Monday 6 May 2013

Assalamualaikum n selamat malam semua!!!

     Haaaa....!! Antara malam yang tension. Dengan PRU-nya dengan lab reportnya, dengan videonya. Haish... Macam-macam masalah datang sekali gus memang boleh mnyebabkan pening kepala. Serius saya katakan, saya hampir sahaja lose control.

     Petang tadi, kawan saya yang handle lab report beritahu yang kami kena submit bahagian kami kepadanya a.s.a.p. Tak lama lepas tu, dia cakap nak malam ni juga. Okey, dah start pening kepala. Then, ada seorang pula kawan tak sempat nak hantar bahagian dia pada saya. Katanya nak hantar malam, tapi dah lewat snagat dia still tak hantar-hantar lagi. Hmm... ini dah start buat saya stress.

    Lepas tu, kebanyakan interaksi kitaorang lalu fb melainkan submit report kitaorang. Tapi, buka-buka fb aje, yang keluar adalah PRU.....bla..bla..bla.... PRU...bla..bla..bla.. Ni tambah lagi 1 beban kat kepala. Walaupun tak boleh mengundi, saya still kena fikir pasal politik negara saya sebab saya sayangkan negara saya. Saya tak mahu negara saya hancur kerana jatuh ke tangan orang yang salah.


    Saya tak nak cakap mana parti yang baik dan mana parti yang kurang  baik kerana saya sendiri dah confuse dengan semua ni. Ada parti yang saya percayai tetapi ada orang dalam parti yang buat sesuatu yang menyebabkan orang lain hilang kepercayaan terhadap parti tersebut. Hmm...Macam-macam...

     Tambah lagi satu masalah. Saya terlibat dalam persatuan fakulti saya. Kami dalam projek video untuk dinner senior kami yang akan diadakan  insyaallah minggu hadapan. Saya dan kawan saya sedang dalam peringkat akhir pembikinan video itu - edit video. Tapi setakat ni kami tak dapat cari waktu atau tempat yang sesuai memandangkan kami berlainan jantina. Kalau boleh, kami nak siapkan pada hari esok. Tapi, persoalannya, nak buat kat mana?? Pukul berapa?? Esok merupakan hari 'selepas pilihanrya'. Risau juga kalau ada apa-apa yang tak baik berlaku-rusuhan, mogok. Kami tak nak tiba-tiba terlibat dalam semua tu.



    Okaylah. Nak sambung lagi buat lab report yang lain. PERHATIAN!! Bukan 1 saja lab report yang kami kena siapknn tau!! Masih bertimbun lagi.... Minta dapat siapkan before deadline. Amin...

Wassalam...
(Pic credit to Mr. Google)

No comments:

Post a Comment