Wednesday 19 December 2012

Saya Juga Manusia Biasa

Assalamualaikum semua...

     Ya Allah Ya Tuhanku, ku memohon pada-Mu, permudahkanlah segala urusanku kerana tiada yang mudah melainkan apa yang telah Engkau permudahkan. Sesungguhnya memudahkan yang sukar adalah mudah bagi-Mu. Aku tahu bahawa Engkau tidak akan membebankan hamba-Mu dengan tanggungan yang tidak mampu mereka tanggung. Maka, kuatkanlah diriku untuk menjalani kehidupanku ini, Ya Allah..

     Hari ini saya ditimpa dugaan yang tidaklah sebesar mana tetapi menggugat keputusan yang baru sahaja saya buat. Pada malam tadi, kami (Kampeni PH) mengadakan sedikit jamuan kampeni dan juga bagi meraikan kejayaan kami yang lepas. Seronok memang seronok. Tetapi, komander-komander sekalian tak pernah lupa untuk memancing minat kami untuk menyertai keluarga mereka.


     Alhamdulillah, usaha komander-komnader sekalian membuahkan hasil apabila ramai (setakat ini ada dalam 23 orang) yang tertarik hati untuk menyertai program bakal komander yang bakal dijalankan pada 8/2/13 hingga 16/2/13 nanti (menurut kata komander Faiz). Saya pun dah berbincang dengan mak dan abah kerana sejujurnya, sehingga kini saya masih lagi mengutamakan mereka dalam setiap keputusan yang saya buat kerana saya tidak mahu membelakangkan keluarga. Biarlah apa orang nak kata, kerana pada saya keluarga adalah yang utama.



     So, di sini bermulalah masalah a.k.a tekanan mental saya (kata komander Faiz, kena biasakan diri dengan tekanan mental sebab penting untuk belajar kawal mental). Saya dan beberapa orang kawan sudah pun mencari rumah yang bakal kami tempati untuk semester depan. Malah, semua deposit rumah dah siap dibayar dan kunci rumah akan diberi pada Sabtu ini.

     Saya memberitahu kawan saya yang handle rumah dari malam tadi dan buat confirmation dengan dia pagi tadi. Pada awal perancangan mencari rumah, saya ada katakan pada dia bahawa sesiapa sahaja yang ingin keluar dari rumah tu, kena bayar duit sewa sehingga mereka dapat cari pengganti yang lain. Bukannya nak masuk bakul angkat sendiri, tapi Insyaallah saya akan kotakan apa yang saya ucapkan dahulu kerana saya tak mahu menjadi seorang munafiq.


     Tapi bukan saya seorang sahaja yang berkemungkinan terpaksa keluar dari rumah tu. Ada lagi dua orang kawan saya yang turut memohon jawatan bakal komander di mana kami harus memohon kemudahan kolej sepertimana yang telah diberitahu oleh komander-komander kami. Saya tidak tahu pada siapa status itu ditulis. Tetapi, pada pendapat saya ianya lebih ditujukan kepada kami. 



     Saya tahu dia marah, geram dan tersinggung dengan keputusan yang kami buat. Tapi kami juga harus berbuat sesuatu untuk merubah hidup kami. Saya ingin berubah menjadi seorang yang ada keyakinan diri kerana menurut mak adan abah, saya terlalu merendah diri sehingga orang lain sewenang-wenangnya memijak kepala saya. SAYA INGIN BERUBAH!!!


 

     Bukannya kami bertindak mementingkan diri sendiri, tetapi saya benar-benar perlukan pemahaman awak dalam hal ini. Kami tidak berniat nak buat awak kecewa, marah, tersinggung dengan kami. Kami cuma mahukan perubahan dalam hidup kami. Kami dapati (Insyaallah) melalui program ini, kami boleh berubah menjadi yang lebih baik. Saya minta maaf banyak-banyak sekiranya keputusan kami benar-benar buatkan awak marah dengan kami. Kami juga manusia yang penuh dengan kelemahan. 



     Masalah yang kedua pula, nama saya tersenarai dalam pelajar yang diwajibkan untuk menghadiri majlis perasmian kad diskaun siswa yang ke-2. Pada masa yang sama, esok paginya saya ada program penting di kampung. EXPLORACE!!! Setakat ini saya tidak pernah tertinggal dariapda menyertainya (actually AJK). Tetapi kali ini mungkin kali terakhir saya menyertainya.


    Setiap awal tahun sewaktu Tahun Baru Cina, keluarga besar sebelah mak akan mengadakan Hari Keluarga yang selalunya bertempat di rumah saya. Nampaknya saya terpaksa mengorbankan waktu saya bersama keluarga kerana Latihan Intensif Bakal Koamnder (LIBK) akan diadakan sepanjang Tahun Baru Cina. Sewaktu memberitahu mak dan abah malam tadi, mak memberitahu saya bahawa salah seorang sepupu saya akan melangsungkan hari perkahwinannya pada 11 Februari tahun hadapan. Maaf kak, Ila tak dapat nak datang. 

     Oleh sebab saya terpaksa miss dua acara ini, nak tak nak saya kena juga balik ke rumah hujung minggu ni. Lagipun sudah lebih sebulan saya tak pulang ke pangkuan keluarga. Minggu depan ni pun study week, so saya nak bawa balik sebahagian barang-barang yang tidak akan saya guna sepanjang minggu peperiksaan nanti. 


 

     So, seperti yang dinasihat sepanjang latihan PERKOM sebelum ini, Allah akan memberikan nikmat kepada hamba-Nya yang berusaha lebih. Latihan tekanan mental penting untuk saya dan kawan-kawan menghadapai cabaran yang lebih besar masa akan datang. Kalau setakat dugaan seperti ini saya sudah mengalah, bagaimana saya nak berurusan dengan orang ramai pada masa hadapan.

     Sebagaimana gambar yang kawan saya post sebelum ini di Facebook, "There are two types of PAIN. Pain that HURT you and pain that CHANGE YOU". So, saya menganggap ini kesakitan mental dan perasaan yang akan mengubah saya, Insyaallah. Minggu peperiksaan pun semakin dekat. Semoga saya dapat buat yang terbaik dan Insyaallh Anugerah Dekan dalam genggaman. Amin...

 

Wassalam..

3 comments:

  1. biase la fad..hari ini semua org xkena....stress...ko pk la mne baik...cakap leklok..bwk berbncg...kte 4thun kt cni, xnk la msam muka..

    ReplyDelete
  2. fikir la masak2...timbang dlu baik buruk dia....jgn melulu...the dicision is in your hand....the decision may become the turning point...so make the best decision after all the consideration..don't miss anything in the consideration.....wallahua'lam

    ReplyDelete
  3. Bila baca comment dari mekrah, teringat salah satu nasihat komander masa malam semalam, "JANGAN buat keputusan semasa kamu sedang SEDIH, MARAH atau ketika EMOSI kamu TIDAK STABIL. Kerana selalunya KEPUTUSAN yang dibuat itu akan MENGIKUT PERASAAN,dan kita semua tahu apa akibatnya jika bertindak melulu mengikut perasaan."

    ReplyDelete