Tuesday 14 May 2013

Cantik???!


Assalamualaikum...

     Ha, malam ni terdetik pula nak bekongsi isu pasal kecantikan. Tengah hari tadi pelajar Business Management a.k.a BM ada anjurkan acara bersama Watson di DK500. Antara tetamu jemputannya ialah, Mr. Bon Zainal, model Amber Chia dan juga Miss Malaysia 2012 Lee Yvonne.

     Masa sesi bersama Amber Chia, Amber ajar kitaorang macam mana posture badan yang betul, kalau interview, penampilan dan perlakuan seperti apa yang perlu ditampilkan, tak lupa juga, Amber ajar kitaorang gaya posing!!! ( ^_^) (^_^ ) Then, Amber ada cakap something lebih kurang macam ni,
     "Tak ada perempuan di dunia ni yang hodoh, tetapi perempuan pemalas ada,"

     Benda ni dah lama bermain di fikiran saya. Pada saya, apa yang Amber cakap tu betul kerana Allah menyukai sesuatu yang cantik. Jadi, tiada satu pun ciptaannya yang  tidak cantik. Jika kita rasa yang kita ni tak cantik, tak lawa, hodoh...pada saya itu antara persepsi yang salah. Kita bukannya tak cantik, tak lawa ataupun hodoh, tetapi kita kurang cantik ataupun kurang lawa dari orang lain yang kita anggap cantik tu..

     Lagipun, kecantikan tu bukannya boleh diukur pun, dan ianya bukan berdasarkan pandangan mata kasar semata-mata. Sepanjang sesi tadi, ada seseorang lelaki mengutarakan pendapatnya mengenai perempuan yang memakai make up dan yang sebaliknya. Pada pendapat dia, perempuan yang tidak memakai make up itu lebih cantik kerana ianya menunjukkan natural beauty yang ada pada perempuan tersebut. Hmmm... he got the point there..

     Tengah seronok-seronok dengar pembentangan diaorang ni mengenai penjagaan kecantikan diri, baru saya dan kawan-kawan teringat yang sekarang jam sudah menunjukkan pukul 2.20 petang dan kami ada kelas Biostatics and Calculus pada jam 2.30 petang.

     Apa lagi, dengan hati yang berat, terpaksa kami meninggalkan dewan tersebut demi ilmu... Keluar sahaja dari dewan, mata kami dijamu dengan goodies bag Watson yang besar lagi sarat dengan barang. Kakak kat kaunter tu tanya, "Eh dik, dah nak balik? Acara tak lama lagi nak habis ni. Tak nak tunggu ke?"

     Kalaulah kami tak ada kelas kak, memang kami tunggu sampai acara akak ni habis. Tapi sekejap akak tu = melebihi jam 3.00 petang. Kami pelajar farmasi yang 'to'ot'... tak sanggup nak ponteng kelas. Jadi, melepaslah goodies bag Watson tu

    Habis sahaja kelas, kami bergegas ke dewan tadi. Mereka sudah pun berkemas-kemas. Dah nasib badan... Walaupun tak dapat barang daripada Watson, kami tetap mendapat sedikit ole-ole daripada Nivea kerana acara ini turut mengundang syarikat Maybelline, Nivea dan Garnier (kalau tak salah lah...)

Nah, hadiah nye
BB Cream dapat masa masuk n Deo dapat masa last2...

Wassalam...

No comments:

Post a Comment