Saturday 29 December 2012

Aku dan Dia (episod 3)


Alangkah terkejutnya aku apabila melihat pelbagai koleksi beg yang aku minati di situ. Malah ianya terdapat dalam pelbagai warna-warna yang menarik. Beg pink muda yang berada di hadapanku berjaya menarik perhatianku. Aku membelek-belek beg itu dan melihat tanda harga yang melekat padanya. Aduahai, mahalnya. Aku tak rasa aku mampu untuk memlikinya. Segala perbelanjaanku masih lagi dikawal oleh ayah. Jangan haraplah ayah akan memberiku duit lebih untuk membeli beg yang aku idam-idamkan ini.

“Kenapa? Awak tak suka ke?” soalnya bimbang setelah melihat perubahan riak wajahku. Aku hanya memandangnya dan menghadiahkannya sebuah senyuman kerana telah membawaku ke tempat ini. Mungkin suatu hari nanti aku mampu juga memiliki beg ini. Walaupun pada ketika itu, beg ini mungkin bukan lagi trend remaja pada masa itu.

“Tak ada apa-apalah. Saya suka sangat. Cuma, saya tak rasa saya mampu untuk beli beg ini. Sekurang-kurangnya bukan untuk sekarang,” keluhku sedikit hampa. Tetapi tidak mengapa.

“Tak apalah awak. Kalau tak sekarang tak bererti awak takkan dapat beli beg ni buat selama-lamanya, bukan?” ujarnya cuba membuatku ceria. Aku hanya menganggukkan kepala tanda bersetuju dengan apa yang dia perkatakan. Suatu hari nanti. Ya, suatu hari nanti pasti beg pink ini akan menjadi milikku jua.

“Okeylah. Saya mengaku kalah. Saya suka sangat dengan apa yang awak dah tunjukkan pada saya malam ni. So, seperti yang kita dah pakat, saya akan belanja awak makan malam ni. Sekarang, awak decide, awak nak makan kat mana,” lawa ku. Tak mahu berlama-lama hanyut dalam kesedihan. Tak baik untuk kesihatan, tau.

“Sebab awak yang nak belanja, saya beri penghormatan untuk awak sendiri yang pilih tempat awak nak makan,” putusnya.

Okay, good opinion. Girl must decide. Cuma, saya tak tahu restoran apa aje yang ada kat kompleks ni. Hehehe..jangan marah, ha,” nyataku jujur. Benar. Kata pun kali pertama datang. Manalah aku tahu selok belok kawasan ni. Silap hari bulan, boleh sesat. Ku melihat dia tertawa buat seketika. Mungkin dia tidak tahu bahawa ini adalah kali pertama aku ke sini.

“Okey. Kalau nak fast food, Pizza Hut, KFC, McD ada. Kalau nak restoran yang lain, saya pun tak berapa nak ingat restoran apa aje yang ade kat sini sebab boleh tahan banyak juga la,” jawabnya. Aku hanya menganggukkan kepalaku beberapa kali. Hmm… agaknya, di mana kami boleh makan. Nak tanya juga kat mana saja yang dia suka makan. Tapi, dah dia beri privilege untuk tentukan kedai makan, so…

If in that case, Pizza Hut should be okay,” putusku. Mendengar sahaja kata putus yang diebri olehku, dia segera menjadi pemandu pelancongku menuju ke restoran Pizza Hut yang berada di tingkat satu kompleks tersebut.

Aku telah memesan set Hawaiian Tuna yang memang menjadi kegemaranku sekiranya aku bertandang ke restoran pizza ini. Dia pun tidak berkata apa dan bersetuju sahaja dengan pesananku. Sepanjang menjamu selera kami berbincang seketika mengenai kelas-kelas yang kami ambil serta kehidupan seharian kami.

Bukannya aku nak perasan, tapi dah macam dating pun ada juga. Sesi suai kenal, gitu. Hahaha…


Setelah perut kenyang diisi denga makanan yang lazat, kami bergerak ke arah kaunter bayaran. Tetapi belum sempat aku mengeluarkan purseku, dia sudahpun mengeluarkan walletnya dan beberapa keping not sepuluh ringgit. Tetapi cepat kutegah.

“Eh, kan kita dah buat deal. Dinner malam ni, saya yang bayar. Kenapa pula awak keluarkan duit?” tegahku. Dia hanya tersenyum kepadaku seraya menundukkan kepalanya ke arahku sehingga pandangan mata kami di aras yang sama.

“Pernah ke awak tengok kalau makan, perempuan yang bayarkan makanan lelaki? Hilanglah macho saya kalau macam tu,” jawabnya lantas membuat bayaran. Gadis yang menguruskan kaunter itu juga tersenyum kambing melihat ke arahku. Laa…dah janji tadi aku yang akan belanja dia makan malam ni.

“Awak ni, tak patut tau. Dah saya kena ketawa dengan cashier girl tadi. Malu tau,” rengekku.

“Eh, bila masa pula dia ketawakan awak? Saya tak dengar pun. Dia ketawa tanpa suara eh?” guraunya pula. Secara automatik, jariku mencubit lengannya tanda geram.

“Aduh, sakitnya awak,” ujarnya sambil mengusap-usap bekas cubitanku.

“Itulah. Mainkan saya lagi. Kan dah kena,” jawabku. Ku lihat dia masih lagi mengusap lengannya. Sakit sangatkah cubitan aku? Biasanya kalau aku cubit kawan-kawan aku yang lain, tak pula dia orang kata sakit. Entah-entah kulit diaorang tu dah jadi kulit buaya kot, sebab dah selalu kena cubit dengan aku. Aku segera mendapatkannya dan kuusap-usap perlahan lengan yang menjadi mangsa cubitanku tadi.

“Sakit sangat ke awak? Sorrylah. Saya dah terbiasa dengan kawan-kawan saya macam ni. Sorry eh,” pintaku ikhlas. Kasihan pula dia. Baru mula berkenalan dah makan cubitanku.

“Boleh tahan jugalah. Awak ada menuntut dari ketam, eh? Nanti pesan kat cikgu awak, janganlah ajar cubit yang bias-bisa. Cubit yang manja-manja kenalah ajar banyak-banyak,” jawabnya sebelum telingaku menangkap tawanya yang ditahan-tahan.

“Amboi, nak kenakan saya, rupanya. Meh sini. Cikgu ketam saya cakap, kalau orang macam awak ni, kena cubit bias-bisa banyak-banyak kali pun tak apa. Sinilah. Jangan risau, FOC,” Terusku mendapatkannya yang cuba melarikan diri dariku. Pandai dia kenakan aku, dan macam mana pulalah aku boleh tertipu dengan helahnya itu. Aduhai…

Oleh kerana malam pun dah tak berapa nak muda lagi, kami bergerak pulang. Takkanlah nak bermalam kat kompleks itu, bukan? Dan dia dengan baik hatinya menghantar aku pulang sampailah ke hadapan pintu pagar rumahku. Punyalah takut kalau ada apa-apa yang bakal berlaku ke atas diriku, dia hanya mahu pulang setelah aku masuk ke dalam rumah dengan selamat.

Dan seperti yang aku sangkakan, mulalah sesi soal jawab dengan orang tuaku. Aku tahu, mereka juga risau mengenai diriku. Yalah, aku bukannya jenis yang suka keluar malam. Dengan lelaki pula tu. Lagilah mereka risau. Aku pun menerangkan mengenai si dia yang menghantarku pulang. Aku beritahu mereka bahawa dia bukannya seorang lelaki yang jahat. Aku bercakap yang benar.

Setelah berpuas hati dengan jawapan-jawapan yang aku beri, barulah aku dibenarkan untuk memasuki bilikku sendiri. Namun, satu amaran telah diberi kepadaku, iaitu, kalau nak keluar lagi dengan dia, aku harus mengajak temanku yang lain kerana tidak manis jika kami keluar berdua sahaja. Lagipun, kami bukannya ada hubungan yang menghalalkan segala perbuatan. Kata mak, nanti kena tangkap basah baru tahu.

Emak ni pun satu. Memanglah emak aku ada satu aje. Ish..bukan itu. Emak ni pun satu, janganlah ceritakan hal-hal seram macam tu. Meremang bulu roma aku. Kami hanya berkawan. Tidak lebih dari itu. Kalau nak lebih pun, hmm….nantilah baru fikir. Tapi betul juga apa yang emak cakapkan. Dia lelaki dan aku pula perempuan. Orang sekeliling boleh salah sangka terhadap kami.

Contohnya seperti malam ini. Dia hantar aku balik. Walaupun niat dia baik, tetapi yalah, hantar anak dara orang balik pada waktu malam macam ni, mesti orang lain fikir yang bukan-bukan. Emak ada juga membisikkan sesuatu padaku tadi. Katanya, terkadang iman seseorang ini amat nipis, lebih-lebih lagi lelaki. Aku juga tidak mengenali hati budi dia sebenar-benarnya. Walaubagaimanapun, aku yakin dengan kata hatiku sendiri. Dia bukanlah lelaki seperti itu. Tetapi, aku rasa lebih baik jika aku mengikut seperti apa yang emak dan abah pesan.

No comments:

Post a Comment