Thursday 27 August 2015

Semanis Kasihmu



     Pada Safiyya, Daniel adalah cinta pertamanya. Walaupun dia hanya berkenalan dengan Daniel sewaktu mereka kecil. Namun di sudut hatinya, Safiyya tahu bahawa dia tidak mampu melupakan Daniel. Setelah terpisah lama, mereka dipertemukan kembali dalam situasi yang berbeza. Ibu bapa Safiyya meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya. Dari saat itu, Safiyya dijaga oleh keluarga sahabat ibu bapanya, tanpa dia sedari mereka adalah keluarga Daniel!

     Mereka membesar bersama sebagai satu keluarga, tanpa menyedari bahawa di hadapan mereka adalah insan yang selama ini mereka cari-cari. Mereka disatukan tanpa kerelaan hati, namun demi menjaga hati keluarga, mereka korbankan perasaan sendiri. Sedikit demi sedikit perasaan sayang itu mula hadir.

     Ketika kebahagiaan mula menjengah, identiti diri mereka tersebar. Rahsia yang telah lama disimpan oleh bapa mereka. Jauh dari pengetahuan mereka. Siapakah sebenarnya Safiyya? Siapakah Daniel?? Mampukah mereka mengecapi kebahagiaan mereka sendiri???


Episod 1

Episod 2

Episod 3

Ongoing Episod 4

Semanis Kashimu (Episod 3)

 PAGI ini merupakan pagi yang baru untuk Safiyya. Dia akan mula memasuki kelas tingkatan lima. Pada hujung tahun ini, dia akan menduduki peperiksaan SPM. Oleh itu, Safiyya sudah bersiap awal-awal pagi lagi. Dia memastikan tiada satu pun barangnya yang tertinggal. Ketika dia turun ke bawah, dia melihat Mak Yam sedang menyediakan sarapan pagi untuk mereka.

“Eh, Fiya. Cepatnya kamu bersiap. Kamu nak makan apa Fiya?” tanya Mak Yam.

“Nantilah Mak Yam baru saya makan. Saya nak tunggu mama, papa dengan Daniel,”

“Panjang umur. Itu mama dengan papa kamu dah turun,” kata Mak Yam setelah melihat Rozie dan Razlan menuruni tangga.

“Selamat pagi, mama, papa,” tegur Safiyya.

“Eh, Fiya. Cepatnya kamu. Daniel mana?” tanya Razlan setelah tidak melihat kelibat anak bujangnya di situ. Safiyya menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu.

“Mesti kamu lupa kejutkan Daniel,” ujar Rozie. Safiyya baru teringat yang Razlan menyuruhnya untuk mengejutkan  Daniel pada pagi itu kerana Daniel liat sedikit hendak bangun. Safiyya terpaksa naik ke atas kembali untuk mengejutkan Daniel. Tetapi, dia beringat sebelum memutar tombol pintu bilik abangnya. Dia tidak akan sesekali masuk ke dalam bilik abangnya. Mereka bukan muhrim. Dosa kalau berdua-duaan dalam satu tempat.

Monday 3 August 2015

Semanis Kasihmu (Episod 2)

KETIKA Safiyya bangun pada paginya, tiada walau seorang pun di rumah itu. Terlekat notis pada peti sejuk rumah itu.

Safiyya, mama dan papa Safiyya dah keluar ke pejabat masing-masing. Mak Yam pula bawa Yana jalan-jalan di taman dekat-dekat sini. Maaflah. Dah jadi kebiasaan orang rumah ini keluar awal-awal pagi. Kalau Safiyya lapar, makanan ada di bawah tudung saji

                                                                                                                        Mak Yam

‘Patutlah awal-awal lagi rumah ini dah kosong. Lebih baik aku pergi sarapan dulu. Perut ni pun sudah minta diisi. Tapi, lepas ni aku nak buat pe? Ah, tak kisah lah. Yang tu nanti baru fikir,’ desis hati Safiyya. Walaupun tiada orang di rumah dan perutnya amat lapar, Safiyya tetap menjaga adab sopan berhadapan dengan makanan. Setelah selesai menjamah sarapan paginya, Safiyya mengambil keputusan untuk mengemas ruang tamu rumah banglo itu. Walaupun tidak banyak yang boleh dilakukannya, sekurang-kurangnya dia dapat meringankan beban pekerjaan Mak Yam. Apa salahnya menolong orang sekali-sekala.

           DANIELsudah berkira-kira untuk memberikan kejutan untuk adik kesayangannya, Diana. Daniel membuka pintu rumah itu dengan perlahan-lahan. Setelah pintu itu terkuak sedikit, Daniel terlihat kelibat seorang gadis yang sedang leka mengemas majalah dan surat khabar di rumah itu. Dia menyangkakan bahawa gadis itu adalah pembantu baru rumah itu. Dia tidak mengendahkan kehadiran gadis. Dia tercari-cari kelibat adiknya tetapi tidak kelihatan. Dia terus memanggil gadis itu untuk mendapatkan kepastian.