Monday 8 July 2013

2 More To Kill

Assalamualaikum semua...

Kajian semalam
Kajian hari ini

          Maaflah, semalam memang tak sempat nak update apa-apa dalam blog ni :( Kalau hari ini Insyaallah, memang sempat... :)

          Macam mana paper semalam???Hmmm..memang mencabar. Kalau sebelum ni ada 1 soalan tanpa anak dengan markah 15, semalam ada soalan lagi power, hadiah dari dean buat kami semua... 1 soalan tanpa anak = 20 markah, soalan berkenaan pharmacokinetic of drug interaction. Oleh kerana blurrrrrrrrrred sangat semalam, nak tak nak kena la buat 'nasi goreng' ke 'mee goreng' ke untuk memenuhi soalan tu. Dengan harapan, adalah kot markah kesian lepas tengok usaha cuba nak menjawab soalan, walaupun 'goreng' guna lecture note lecturer yang lain.

          Balik pula, kena pulun untuk paper Pharmaceutical Biochemistry. Ni lagi satu masalah apabila hanya menyentuh sedikit sahaja lecture notes yang ada untuk menetapkan fokus dalam subjek pharmaco. Sebelum study pharmaco sebelum ni, just study 3 lecture notes terakhir dari Prof Hamid. So, malam tadi terpaksa menghabiskan lecture notessssssssssssss yang lain dari Dr. Wan, Dr. Siti Alwani, Dr. Shiha dan juga Dr. Lina. Pening tak pening, kena sumbat juga... (p/s : lain kali jangan belajar last minute!!!)

Comparison antara note pharmacology n biochemistry


         Hasilnya, entah jawapan apa yang tertulis dalam answer booklet tadi. Mood pagi tadi pun memang tak berapa nak baik dengan tak boleh tidur malamnya. Pagi-pagi dengan keazaman yang tinggi, kami bertolaklah ke fakulti. Ada pelajar nak lintas jalan. Ada PB jaga. PB angkat tangan tapi saya rasa macam menunjuk ke arah kereta di belakang dan kereta di depan saya pun main jalan. So, saya ambil inisiatif untuk jalan juga sebab memang banyak giler kereta.

          Tiba-tiba..."Adik, tolonglah berhenti, saya dah angkat tangan suruh berhenti, kot!!!"...
         
         Ok, saya salah sangka. "Sorry cik. Saya tak perasan tadi". THE END. Okay, start dari situ memang mood dah jadi tunggang terbalik sampailah sekarang. Orang semua dah lega sebab dah dapat kelaur dari penjara biochemistry, tapi entah kenapa still terasa berat sangat nak bernafas. Perut dah lapar, nasi dah beli, tapi tiba-tiba langsung tak ada selera. Tak tahulah apa nak jadi.

          Insyaallah kalau tak ada apa aral, awal bulan Ramadhan akan jatuh pada hari Rabu nanti. Bermakna, ini kertas terakhir kami sebelum bulan Ramadhan dan kali terakhir saya boleh bawa botol air masuk dalam DP :( Paper kami yang seterusnya adalah Organic Chemistry II yang jatuh Insyaallah pada hari kedua Ramadhan.

          So, apa-apa pun, nak minta maaf pada semua. Pada family, kaum kerabat, sedara-mara, sahabat handai, kepada PB pagi tadi (sorry giler-giler encik, emosi memang tak berapa betul pagi tadi sebab tak cukup tidur sampai tertidur dalam DP masa jawab exam tadi), & anyone yang pernah terluka hati dan perasaan kerana saya.

          Salam terakhir & good luck!!!

Wassalam....

No comments:

Post a Comment