubah. Dia lebih selesa menjadi dirinya sendiri apabila berhadapan Daniel. Dia selesa meluahkan apa yang dirasa. Meluahkan pendapat yang terlintas di kotak fikirannya. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menjadi telus di hadapan Daniel.

“Dahlah lebih baik kau ke depan. Nanti biar Mak Yam yang siapkan semua ini. Papa dan mama dah lama tunggu kita itu,”

“Mana boleh…”

“Kenapa pulak tak boleh?”

“Saya dah cakap dengan Mak Yam yang saya nak tolong dia. Jadi, saya tak boleh tinggalkan kerja saya macam itu saja,”

“Kalau macam itu, kau siapkanlah cepat. Aku tunggu sampai kau siap” Setelah beberapa waktu, Daniel berasa penat menunggu Safiyya meyelesaikan pekerjaannya. Sudah penat matanya melihat pinggan dan mangkuk silih berganti dibasuh.

“Lambat lagi ke?”

“Dah nak siap la ini. Awak pergi dululah,”

“Kalau aku tak nak pergi, macam mana?”

“Oh… Awak tak nak pergi ya?” Soalan Safiyya dijawab dengan anggukan dari Daniel. Daniel membuat muka selamba bagi membakar kesabaran Safiyya yang semakin menipis dek melayan kerenah nakalnya. Dalam hati, Daniel tersenyum gembira kerana dapat menyakat Safiyya. Ianya seperti ada kegembiraan lain yang mengalir dalam nadinya seandainya dapat menyakat gadis itu.

“Kalau awak tak nak pergi, saya simbah awak dengan air sabun ini,” Ancaman Safiyya terhadap Daniel amat berkesan. Daniel terus melompat turun dari sinki dapur apabila melihat kesungguhan ancaman adik angkatnya. Safiyya sendiri tidak tahu mengapa mereka dapat berbual begitu. Mereka tidak kekok untuk berbual walaupun baru sehari mereka berdua dipertemukan. Mereka seperti sudah lama mereka berjumpa.

“Dah. Saya dah siap ini,”

“Kalau macam itu, cepat sikitlah. Nitak. Jalan macam nenek kebayan dah lanjut usia. Nenek kena minum susu Anlene dari usia muda nek. Jadi, tulang tak reput dan jalan pun taklah lambat sangat macam ni,” kata Daniel sambil menarik tangan Safiyya ketika Safiyya hendak mengeringkan tangannya.

“Apa ini, pegang-pegang. Tak sukalah,” ujar Safiyya sambil melepaskan tangannya daripada genggamam Daniel. Dia terus berlalu pergi meninggalkan Daniel.

DI ruang tamu, Razlan dan Rozie masih menanti kehadiran anak-anak mereka.

“Mana si Daniel ini. Tak datang-datang lagi ini. Entah-entah dia pergi melencong ke tempat lain,” kata Razlan kepada isterinya.

“Tak payah abang nak membebel. Diaorang dah sampai pun,” ujar Rozie.

“Ha, bagus pun kamu dah sampai. Papa ingatkan si Daniel melencong ke manalah tadi,” kata Razlan kepada Safiyya dan Daniel.

“Tak adalah, pa. Tadi Fiya tolong cuci pinggan kat dapur. Kesian tengok Mak Yam buat kerja sorang-sorang,” Rozie dan Razlan berpandangan. ‘Betapa baiknya hati kamu Fiya. Untung kami, kerana kamu sudi menjadi anak kami’ detik hati Rozie.

“Okeylah. Macam ni, minggu hadapan kalian berdua akan mula naik sekolah. Papa dan mama dah belikan pakaian seragam kalian. Buku-buku latihan, buku-buku teks dan jadual untuk minggu hadapan, guru kalian dah beri pada papa masa papa daftarkan kalian sekolah tadi. Barang-barangnya ada dalam bilik kalian sendiri. Untuk kamu Daniel, papa nak kamu tidur awal pada setiap malam. Kamu tidak boleh tidur lewat malam kerana kamu memerlukan tenaga untuk ke sekolah,” tegas Razlan terhadap anak-anaknya. Dia tahu yang Safiyya tidak mengalami masalah dengan sekolahnya. Tapi, Daniel berbeza. Dia suka tidur lewat malam kerana pada tahun-tahun sebelum ini, dia bersekolah pada waktu petang kecuali pada tahun lepas. Tahun lepas pula, dia masih boleh berjaga sehingga larut malam kerana dia masih belum menduduki tahun peperiksaan.

“Alah, pa. Mana boleh macam ini. Daniel nak main game malam ini. Belum puas lagi,” ujar Daniel. Lebih tepat kepada merungut. Safiyya memandang sekilas ke arah Daniel. ‘Tidak bolehkah sekali sekala dia ini tidak melawan cakap orang. Dah sampai tahun peperiksaan pun masih nak maingames. Macam budak-budak,’ ujar Safiyya di dalam hati. Dia tidak habis fikir dengan perangai Daniel. Mengapa masih mementingkan permainan sedangkan peperiksaan semakin hampir.
“Tak ada game lagi. Kamu kena kurangkan bermain, Daniel. Tahun ini, kamu akan menduduki SPM tau! Itu peperiksaan yang penting! Peperiksaan itu akan menentukan hala tuju hidup kamu selepas ini!” kata Rozie pula. Dia sudah masak dengan sikap anak bujangnya itu.

“Kalau dah tak ada apa-apa lagi, lebih baik kamu pergi tidur. Dah nak larut malam. Tapi sebelum itu, kamu periksa dulu mana tahu ada buku yang tidak cukup,” pesan Razlan. Safiyya dan Daniel menurut sahaja apa yang dikatakan oleh orang tua mereka.

“Oh ya Fiya, kalau si Daniel ini tak dapat bangun pagi, papa nak mintak tolong sikit boleh tak?” tanya Razlan dengan nada selamba.

“Boleh pa. Apa yang papa nak Fiya tolong?”

“Papa nak kamu kejutkan dia bangun pagi. Kalau si Daniel ini masih lagi malas bangun, kamu masuk saja kat bilik dia. Lepas itu, simbah muka dia dengan air. Dia itu malas sikit nak bangun,” Safiyya tertawa kecil mendengarnya. ‘Rupa-rupanya, abang aku ini liat nak bangun orangnya ya. Tapi, aku takkan sekali-kali masuk bilik dia. Nanti syaitan menyelit. Bahaya!’. Muka Daniel pula kemerah-merahan mendengar arahan daripada papanya.

“Oh ya, Fiya. Sebelum papa terlupa, buku kamu papa tak dapat ambil kerana cikgu kamu akan beri pada kamu bila kamu naik sekolah nanti,” Safiyya menganggukkan sahaja kepalanya tanda dia mengerti.

Daniel dan Safiyya meminta diri untuk pergi ke bilik masing-masing. Daniel berjalan jauh sedikit di hadapan Safiyya. Safiyya sendiri tidak tahu mengapa abangnya itu agak tergesa-gesa menaiki tangga. Setelah sampai di puncak tangga, barulah Safiyya tahu puncanya. Daniel sudah bersedia bersandar di pintu bilik Safiyya. Safiyya bergerak ke kanan, Daniel ikut bergerak ke kanan. Safiyya berganjak ke kiri, Daniel ikut berganjak ke kiri. Safiyya sudah bercekak pinggang.

“Awak nak apa ini? Saya nak masuk bilik sayalah. Saya penat,” ujar Safiyya.

I only want to remind you something. You! Never ever enter my room okay. I don’t want you to pester my privacy okay!” kata Daniel dengan tegas kepada Safiyya.

Don’t worry about that. I’ll never wan’t to enter you room,abang. Tak teringin pun....” Safiyya menekankan perkataan ‘abang’ sebelum memasuki biliknya. Itu pun setelah Daniel memberi laluan dan pergi ke biliknya sendiri.

Bergetar jiwa dipersada bercahaya
Pertemuan harapan pertama kalinya
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Sukar dipercaya pintunya terbuka

Mengalun suara sesuri bisikan hati
Seiringan mencari haluan berseni
Bergetar jiwa menghadapi mimpi-mimpi
Tiada pun terduga pintunya terbuka

No comments:

Post a Comment