Saturday 4 May 2013

Di Sebalik Mimpi



Assalamualaikum dan selamat pagi semua!!

     Okay, tajuk kita adalah "Di Sebalik Mimpi". Tapi ini bukan bererti saya akan mengupas makna-makna mimpi. Kalau saya boleh agak dengan tepat makna setiap mimpi, dah lama saya jadi ahli nujum. Hehehe (^o^(")

     Kali ini saya nak berkongsi sedikit cerita berkenaan mimpi. Saya tak cakap yang mimpi saya semuanya benar belaka, kerana orang selalu berkata, mimipi itu adalah mainan tidur. Tapi, ada juga orang yang mengatakan bahawa mimpi itu terjadi kerana roh kita yang diangkat seketika melakukan semua perbuatan yang ada dalam mimpi kita itu. Wallahua'lam...

     Baru-baru ini, saya baru perasan akan sesutau perkara. Sudah maklum bagi setiap manusia untuk bercerita tentang masa silam mereka kepada kawan-kawan baru. Tidak kisah la sama ada tentang diri mereka, sahabat handai mereka, mahupun pengalaman yang mereka lalui dahulu.


    Benda yang baru saya perasan adalah, jika saya bercerita mengenai seorang kawan saya ini yang boleh saya gelar sebagai 'VM', pada malam tersebut pasti saya akan termimpikan dia. Ada orang kata, kita akan mimipikan seseorang yang kita rindu. Itu saya tidak pasti. Tetapi apabila saya bercerita mengenai kawan-kawan saya yang lain, tidak pula saya mimpikan mereka. Pelik???

     Pernah suatu ketika, saya termimpikan VM setelah lebih kurang seminggu berlakunya insiden yang melibatkan saya dan VM. Pada malam tersebut, saya bermimpi seuatu yang buruk, yang saya minta dijauhkan dari saya, VM dan juga orang lain.

     Alhamdulillah, ianya sekadar mimpi-mainan tidur. Tetapi ada sesutau yang tidak saya sangka telah berlaku. Jiran saya telah menempuhi apa yang saya mimpikan pada malam itu. Walaupun tidak 100% sama seperti apa yang ada dalam mimpi saya, tetapi impak yang sama dialami oleh jiran saya.

     Hmmm.. Sekarang, jiran saya sudah berpindah ke tempat lain. Saya harap dia baik-baik saja. Apapun, jangan pernah percaya 100% terhadap apa yang kita mimpikan. Terkadang, ianya hanya sebuah kebetulan. So, have faith in yourself that ALLAH had arrange everything and pray for the best of what you get.


Wassalam....
(Pic credit to Mr.Google)

No comments:

Post a Comment